Selasa, 30 Disember 2008

Of The Kitties and The Mother

Bila Encik Kelambu cakap pasal anak kucing, otak aku pun sampai ke rumah. Teringat Mak Kucing dan anak-anak. Baru two-week old. Harap-harap mereka dapat membesar sebagai johan. Dan janganlah pula diambil dek Mak Cik Datin (Nama dia memang Datin. Tinggi betul cita-cita mak ayah mak cik ni. Haha. ) yang kerja sebelah rumah lagi. 

Dulu. Mak saudara budak-budak (the kittens)  tu dibawa balik oleh anak-anak Mak Datin tu. Bila minta dipulangkan, alasannya, "Budak-budak tu tak bagilah cikgu. Diorang dah suka betul dengan kucing tu." 

Kenapa mahu mem'benar'kan anak kalau yang dibuat tu dah salah. Melentur buluh tu kan harus mula seawal dari rebungnya.  

Nota tambah:

  1. Selamat tahun baru Hijriah dan Masehi. Selamat jumpa cabaran baru, dan selamat jumpa umur baru. =]
  2. Untuk 2009, dua kad jemputan kahwin dah sampai ke tangan. Oke, siapa lagi nak kawen ni? Boleh aku datang dan peluk cium pengantin perempuan. Ambil berkat. Ha ha ha!

Jumaat, 26 Disember 2008

Kisahnya Chikugunya


Demam Chikugunya. Dalam keluarga, Mak dan aku saja yang masih immune penyakit dari Tanganyika itu. Oleh kerana tiada ubat khusus untuk demam ini, alternatif untuk sembuh ialah handred plas dan parasitamol saja. Tiada yang ke hospital gomen. Jadi kes keluarga kami tak termasuk dalam beratus kes yang dilaporkan. Alahai.


Nota tambah:
  1. Sebab susah sangat nak sebut perkataan alah ni, kakak sepupu aku sebut "ciku kunyah" je. Ha ha.

Khamis, 25 Disember 2008

Kisah KLIA, Haji dan Hajjah.






I.
Malam sudah, kami (Abah, Mak, Tina dan aku) ke KLIA. Menjemput ayah dan umi (Cik Anip & Cik Izzah) Afaf dan Ahnaf bersaudara pulang dari haji. Sayu betul aku tengok bila umi dan ayah itu mencium anak-anak mereka bertalu-talu.

Padahal budak-budak tu sebenarnya teruja dengan cerita mereka tentang patung Ultraman, Barbie yang baru beli dan macam-macam makhluk lagi yang namanya mainan. Si bongsu Asma' pula dah semacam terlupa dengan uminya. Menangis bila diriba Cik Izzah. Esok-esok, okelah tu.


II.
"Tiqah, dalam beg ni ada anak unta tau. Abah bawak balik."

Itu dulu. Pak cik aku kenakan aku masa kami baru pulang jemput Abah dan Mak balik haji. Masa aku darjah tiga. Sebab aku masih kanak-kanak, haruslah aku hampir percaya.

Lalu semalam, aku kenakan pula si Ahnaf. "Ahnaf, dalam ni kan, ayah bawak anak unta. Meh sini pegang kaki dia."

Semangat budak tu picit-picit bahagian bawah beg tu sebab nak rasa kaki anak unta. Ha ha ha!


III.
"Nanti dah kahwin, pesan kat suami awak. Kumpul duit siap-siap untuk haji. Pergi waktu muda, tenaga masih banyak. Kan senang," Abah. Pesan awal-awal.

Ahad, 21 Disember 2008

Terkejut dan Tergelak.

Hari ni kami ada dua orang sepupu datang ke rumah. Nain dari Sabah, dan Muhaimin yang ditinggal seminggu oleh ibu ayahnya ke YuKe. Juga Afaf dan Afnan bersaudara yang dah sedia ada di rumah sebab ayah dan umminya ke Mekah.

Dan. Tadi petang aku bersakit perut tengok adik-adik sepupu menjerit keterkejutan. Si Muhaimin terkejut sampai menangis-nangis.


Ini aksi mereka terkejut.




Dan ini video yang buat mereka terkejut. Ha ha! Adeh deh.




Aku mati-matian gelak. Tapi sebenarnya aku tak tengok pun video tu. Well, aku kan segan dengan hantu. Heh.

Jumaat, 19 Disember 2008

What a Sweet Emi Do We Have.

Kalian pernah jumpa tak, orang yang kadang-kadang (atau selalu) buat kau annoyed sungguh-sungguh. Tapi pada satu titik, tindakan dia jadi sangat sweet dan buat kau senyum semanis nektar pada buah epal.


KOMA.


Bila aku kemas-kemas kotak bukunya, aku jumpa kad Selamat Hari Raya. Oh. Ada pantun depan kad hijau muda buat sendiri itu.

"Isnin dulu baru Selasa,
Senyum dulu baru baca."

Klik gambar untuk baca. Aku malas mau re-type. Hihi.


Tadi, bila dia perasan aku pegang kad yang warnanya kegemaran aku. Dia sengih-sengih kerang dan menyorok belakang abangnya. Tersipu-sipu. "Malunya Emi!" Dia ketawa. Aku, mak dan Tina juga.

"Kenapa Emi tak buat untuk Kak Tina juga?" Emak.

"Sebab Kakak paling jauh," Emi.

What a sweet Emi do we have. :)




Nota kaki:
  1. Si bongsu itu emosinya turun naik sebulan dua ini, bila tiba-tiba dia didatangi dua orang sepupu yang lebih adik. Cemburunya menjadi-jadi.
  2. Aku kena tunggu dia tidur baru boleh buat entri ni. Haih.

Selasa, 16 Disember 2008

Dari Johor ke Kedah.

Aku. Yang namanya cuti, jalan-jalan itu harus. Sama ada kau keputusan cintakah, atau kedapatan result exam yang terukkah, mahupun apa-apa tragedi hati, jalan-jalan itu harus sewaktu cuti. Eheh.


I.
9/12 - 11/12

Ke Melaka dan Johor. Mengikut keluarga pak cik yang pulang ke semenanjung dari Sabah. Tiga hari bersosial dengan kanak-kanak. UH.

"Kak Tiqah kira sampai sepuluh. Siapa tak tidur Kak Tiqah cubit!" Maka mengira-ngiralah aku sampai sepuluh dan bilik yang gelap tu senyap-sunyi sampai pagi. Hahah!


II.
13/12 - 14/12

Seperti yang diberitahu sebelum ini, aku, Ina dan Tina pergi ke dua majlis resepsi dan ke satu majlis pakai mekap Maskara. Cantik-cantik pengantinnya.

Untuk Maskara. Cerita Abang Mat Jan aku suka sebab dia meleret-tapi-penuh-pengisian-dan-buat-aku-senak-perut. 3 in 1. Susah tu kau nak jumpa. Heh. Persembahan-persembahan malam tu memang tabik spring absober keretalah.



Dan yang paling seronok bila Cik Taf Teh membuat sedekah buku-buku beliau. Dapat buku tanpa beli! Wow. Dapat jumpa dia, Kak Nisah dan Munh mata sepet pun seronok juga. :-D

Dalam kulit kacang (In a nutshell), malam itu memang kami enjoy. Kredit paling besar, tentulah untuk Kak Nida yang sudi rumahnya ditumpangi. Ada rezeki nanti, kami tumpang rumah akak lagi ya. Hehe.


III.
14/12 - 15-12

Sesampainya di rumah dari KeEl, aku humban baju kotor ke mesin basuh. Ambil baju lain dan terus ke Kedah. Hantar pengantin kakak sepupu di Baling. Pihak lelaki dah carikan rumah penginapan di sana.




Pagi Isnin, sebelum majlis, kami sempat ke Kolam Air Panas Ulu Legong. Aku rendam kaki sampai buku lali sudahlah. Dalam perjalanan balik, kami melangsungkan acara tidur beramai-ramai kecuali abah yang tengah demam Chikugunya tapi kena pandu kereta. Alahai.

Sabtu, 13 Disember 2008

Sabtu. Ada dua majlis resepsi. Mula-mula di Tanjung Karang. Kemudian di Kampung Cheras Baru. Dan satu lagi, majlis mekap Maskara.



Marilah mari pergi Maskara,
Jangan lupa kewajipan pada negara.
HAHAH.



*********

Kecewa paling besar malam ni, bila aku tak dapat mencetak gambar untuk Puan Pengantin Baru sebab dakwat pencetak habis sudah. Harap-harap, dalam perjalanan ke majlis resepsi esok, kami boleh jumpa kedai gambar. Penat edit tau. Haih.

Jumaat, 12 Disember 2008

Siapalah Aku.

Hari itu. Pagi itu. Kamu teruja dengan perancanganmu. Itu hari yang seronok buat kamu. Segalanya sudah siap. Teratur. Rapi.

Tapi dalam satu saat. Atau kurang. Hancur. Semuanya rancangan kamu. Atas sebab yang kamu tak pernah fikir sepicing waktu pun.

Lalu kamu marah. Hampa. Geram. Kamu lepaskan pada kotoran di bilik air. Setiap satu bintik hitam di mozek. Kamu sental dengan hati sebal. Adalah satu atau tiga kata sumpahan kamu sempat lepaskan.

Selepas bilik air tu licin. Berkilau-kilau. Hatta anak mata hitam pun kamu boleh nampak. Baru kamu teringat Tuhan. "Kun fayakun," kata Tuhan. Kamu merancang. Dan Tuhan itu sebaik-baik perancang.

Isnin, 8 Disember 2008

Aku suka Aidiladha sebab tempoh bertakbir lebih panjang dari Aidilfitri.

Dulu-dulu. Di kampung Sungai Manila, ada seekor lembu. Oke, mari kita beri lembu tu nama Mentega. Oh. Kalau kau tak suka nama Mentega tak apa. Kau boleh letak nama Butter ke, Planta ke. Samprit pun boleh.

KOMA.

Dikisahkan, Mentega yang dibela dari kecil oleh tuannya, Pak Mawar. Tahun itu dipilih untuk dikorbankan. Maka diaraklah Mentega ke masjid untuk disembelih. Tapi, mungkin kerana Mentega dapat rasa yang dia akan disembelih, berterabur langkah Mentega berlari ke arah bertentangan. Dia tidak mahu dijadikan korban.

Habis sudah tenaga Pak Mawar tarik Mentega. Pasrah Pak Mawar. Mentega degil tak mahu menurut.

Akhirnya, Pak Mawar bersuara, "Lembu, sudahlah tu. Kau dah bukan milik aku. Kau milik Allah."

Serta merta hati Sang Lembu jadi cair bak mentega dan berpatah balik menuju ke masjid. Alahai Mentega.


Salam Aidiladha untuk kalian. =)

Rabu, 3 Disember 2008

Anugerah Colan Tak Popular


Persembahan kami malam itu. Untuk BIG. Kami jadi juara. Yay!

Di bawah ada flow lakonan kami. Boleh lah diguna-pakai untuk kalian yang akan atau mungkin akan pergi mana-mana camp yang meminta anda mempersembahkan bakat terendam masing-masing.


Awas :
Entri panjang dan kandungan akademik dari entri adalah diragui.
Sila teliti jam anda.



Hos : Aznol Haji Nawawi dan Linda Off.

Penaja : Kopi Abang Power dengan slogan "Hari-hari mesti power."


I.
Aznol dan Linda berbual, sambil buat lawak ala kadar. Kemudian mengumumkan colan-colan untuk Anugerah Berita dan Dokumentari Tak Popular.

(Wartawan melaporkan untuk Tivi Jemput-Jemput. Since nama kumpulan kami Jemput-jemput.)


II.
Colan untuk laporan alam sekitar.
Wartawan : Karam Kapal Karam (KKK)


Berita : Penduduk Taman Cekodok membuat bantahan tentang lembu-lembu tiada tuan yang suka membuang najis merata-rata. Dua penduduk ditemu-ramah, Puan Atiqah dan Miss Choo Choo. Puan Atiqah tak dapat beri komen kerana tak tahan dengan bau busuk. Miss Choo Choo menjawab dalam bahasa Mandarin. KKK dan Miss Choo Choo berbual dalam bahasa ibunda masing-masing. KKK menterjemah komen Miss Choo Choo, "Lembu-lembu tersebut patut dibinakan tandas awam dan ajar mereka untuk menarik pam tandas."

Poster yang diangkat oleh penduduk :
  1. "Bina tandas awam untuk lembu-lembu!"
  2. "Mana tindakan pihak berkuasa?!!"
  3. "I love Hadafi" - Hadafi ialah ketua fasilitator kami yang macho. Hak hak.


III.
Colan untuk laporan sukan : Masihkah Ada Harapan Atlit Kita Meraih Emas?
Wartawan : Cik Zizie Yanty


Berita: Cik Zizie menemuramah dua orang atlit yang sibuk membuat warming-up. Dua peserta bakal berentap. Yang menang akan mewakili Malaysia. Salah seorang atlit, Mizi a.k.a group leader kami, telah membuat persediaan dengan tiga cara - bertapa di Gua Musang selama tiga bulan 12 saat, mendaki Gunung Everast dua kali berturut-turut dalam masa dua hari, dan Qiamullail pada tengah malam. Di akhir klip video, mereka mula berlawan. Dalam acara BATU SEREMBAN!


IV.
Colan untuk laporan kaji cuaca.
Wartawan : Cik Hana Naseru.

Wartawan bahasa Isyarat : Cik Surati.

Pelakon latar : Miss Yong


Berita: Dilaporkan, di bahagian Pantai Timur. Angin kencang gila. Sila ambil langkah berjaga-jaga. Miss Yong di belakang melakonkan aksi penduduk yang berjalan menempuh angin dan hujat lebat dengan payung dan baju hujan. Manakala di bahagian Sabah Sarawak, panas melampau hingga 70 darjah selsius. Miss Yong kepanasan. Keluarkan telur ayam dari poket, letak di dahi, dan. Telur itu masak dan Miss Yong terus memakannya!

(Aksi terlebih-lebih bolehlah dibuat untuk menghiperbolakan keadaan.)

Sebelum mengumumkan pemenang, kami ramai-ramai menyanyikan lagu Man Bai - Kau Ilhamku. Pitching kami memang berlari ke langit. Selepas menyanyi. Aznol dan Linda mengumumkan bahawa pemenang adalah tiada. Lalu, mereka berdua dikejar oleh colan-colan yang marah. (Nasib baik aku tak jatuh masa nak terjun pentas weh!)

Tammat.


Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan makhuk yang hidup, koma, atau yang telah tiada.

Ahad, 30 November 2008

Maaf. Kau Besar Sangat.

Jawapan aku: Haah. Nak keluar dah ni. Maaflah. Aku tak larat nak tarik tandas. Kau tu besar wo.


Selain dari cerita BIG yang kau boleh baca di sini dan di situ, aku jumpa gambar di atas di pintu tandas kolej berhampiran. What the hal aku kena tarik tandas. Haha.


********

Rumah dah selamat sambut aku semalam. Alhamdulillah.

Selasa, 25 November 2008

Kawan-kawan dan Kegemaran yang Macam-macam


Kawan. Kegemarannya macam-macam. Yang kita pun ada banyak kegemaran. Contohnya. Kita suka kumpul setem, kita pergi pada A. Tapi sebab A tak gemar bungee jumping, kita pergi pada B. Dan sebab B tak suka karaoke, kita pergi pada C. Sebab itu kita ada ramai kawan.

Tapi kalau dengan pasangan, sebab dia tak suka apa yang kita suka, boleh kita pergi pada yang lain?


"Renung-renungkan, dan. Selamat beramal!" Bak kata Prof Izi. Dan Bang Bil pula kata, "Lu pikirlah sendiri!" Dang.


****

Ini adalah re-post daripada notes di fesbuk (baca : kontang idea). Balik dari kursus Bina Insan Guru (Selasa-Khamis) nanti, aku akan cari balik serpih otak aku yang ada neuron-neuron berisi ilham-untuk-memblog. Haih.

Khamis, 20 November 2008

Cucu Aku Tukang Urut

Eh, bukan. Aku cucu tukang urut. Ya, betul tu. Jadi, berposisi sebagai cucu tukang urut, tangan aku pun ala-ala kuat jugalah untuk mengurut. Tapi macam mana kuat pun tangan aku, belum pernah lagi aku tak menangis kalau diurut nenek. Sakit sungguh. Tapi sekarang nenek dah tak mengurut. Sebab beliau dah tak boleh berjalan. Rindu nenek. Alahai.

Oke. Itu pendahuluan tentang cerita tangan dan urut. Seterusnya, berkelangsungan dari tangan dan urut, selalulah aku tolong urutkan kawan-kawan yang pening-pening otak, sengal-sengal buku lali, atau lenguh-lenguh siku.

Salah satu hari di tahun 2003.

Tengah hari. Balik dari sekolah, dan sebelum mula kelas prep, seorang pengawas sekolah merangkap classmate aku datang ke dorm. Minta diurut kakinya yang sakit. Urut punya urut, jam tinggal lima minit pukul tiga. Kami kucar-kacir nak turun bilik prep.

30 saat je aku lambat. Gril tangga asrama dah dikunci oleh si kawan yang minta diurutkan tadi. What the kes aku kena ketuk-ketampi? Bukan ke sebab engkau aku lambat? Wachaa!!

Selasa, 18 November 2008

Tahukah Anda, Berapa Ukuran Piawai Tali Pinggang? Aku Tak.

Dulu. Masa jadi kanak-kanak, aku tak suka pakai tali pinggang yang ada lubang-lubang tu. Sebabnya. Mesti longgar sebab tak ada lubang tambahan. Lagi-lagi kalau aku pakai tali pinggang Abah. Eh. What the hal kanak-kanak pakai tali pinggang abah-abah? Suka hati akulah. Ada aku kisah? Haha.

Jadinya. Aku tak pernah ada tali pinggang yang ada lubang-lubang. Sampai dua bulan lepas, aku nak cuba juga pakai tali pinggang lubang-lubang. "Kak, nanti tolong tebukkan lubang extra ye kak," aku, kepada kakak kedai.

Kakak tu lilitkan tali pinggang pada mestilah pinggang takkan kepala aku pulak, untuk buat anggaran tebukan lubang.


Lilit punya lilit. Aik. Dah muat? Apa pasal dulu-dulu longgar?

Ahad, 16 November 2008

TERIMA KASIH, CIKGU



Terima Kasih Guruku - Afi Junior


Lagu ni sungguh oh-so-sweet.

Mari kita berterima kasih kepada guru-guru kita.
Bermula dari yang pertama kali beri anda kenal huruf,
kepada mereka yang mungkin satu hari nanti akan beri anda gelar doktor filusuf. =)


Dedikasi untuk guru-guru di blogsfera ini juga. Cikgu Jimi yang tulisannya selalu menyentuh hati itu, Cikgu Rashid yang berdedikasi, Mr. G yang kritis, Mr. Lah yang berkaliber, Ustaz (?) Roslan yang baru memulakan perjuangannya, Cik Lah saya yang hot itu, MAK dan ABAH, and not to forget the teachers to be as well. BANZAI!!!

Jumaat, 14 November 2008

Mari Kita Katakan Yay! Pada Musim Periksa yang Hampir Habis.

Semalam. Dalam celah-celah gerombol manusia. Engkau di depan. Jauh.

Okay. Aku faham. Aku bukan sahabat yang baik. Makanya, tinggalkan saja aku untuk kau cari bahagia sendiri. Tapi sebenarnya aku salah. Kau sedang tunggu aku untuk sampai ke depan.

Berjalan perlahan. Aku. Tunggu dengan sabar. Engkau.

Terima kasih sahabat. Nanti tangan engkau aku tak kan pernah lepaskan. Aku janji!

Isnin, 10 November 2008

TAG SANA SINI : Versi yang Lima Tiada Belas Tentang Diri

Tag! Dari Kak Lily! Oleh kerana otak tuan punya blog agak lembam di waktu-waktu begini, beliau hanya mampu menjawab lima daripada lima belas tentang diri. Dan.

Oleh kerana juga, Kak Lily telah mengetag dua lagi rakan beliau, maka mereka telah bersepakat "berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing" dan "sahabat yang baik adalah sahabat yang bertolong-bantu sesama mereka". Miss Y dan Miss B akan menyambung lagi lima tentang mereka. Lima kali tiga sama dengan lima belaslah kan?


Makanya, yang lima belas tentang diri adalah:

I.
She is an Atiqah. This Atiqah won't bite if you take her with a good care. Look strong outside, yet fragile inside.


II.
Buku-buku non-akademik lebih banyak ditempatkan pada rak buku beliau berbanding dengan buku-buku akademik yang sepatutnya ada. Ada blook Roti & Kopi yang dipinjam dari TokR, novel Salju Sakinah hadiah hari lahir dari Azie, dan novel PS I Love You yang dipinjam dari Kak PY, misalnya. Berbanding hanya satu buku Sosiologi - Sekolah dan Pendidikan tulisan Mohd Salleh Lebar.


III.
Waktu kecil dulu. Makhluk yang paling beliau takuti ialah. Lori simen. Semasa berada di atas jalanan. Jika beliau ternampak lori simen mengekori kereta abahnya, cepat-cepat beliau menyorokkan badan di seat belakang. Rasa macam benda bulat yang berpusing-pusing di badan lori tu nak telan beliau je!


IV.
Pada malam bacaan Yaasin dan solat hajat untuk SPM dulu, beliau kena sengat dengan tebuan sewaktu sujud terakhir solat hajat. Semasa sesi membaca surah Yaasin selepas itu, mencurah-curah air mata beliau sebab menahan sakit. Kawan yang duduk bertentangan dengan beliau terkesan lalu menangis tersedu-sedu apabila melihat beliau menangis. Kerana disangka si Atiqah menangis bersungguh-sungguh kerana sudah bertaubat nasuha.


V.
Atiqah dan emaknya suka berutus e-surat. Mungkin kerana mereka berdua introvert orangnya,meluah dan berkongsi melalui e-surat mempunyai nilai sentimental yang lebih pada mereka. Kiriman e-surat terakhir yang diterima oleh Atiqah kelmarin mengandungi gambar kad jemputan kahwin di bawah.

Hampeh je Neezie. Huh. Nasib baik ko nak kawen dah.


Tammat.


Tunggulah beliau mendapat pencerahan agung tak berapa nak agung untuk beliau menjawab tag-tag yang lain. Eheh.

Sabtu, 8 November 2008

SAHABAT, MENGHILANG, KAU JANGAN PERNAH.

Hari periksa bersisa cuma berapa hari. Tapi aku punya hati yang kosong mahu meng'update'. Aku cuma ada ini untuk kalian. Listen to it. Feel it.

Garasi - Sahabat (OST Laskar Pelangi the Movie)


Di saatku butuh dirimu
Ku inginkan kau disisiku
Saat kau perlukan hadirku
Ku janjikan ada untukmu

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Ku nantikan saat bersama
Penuh cerita dan ceria
Redakan beban yang terasa
Memberi warna dalam jiwa

Ku akan selalu berjanji
Untuk segera sampai nanti
Kan selalu ada untukmu temani harimu

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karena kaulah sahabatku

Berjanjilah tak meninggalkanku
Dan janjilah kau tak melupakanku nanti
Dan kita harus selalu menjaga
Arti dari sebuah persahabatan kita ini

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karna kaulah sahabatku

Ahad, 2 November 2008

BULAT JANGAN DISANGKA... (Kisah Ramadhan)

Untuk buka puasa hari ini Pipah ajak Mimah ke AdanW. Restoran makanan segera yang ada beruang besar itu lah. Mimah tak pernah pun masuk restoran AdanW. Tapi, sebab nak mencuba, Mimah ikut juga Pipah masuk.

Giliran Mimah sampai. Makanan yang serupa cincin besar-besar tu macam sedap. Dalam hati.

"Kak, nak sotong goreng tu ye," Mimah, pada kakak di kaunter.

Kakak di kaunter, "Apa dia dik?"

Pipah tarik tangan Mimah, "Wehh, itu kentang gorenglah! Bukan sotong."

"Oh. Aku ingat sotong!" Muka Mimah dah blushing-blushing kucing.

Sejak hari tu Mimah belajar ada makanan yang namanya curly fries.


***************

Tiga haribulan sampai 15 haribulan ni, saya ber'periksa' akhir semester. Mohon doa kalian ya. =)

Jumaat, 31 Oktober 2008

MASKARA DAN ABAH

Kami bersiap-siap untuk berhari raya dengan keluarga. Terma berhari raya di sini bermaksud, bermaaf-maafan dengan keluarga.

Aku sibuk melilit tudung. Abah masuk bilik aku dan datang dekat. Lalu dia ambil maskara aku. Dia belek-belek.

"Ini torchlight ke?"

Oh. Abahku.

-----------------------------------------------------------

Poster Maskara di bawah tiada kaitan dengan kisah maskara di atas.

Tapi kalau mahu ke Rumah Pena malam esok, mungkin kalian boleh kenakan maskara. Untuk wanitalah. "Kalau lelaki, sila fikirkan perasaan (dan kasihanilah selera) orang sekeliling." (Maskara Shorties, 2008)





Rabu, 29 Oktober 2008

YANG NAMANYA MANUSIA ITU, MATANYA UNTUK MELIHAT.

Sudah banyak hari. Dekat parking lot. Depan bilik kawan aku. Bukan bilik aku. Mereka buat projek. Duduk dalam kereta. Laki-laki satu orang, perempuan satu orang. What project do you expect?

Dari awal petang, sampai muazzin bersuara waktu maghrib. Rehat, dan sambung semula. Dari awal malam, sampai habis tengah malam. Siapa tak sakit mata, kawan.

Cerita banyak pun tak guna. Mula-mula kami telefon pengetua. Bukan pengetua sekolah. Pengetua kolej lah. Lalu, empat hingga lima orang pegawai pengawal datang. Kemudian baru pengetua sampai.

Silap tempatlah kau orang nak mess up dengan x-JKM. Ambil nombor plat kereta, nama, nombor matrik, dan ceramah sikit punya lebar. Hah. Hambik kau!




*JKM - Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

Selasa, 28 Oktober 2008

Ini Cerita Tentang Kakak Itu

Jumaat lepas. Aku tunggu bas untuk ke Sabak Bernam.

"Pukul tujuh nanti baru sampai," pak cik yang pakai kasut hitam kilat tu beritahu aku.

Depan aku ada bas bertulis Klang. Seorang kakak pakai baju kurung warna ungu lalu depan bas bertulis Klang itu. Dia senyum ramah pada pak cik kasut hitam kilat dan lantas naik ke dalam bas.

Aku hantar SMS rambang ke kakak tu. Manalah tau kakak tu, kakak yang selalu-selalu aku jumpa di alam maya tu.

Aku: : Akak pakai baju ungu ke hari ni? Huhu.
Kakak tu : Wei, kau kat mana?
Aku : Dekat pintu bas. Kat luar.

Aku tak ingat apa isi SMS yang seterusnya. Eheh.

Bas bergerak. Kami tak sempat jumpa pun.

Kakak tu tanya. Macam mana boleh cam? Em, aku cuma pernah tengok gambar dia je. Tak pernah jumpa pun. Macam mana boleh cam? Aku cam dia once masa dia senyum kat pak cik kasut hitam kilat tu. Maksud aku, muka friendly dia.

Dia seorang yang suka senyum. Itu yang aku dapat tahu dari entri-entrinya. Lalu dalam skemata aku sudah disetkan;

t.a.t.a = suka senyum. Suka senyum = t.a.t.a


Anyway, hope to see you again kak. =D

Isnin, 27 Oktober 2008

Dah seminggu tak memblog.
Minggu lepas memang minggu "mintak nyawa".
Kalau tak percaya, tanya akak comel dan akak anggun ni.


Kawan-kawan,




Sekarang aku tengah runsing dengan hutang.
Boleh tak aku minta jasa kalian langsaikan hutang aku?





Hutang pada Azie.

Hutang pada Eida.

Hutang pada Syam.

Hutang pada Kak Lily.

Hutang pada _________ (kalau aku lupa nama pemiutang, sila isikan nama beliau.)








Hutang tag. Maksud aku.

Ahad, 26 Oktober 2008

CARTA ALIR SAYA UNTUK PULANG KE KAMPUNG

(Kliklah gambar kalau mata tu kabur-kabur)


Tarikh: 24 Oktober 08
Tempoh perjalanan : 12 jam setengah (8.30 am - 9 pm)


Well, bukanlah mencabar mana pun.
Tapi bila dia jadi pertama kali, semacam seronoklah juga. :P

Sabtu, 18 Oktober 2008

MAIN TEPUK-TEPUK

Malam tadi Ijat dan Awis datang tidur bilik aku. Aku dan Awis tidur di toto. Dan Ijat tidur di katil.

Bila bangun pagi tangan aku menggagau cari telefon genggam tangan.

Oh. Ada atas katil. Sebelah kepala Ijat. Aku angkat tangan mahu capai telefon.

Pap! Tangan aku menggagau dan jatuh pada mata Awis. Muka dia berkerut-kerut sebab aku tepuk matanya. Bukan telefon tangan yang aku capai rupa-rupanya.

"Awis, sorry. I ingat my handphone tadi," dan aku tepuk bantal. Tidur semula.

Selasa, 14 Oktober 2008

TECHNOLOGY VICTIM. WHO?

Beraya di rumah Kak Su (x-housemate Ina), ada satu jenis biskut yang aku suka makan waktu kecil dulu.

"Wah. Biskut ni. Aku suka makan tau!" Aku.

"Biskut apa tu Yang?" Ina.

"Alah. Tak pernah makan ke Yang? Biskut Mozilla nama dia." Aku.

"Mozilla? Firefox?" Ina.




KOMA.


Resipi boleh didapati di :
http://resepi.mesra.net/De
tailed/4.shtml



Oke. Bukan Mozilla ye adik-adik. Tapi biskut Mazola.
Apa dia adik-adik? M.A.Z.O.L.A.
Good.

Rabu, 8 Oktober 2008

REUNION BATCH 12 SMKASL

4 Syawal 1429/ 4 Oktober 2008








Selepas lima tahun terkeluar dari sekolah itu, kami berjumpa semula. Walau bukan semua, tapi kami tetap gembira. Ziarah dari rumah ke rumah, konvoi 15 buah kereta, pagi hingga malam, gelak ketawa, bertanya khabar dan bergossip. Pokoknya, kami semua seronok. Jika ada rezeki kelapangan dan kesihatan, kita jumpa lagi ya kalian. =D

Punca-punca gambar boleh dijumpai di sini dan di sini.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Kononnya Aku Membuat Rebiu Tentang Novel Hijab Sang Pencinta

Mata cover model ini ka-chak kan... Ahak!


Untuk yang mengikuti kisah Laksama Sunan, ini pelengkap kepada trilogi ceriteranya. Ada Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu sebelum Hijab Sang Pencinta muncul.

Kisah antara Laksamana Sunan dan Haryani yang bermula dalam Bagaikan Puteri disambung dan diakhirkan di sini. Kejahatan Manggala yang muncul dalam Cinta Sang Ratu pula, berjaya ditamatkan ke dalam Anak Krakatoa. Dan, kalian ada berjumpa seorang lelaki berbaju Melayu dulu kala di sekitar Kampung Punggor di Johor? Khabarnya Sunan telah di'ashabul-kahfi'kan ke zaman sekarang tahu! Tapi, selepas ditembak, beliau kembali ke tahun 1511 semula. Kesihan Haryani. Ya, ya. Aku tahu. Perenggan ini agak kurang difahami oleh non-reader trilogi ini. Sebab nama-nama dan terma-termanya tidak diregisterkan dalam otak kalian. Maaf.

Amalan dan sifat Laksamana Sunan boleh dijadikan tazkirah ringan dan input baru kepada pembaca. Lagi-lagi untuk aku yang laman nurani-nya dah bersawang-sawang nih. Haih.

Banyak lagi cerita yang tak tercerita sebenarnya, dalam rebiu ni. Kalau mahu tahu, nah, HSP sudah bertebaran di setiap toko buku di seantero Malaya ini. Harganya bawah ringgit Malaysia dua puluh sahaja.


Cepatlah cepat, datang toko buku.
Bolehlah kau angkut satu buku.
Cepatlah cepat, datang toko buku.
Asal kau bawa duit sebuku.

(Lirik asal: Bolehlah Boleh)


KOMA



Kalian boleh juga baca rebiu dari bloga ini. Er, maaf, saya tak tahulah nama anda.


Mati itu pasti. Hidup itu InsyaAllah.

Ahad, 28 September 2008

KALAU HARI RAYA, APA HIDANGAN YANG KALIAN TUNGGU-TUNGGU?

Tadi petang aku dan adik-adik perempuan keluar membeli sedikit keperluan raya. Girls hang out. Apa yang menarik? Tiada.


Pekan Sungai Besar macet seperti tahun-tahun raya yang lepas.


Tahun ini ada tiga keping kad raya yang sampai ke rumah. Untuk aku. (Tiga berbanding kosong yang aku hantar. T_T) Dari Syam, Kak t.a.t.a dan Ehya' Si Pemilik Itik Angsa. Ayat Kak t.a.t.a paling menyentuh hati. Huhu. Trimas ya uols! Err...kad untuk Syam dan Kak t.a.t.a dah ada, tapi belum pos ja. :P


E-kad juga ada banyak. Via emel. Via blog juga. Dari Cikgu Rashid dan Zara contohnya. Terima kasih juga.




Untuk kalian yang sedang membaca entri ini, keluputan ku seng akeh akeh yo (minta maaf banyak-banyak). Kalau rasa-rasa ada entri-entri atau komen-komen aku yang menjauhkan hati kalian, maaf sekali lagi oke.



Salam lebaran semua. =D

Rabu, 24 September 2008

Wo Ai Ni

Tadi dalam kelas Hua Yu (Bahasa Mandarin), kami baca esei yang tajuknya Tan Qing (Perbualan Cinta). What a funny translation. Heh.

Anyway, isinya dah tentulah tentang cinta. Oh. Bukan cinta uda dan dara atau duda dan janda saja ya. Cinta itu luas. Boleh jadi pada keluarga, sahabat, material dan macam-macam lagi. Dan untuk kita yang Islam, cinta pada yang Khaliq tentunya.

Dalam perenggan yang terakhir, ia menyentuh tentang manusia dan hati. Manusia yang tanpa hati, ibarat lilin yang tiada sumbu. Tiada sumbu, maka api atau perasaan itu tidak boleh dinyalakan. Jika tiada api pada lilin, tiadalah air mata yang boleh mengalir. Unik sungguh perumpamaan yang satu ini.

Last but not least, pesanan terakhir dalam esei ini, kalau anda jumpa cinta anda, just go for it. Jangan simpan ia dalam hati. Sekurang-kurangnya, kalau kita menangis gagal pun, kita dah mencuba. Kan? I did this once. Yes, I cried but its not that hurt though. =P





Nota kaki:
  1. Tiada aku dalam entri ini. Perkataan 'aku', maksud aku.
  2. Hijab Sang Pencinta dari Ramli Awang Murshid sedang dibaca. Siapa suka trilogi Laksamana Sunan ni, angkat tangan!!

Ahad, 21 September 2008

PRA-UCAPAN AIDILFITRI

Assalamualaikum semua.

InsyaAllah dalam masa kurang lapan hari, Ramadhan yang penuh barkah ini akan berakhir. Berdoalah supaya kita akan berjumpa Ramadhan yang seterusnya.

Ramadhan kali ini pada aku agak kelam-kabut. Dengan esaimen dan projek tahun akhir. Haih.

So, lapan hari lagi nak raya kan? Kan? Raya yang terakhir juga. Untuk aku dapat duit raya. Tahun depan status pelajar sudah dilucutkan. Kecuali aku buat Masters.

Which is not in my first or second to-do list after having such a bad
experience with lots of assignments for the last four degree years. ;P


**************************

Oke. Bawah ni ada ucapan raya bergambar.

Satu. Dari Abah, Mak dan anak-anaknya.

Jemputlah datang ke rumah raya nanti oke. =)
Kerja mengedit dilakukan oleh Mak. Kredit untuk Mak.



Dua. Dari aku dan Kancil Clan.



Untuk yang ini, kami dengan besar hati ingin memberinya kepada siapa yang ingin diberi. Sila bisikkan (secara bertulis) alamat rumah anda ke nashiqah[at]gmail[dot]com. InsyaAllah sebelum raya, sekeping kad yang mengandungi gambar awek-awek cun akan sampai ke destinasi yang anda inginkan. Hoho.

Kredit yang amat besar kepada Abang LanLan kami atas fotoshut ini. Seriously, we gonna miss you bro. T_T (Klik sini untuk tahu kenapa)

Rabu, 17 September 2008

PAGI BERSAMA MHI : Siri Akhir

Debar di hati Mak belum berkurang. Matahari semakin menampakkan diri. Tapi tidak Emi.

Emak bergegas ke kereta. Encik Guru Besar mungkin betul. Emi tertinggal di rumah. Walaupun, jelas di mata Mak tadi, Emi selamat sampai ke sekolah.

Beberapa meter menuju ke kereta, Mak nampak sekujur tubuh terbaring di tempat duduk belakang kereta. Tertiarap.




..................................................................




“Astaghfirullahalazim, Emi! Satu sekolah cari Emi. Rupanya dia tidur kat sini?!!” Mak, dalam nada risau bercampur lega.


“Emi ngantuk. Kakak dah datang belum mak?”


Emi bangun dari tempat tidurnya. Terkebil-kebil dan bermuka inesen.



::____::

Prolog.


Di sebabkan semangat berlebih-lebih untuk hari pertama berpuasa pada waktu sekolah. Emi tak mahu tidur lepas sahur. Terus mandi, solat subuh dan pakai baju sekolah.

Dan duduk menonton MHI di sebelah aku. Yang sedang bermimpikan Mawi, Waheeda dan Siti Nurhaliza.

Isnin, 15 September 2008

PAGI BERSAMA MALAYSIA HARI INI 3


Pukul 7.45 pagi. Kelas sudah bermula. Tapi Emi tak masuk-masuk lagi. Mak dah cemas. Cikgu-cikgu dah mula cari Emi. Kawan-kawan Emi pun.

Encik guru besar yang kadang-kadang-ramah-kadang-kadang-garang tu tanya Mak. Bila dia tengok Mak seperti ibu hilang anak.

"Emi, pagi-pagi dah hilang," Mak jawab ringkas.

"Laaa pagi-pagi dah hilang anak, tertinggal kat rumah tak?” Peh! Dan dan tu juga muka dia jadi tak handsome pada Mak.

Siapalah tak risau. Sekolah kampung tu pernah ada sejarah dengan orang bunian. Tapi, sekarang bulan Ramadhan. Takkanlah mereka nak sorokkan Emi.

Mak teringat pula kat Lelaki Kucing. Emi suka kucing. Macam mana kalau lelaki keparat tu dah bawa Emi lari?

Terngiang-ngiang lagi suara Emi yang menelefon kakaknya minta dihantarkan kasut. Pada telinga Mak. Dari dalam kereta.


Kasut hitam Emi erat. Digenggam emak.


Nantilah aku sambung...

Jumaat, 12 September 2008

KINAH DAN BAHASA MANDARIN

Kinah khusyuk mendengar lao shi kelas Bahasa Mandarinnya bercerita tentang kisah asal-usul. Kuih bulan, Tahun Baru Cina, bulan hantu, tang lung dan lumba perahu naga. Semua ada kisah asal-usul rupanya.

Dari kisah penduduk kampung yang ingin menghalau pencuri. Hingga kepada kisah manusia yang dicampak ke bulan dan disuruh menebang pokok yang hiperbola punya besar kerana kesalahan yang Kinah lupa kenapa.

"Kalau you tengok kat bulan tu aa, you akan nampak satu itu, macam pokok besar tau," kata lao shi. Tapi, khusyuk mendengar bukan bermakna Kinah percaya.

Sebelum itu. Kinah terdiam dan kagum. Tentang uniknya karakter-karakter Kanji yang lao shi ajar, ada simbol dan makna yang tersendiri. Ada rahsia yang tersembunyi untuk setiap karakter.

Maha Bijaksana Tuhan. Yang mengajarkan ahli sarjana mereka sebijak itu.

Sebagai timbal-balik kepada ilmu bahasa yang lao shi ajarkan. Kinah kongsi pula bahasa pertama Kinah dengan mereka jika mereka tersalah tatabahasa atau kosa kata. Kinah juga beri tunjuk mereka bagaimana nama mereka ditulis dalam tulisan Jawi.

Ta. Ra. Ya. Sin. Alif. Kaf. Wau. Kaf.

"You kenal ini ah so tak lao shi? I ingat mau ajar dia tulisan Jawi lah," kata Kinah sambil tulis nama lao shi dalam tulisan Jawi.


*ah so - mak cik

Khamis, 11 September 2008

PAGI BERSAMA MALAYSIA HARI INI 2

Van Abah aku belokkan masuk ke pagar sekolah. Lepas berbasa-basi dengan pak cik guard, aku masuk kawasan sekolah.

Budak-budak tengah berarak menuju padang perhimpunan. Aku nampak kawas sekelas Emi.

"Dik, tolong panggilkan kan Aimi Anis boleh tak?" Rasa macam sedang melawat adik di asrama pula. Heh.

"Emi tak adalah kak," termengah-mengah budak tu berlari.

"Oh. Ye ke. Tak apalah. Terima kasih. Awak pergi beratur sana," aku senyum.

Hish. Dah tahu kakak dia nak datang berjasa, patutnya, tunggulah di pintu pagar.

Aku nak turun, segan. Nampak cikgu-cikgu pun, setakat angkat tangan dan tersengih ja.

"Eh, saya ingat mak kamu tadi. Rupanya kamu. Besar dah ye," Cikgu Suparman. Isk.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, aku nampak Mak keluar dari bilik guru. FYI, kami enam beradik anak murid Mak.


Aku bagi ja kasut Emi kat Mak. Kemudian aku balik. Emi? Entah di mana…


Bersambung man~


[+]


1615 September untuk Episod 3

Khamis, 4 September 2008

PAGI BERSAMA MALAYSIA HARI INI

Selepas sahur, aku baring depan tivi. Ada Mazidol. Ada Abby Fana. Ada Anne. Eh, Mawi, Wahida, Siti Nurhaliza pun ada? Ramainya datang studio MHI pagi ni.

KOMA.

Telefon berbunyi ring ring ring. Ku angkat ku tanya siapa.

KOMA.

Oh. Mawi, Wahida dengan Siti Nurhaliza ada dalam mimpi. Bukan dalam tivi.

KOMA.

Tak ada orang di rumah rupanya. Semua dah ke sekolah. Cepat-cepat aku angkat telefon.

"Kakak. He he he," tu suara gedik Emi. Nak apa budak ni?

"Kasut Emi tertinggal kat rumah. Kakak tolong hantarkan boleh? Uhuk uhuk," gedik gila.

Pantang aku balik rumah, ada ja yang tertinggal. Kasutlah. Baju senam lah.

Aku masih berpijama. Sarung tudung. Sarung baju panas. Capai kunci van.

Sampai je sekolah...

Nanti-nanti aku sambung ya =P…

Rabu, 3 September 2008

ROTI CANAI 6 + 6 = 12 KEPING

Parking ala kadar, aku keluar kereta. Emi tunggu di dalam. Selepas menempah enam keping roti canai, aku masuk kereta. Tunggu dalam kereta ja. Sebab uncle tu baru nak panaskan pan. Mesti lambat lagi.

Tujuh minit berlalu. "Emi pegi tengok roti canai tadi. Tanya uncle tu dah siap ke belum. Kalau dah, bayar sekali," suruh aku.

Dua minit kemudian, Emi datang dari arah belakang kereta dengan sebungkus roti canai. "Emi! Akak bukan tempah kat kedai belakang tu la. Kedainya depan sana."

"Laaa, mana Emi tau. Ingatkan kakak beli kat kedai tu," Emi. Sambil tepuk dahi macam orang dewasa-dewasa.

Lalu petang itu kami ada enam tambah enam keping roti canai sewaktu berbuka.

"Abah bawak pegi masjidlah yang sebungkus lagi," Emi cuba berhati mulia. Tapi Abah tak bawa pun. Emi seorang ja dah makan dua keping. Tak sempat roti canai tu nak sampai masjid.

Isnin, 1 September 2008

PENGALAMAN PUASA SAYA DI RUMAH SEWA SEBAGAI YANG MUDA

Puasa tahun lepas tak seperti puasa tahun ini. Tahun lepas aku berpuasa di rumah sewa, sebab aku menjalani latihan mengajar (praktikal). Aku rindu benar suasana di rumah sewa.

Kerana aku yang paling muda (20 tahun) dan housemates aku berjarak umur lima tahun dari aku. Aku terasa sangat di'adik'kan. Bangun dikejutkan. Nasi disendukkan. Makan je suap sendiri.

Lauk-pauk pula panas-panas. Ayam masak kurma. Ayam masak merah. Paling tidak pun, masak kicap. Segar je mata masa bersahur.

Bila nak buka puasa, sebut je kau nak makan apa. Mesti Kak Shana masakkan. "Kak, kite teringin nak makan nasi ayam." Petang tu juga beliau akan buatkan. Kalau tak ada bahan, kami akan ke mini market untuk beli bahan mentah lepas balik sekolah.

Balik dari belanja, Kak Shana siap sedia masak untuk berbuka. Aku? Ricih-ricih bawang, hulur itu ini, sambil, 'ooo, cam ni ke', atau 'wuu, sedapnya bau. Laparnya kak...'. Bak kata Chika, sangat berciri adiklah. Ha ha.

Pendek kata, pengalaman berpuasa di rumah sewa memang seronoklah. Masa tu lah, aku menambah ilmu sebagai anak-menantu-kesayangan-mak-mertua-bila-dah-kahwin-nanti atau emak-yang-digemari-anak anak-akan-masakannya-bila-dah-ada-anak-nanti.

Betul-betul seronok. Sebab bila balik rumah selepas habis praktikal, aku rasa kehilangan. Bersahur di rumah pun, aku rasa sebak. Sebab ingatkan mereka.

Ahad, 31 Ogos 2008

PESANAN DARI RUMAH.







Dari Kak Shila.








Dari Eida.





Trimas. ;-)



Tag dari Aqram. Err.. tapi saya malas mahu tag orang lain. Maaf. ;P


Salam Ramadhan dari saya dan keluarga. =D

Jumaat, 29 Ogos 2008

UNCLE KEDAI BUKU SUMITHA KATA, BULAN SEPTEMBER NI HARGA TIKET NAIK RM10. MINYAK TURUN, HARGA TIKET NAIK? Haih.

  • Tiket bas. Cek.
  • Beg balik kampung. Cek.
  • Laptop. Cek.
  • Tee Sol-jah untuk Aizat. Cek.

Ok. Doakan aku selamat sampai ke rumah. Doakan aku selamat tiba dalam peluk Mak Abah. Doakan aku dapat balik ke Selatan ( malam ketiga Ramadhan) dengan selamat juga nanti.

Mak dan Abah sangat pandai goda aku untuk rindu mereka. Mak dengan ayat-tak-boleh-tahan nya via emel. Dan Abah dengan 7-8 panggilan ( er..hiperbola je. Aku tipu. ) beberapa hari ini. Ok. Tiqah faham. Tiqah pun rindu kalian. Owh.

Pulang ke rumah juga bermaksud, akan ada cerita tentang Emi dan adik-beradik. Tunggulah. Kalau Emi buat gila, akan keluarlah cerita dia. Ha ha.


**-**_______**-**

(Abaikan perenggan ini jika mahu)

Sekitar tiga empat minggu ini, ada pelajaran hidup yang baru aku kutip. Pelajaran yang indah tapi sakit. Pelajaran yang tak perlu diajar, kata sahabat kesayangan. Belajar tentang itu, buat aku berterima kasih kepada tiga orang. Kamu, kamu dan kamu. Ya. Kamulah. Tak payah padang belakang. Eheh.

Listening to my crappy talk embarassed me, but thank you for your time. =P Thank you for your support, thank you for telling me to do this and that, which I think I won't and never do ( I just don't have the courage for a worthless thing. Huhu.) and thank you for being there for me. Tuhan itu ada untuk membalas jasa kalian. ;-)

Rabu, 27 Ogos 2008

PEMASA TUA?

Sembang punya sembang...

Awak : ...lainlah kau, otai.

Dia : Haih. Kau pun panggil aku otai? Pelik lah.

Awak : Pelik kenapa?

Dia : Hari tu ada sorang bloga tu pun panggil aku otai. Otai tu apa sebenarnya?

Awak : Old timer.

Dia : Oh. Ek?


Jadi,
old timer = o + tai.

Tahu?

Ahad, 24 Ogos 2008

CIKGU TUA ITU


Tarikh : 08.08.08.
Lokasi : SMKMA, Hujung Daerah.

Dia. Cikgu tua. Menuju ke kelas. Kelas yang dia jadi guru tingkatannya.

Sedang dia menulis di whiteboard kelas tersebut, seorang anak didiknya yang lelaki. Tan namanya. Dengan membelakangkan guru, mengusik dua orang anak didik yang gadis. Cikgu tua merapati Tan, lalu ditepuk bahu si Tan.

"Eh, kamu. Kan cikgu tengah mengajar ni, apa buat kacau budak perempuan. Pergi balik tempat kamu! "

Rupanya tindakan itu mengundang gerakan refleks Tan. Tiba-tiba dilibas dan dihempuk belakang si cikgu tua tersebut sambil mencarut "L*****!!"

Satu kelas jeda, gamam. Terkejut. Malang untuk Tan, ada guru kebetulan lalu dan nampak kejadian tersebut, "Hei, kamu pukul cikgu ya?"

Maka hebohlah seantero sekolah. Tan pukul Cikgu N***r. Cikgu yang paling dihormati dan disayangi oleh satu isi sekolah. Lalu bertindaklah semua guru disiplin dan kaunseling. Terbukalah segala koleksi fail salah laku Tan yang selama ni menunggu masa untuk dianalisa. Sebenarnya, pada pandangan cikgu tua itu, perkara tersebut bukanlah sebesar mana. Cuma orang lain yang menghebah-hebahkan.

Akhirnya, penjaga Tan dipanggil datang ke sekolah. Sememangnya dia adalah remaja yang bermasalah. Ibu bapa sudah berpisah. Berasal dari Pahang. Bapanya lari ke daerah itu untuk bersembunyi dari Ah-long, menumpang di rumah saudara. Yang sentiasa memaki hamun Tan kerana masalah demi masalah yang dibina olehnya.

Dua belas Ogos.

Pagi itu. Tan masih menunggu hukuman dari sekolah. Cikgu tua sedang berdiri di koridor bersama seorang cikgu Teonghua. Si remaja Tan datang menghampiri. Cikgu Teonghua itu bercakap dengan Tan, tanpa cikgu tua faham bahasanya. Cuma diagak, nadanya berunsur nasihat.

Tak semena-mena, Tan, "Cikgu, sorry ha semalam punya hal." Cikgu tua hanya mampu menepuk-nepuk bahu Tan sambil menyeka air mata.




** Ini cerita Mak via emel tentang Abah.

Jumaat, 22 Ogos 2008

TAG SANA SINI : Versi Anime dan 20 Soalan.

Trend menge-tag ni bagus. Boleh mengeratkan silaturrahim. Kan? Kali ini ada dua tag dari tiga orang. So, layan saja, okay.



Yang satu.

Tag dari pemilik Aeropy a.k.a Encik Syam a.k.a Onshoreman. Yang ini, unik sikit tagnya, iaitu, kita harus me'manga'kan muka atau meng'avatar'kan muka kita. Lalu, yang di bawah ni muka aku kalau masuk dalam manga.

Psst..Syam, saya buat satu saja boleh kan? Kalau awak tak bagi pun, saya buat juga. ;P


Angan-angan aku, kalau aku dapat jadi watak dalam manga, aku nak jadi macam Yankumi dalam Gokusen tu, atau Nodame dalam Nodame Cantabile. Bolehkah?

Lepas ni, aku mau tengok muka Kancil clan aku jadi muka manga. Siapa terasa tu, buatlah. Ha ha ha!

Sila ke sini untuk mencipta muka manga kau orang.



Yang dua.


Ini pula tag dari kawan lama & kawan baru. Kalau sayang aku, bacalah. Heh.


1) What is the most important thing in your life?

HIM.

2) What is the last thing that you bought with your own money?

Bus Ticket. JB - KL. RM23.90.

3) Where do you wish to get married?

My family's home?

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?

HE owned me, right?

5) Are you in love?

Eh. Hello. I'm here to talk about my career. No personal question please! ( Macam artis-artis tak? Hak hak hak. )

6) Where was the last restaurant you had dinner?

Student Corner, Taman Sri Pulai. Sometimes I cant stand the kakak with, "Tak de duit kecik ke dik?"

7) Name the latest book that you bought?

Elarti 2, from mail. I love Ernee Ismail's poem, entitled 'Enter Me'.

8)What is your full name?

Nurul `Atiqah Bt. Mohd Nasir.

9) Do you prefer your mother or father?

Both. I won't be here if I don't have both of them aite?

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Same as Putrie Me. Doraemon. I was always dreaming that he will come during my examination and give the answer in a blink.

11) Christina or Britney?

Christina's suit my ear better. Beautiful compared to Break the Ice, for instance.

12) Do you do your own laundry?

You want to do it for me? Cannn...

13) The most exciting place you want to go?

For this moment I would like to choose my mom's hugs.

14) Hugs or kisses?

Both. May I?

15) Point out 5 things about the person who tagged you.

Ijat & Putrie Me:

  • Girls.
  • Same age.
  • Outgoing ( Are you Putrie? Hehe)
  • Cute. ;)
  • One is my bestie and one is newbie. But both are in love. Am I right? Hehe.


16) 8 things I am passionate about:

  • Blogging.
  • Looking at belle pictures. Wish to get to capture them too. ( Er..DSLR for me, anybody? )
  • Books, regardless any genre.
  • Bike riding.
  • Movies.
  • Songs.
  • Travelling ( provided that I have RM5k++ income and still single. Haha! )


17) 8 things I say too often:

  • Weh.
  • Hmm...
  • Ya ampun.
  • Owait.
  • Apa kes...
  • Sabar ya...be strong okay.
  • Awak.. (referring to my stuffs if I'm alone in my room. Gila ka? Hahaha!)

18) 4 books I’ve read recently:

  • Tafsir Quran + Ma'thurat.
  • Laskar Pelangi - Andrea Hirata.
  • Kopi & Roti - Azzam Supardi.
  • Bedar Sukma Bisu - FT.

19) 8 songs I could listen to over and over again:

  • Say (All I Need) - One Republic
  • Bulan - Zainal Abidin (KeKKwa)
  • Suriram - Zainal Abidin (KeKKwa)
  • Sudah Tu Sudah - Imran Ajma'in.
  • Helpless When She Smiles - BSB
  • Sempurna - Andra and The Backbone
  • Main Hati - Andra and The Backbone
  • Musafir di Aidilfitri - Jeffrydin ( Hah? BLAME THE iTUNES! )

20) 8 things I learned last year:

  • How to be a good teacher - a big NO to smile in the first class if you got a REMOVE class.
  • Renting a house during my teaching practice. Heh.
  • There is a shorcut from Taman Ungku Aminah to Taman Universiti. But for the first trial, I got lost at a place called Lima Kedai. Haih.
  • If your car is over-heat, do not suddenly pour a pail of water on the carburettor. Nanti ada kejadian ala-ala pengeboman pengganas.
  • Making nasi ayam alone is actually a simple thing. Apa daa..
  • ....
  • ....
  • Can't think for others. Haih.

Isnin, 18 Ogos 2008

NANA ADA KAWAN. NAMA DIA IWAN.

"Engko curi pemadam kite!" Nana tuduh Iwan. Sambil tuding jari telunjuk kat hidung Iwan. Tapi tak cecah hidung Iwan pun. Sebab Nana tinggi paras ketiak Iwan saja.

"Mana ada. Kite pun banyak pemadam la. Buat apa nak curi pemadam engko." Iwan pertahankan diri. Pemadan 50 sen tu, Midah kelas sebelah yang hadiahkan. Mana ada Iwan curi.

"Tipu! Engko curi pemadam kite! Kite beli pemadam tu kat kedai Pak Ganyang tau." Nana tak percaya. Dia yakin, pemadam gambar sotong kurita ungu yang ada pada tangan Iwan tu, dia yang beli. Baru dua hari sudah dia beli. Dan tunjuk-tunjuk pada Midah kelas sebelah. Sebab jarang budak darjah dua ada pemadam mahal macam tu. Haruslah Nana riak.

Iwan balas, "Betul lah. Sumpah kite tak curi. Kite tau la, mencuri tu berdosa."

"Sumpah? Demi Allah. Engko tak curi pemadam kite? Tipu dosa, mati seksa, masuk neraka. Tau!" Nana ugut Iwan.

Iwan angkat tangan paras telinga, " Sumpah. Wallah. Kite tak curi lah."

Nana diam. Dia percaya pada Iwan kalau Iwan dah siap main sumpah-sumpah. Sebab Mbah Jusoh yang ajar mereka ngaji waktu lepas Maghrib cakap, sumpah tu tak boleh dibuat main. Nanti berdosa, mati seksa, masuk neraka. Nana dengan Iwan tak mahu masuk neraka.

Selasa, 12 Ogos 2008

Lepas Entri Ini, Mungkin Seminggu Dari Sekarang Kau Akan Jumpa Entri Baru Aku. Eheh.

Kredit foto : flickr.com


Minggu lepas. Aku ke padang kawad. Ustaz Ismail Mustari ada cerita tentang ‘Ayat-ayat Cinta’. Menarik dan catchy tajuk dia. Cara penyampaian beliau memang menjadi feveret aku. Sengantuk mana pun aku, kata-kata beliau yang bersahaja itu akan buat mata dan otak aku terbuka luas.

Pada minit awal ceramahnya, beliau bercakap tentang perbezaan cara laki-laki dan wanita dalam menyampaikan isyarat cinta.

Wanita yang lazimnya akan mengeluarkan purata 21,000 patah perkataan dalam sehari, as expected lebih cenderung untuk bercakap banyak apabila mereka ingin menunjukkan rasa cinta dan perihatin. Mungkin wanita yang suka membebel juga bermaksud, mereka itu sayang akan lelakinya. Kan?

Lelaki pula, akan cenderung untuk diam dan lebih suka mendengar. Mendengar, secara ‘listen’ atau ‘hear’? Itu aku kurang pastilah. (Pensyarah aku kata, listen dan hear tu berbeza tahu. Aku pun setuju). Dan cara untuk mereka meluahkan cinta itu, adalah dengan aktiviti fizikal. Er..yang itu pun, aku kurang pastilah secara lebih lanjut. Oh ya. Ini kerana, purata perkataan yang kaum ini hasilkan hanya 7000 patah sehari.

Ustaz juga kata, lelaki hanya akan banyak bercakap pada awal-awal usia perhubungan. (Mula-mula, ayat mesti sikit punya sedap kan beb)

Eh, tapi ingat tau. Hasil analisis di atas tidaklah applicable dalam Islam. Maksudnya, Islam tidak membenarkan para lelaki dan perempuan meluahkan perasaan cinta dengan berlebihan tanpa ikatan yang sah. Iaitu nikah.

Kerana berbeza penghasilan patah perkataan ini juga, Allah meletakkan kuasa talak ke atas lelaki. Cuba bayangkan, kalau kuasa talak ada pada wanita, mungkin peratus perceraian di Lemah Kelang akan mendadak naik, dari hanya 35% kepada entah berapa peratus. Hei. 35% daftar perceraian hanya di Lembah Kelang? Itu juga tinggi tahu. Walaupun kuasa talak itu ada pada lelaki. Jadi, kepada kaum Adam, sila ambil perhatian, oke.

Tapi mungkin tak semua orang menepati ciri-ciri di atas. Contohnya Abah. Sebab hari tu bila beliau telefon aku, terus ja beliau kata, “Bila nak balik rumah ni? Abah dah rindulah.” Ho! Kalaulah dapat suami yang berekspresi-walaupun-dah-kahwin-macam-Abah kan best. :P



Nota kaki: Fakta nombor di atas juga adalah daripada sang ustaz. Aku salin bulat-bulat saja.

Jumaat, 8 Ogos 2008

KELUARGA BARU SAYA =D

Alhamdulillah. HJZAILANI.NET dapat ahli keluarga baru jam 3.58 p.m. tadi. Beliau memegang jawatan sebagai sepupu aku yang paling bongsu. Dan sebagai cucu sulung, aku rasa makin tua. Ho ho!


Selamat datang wahai hamba Allah yang bersih lagi suci.
Moga kamu sentiasa di bawah redha dan lindungan Ilahi. :)

Fresh from the mother's womb.
Grabbed from his dad's page.




Nota untuk abah Umar dan Umar Jr: Sila cepat-cepat cari domain baru anda sebelum disingkirkan dari link sebelah. Aaa.. atau kalau mahu mensponsor sebuah domain untuk saya, amatlah dialu-alukan oke. ;P


**__**---------------**__**

Kemas kini - 10 Ogos

080808 juga hari bahagia untuk kawan aku yang seorang ni. Ingat lagi pasal Biha yang bertunang dulu? So, inilah gambar kahwin beliau. Tapi tiadalah dapat aku menghadirkan diri, sebab majlis beliau jauh dan aku ada kerja. =(


Selamat Pengantin Baru untuk Biha & Qobin.



Berita lanjut di sini.


Next wedding yang aku tunggu-tunggu adalah wedding si diva a.k.a "pengedar dadah" seantero blogsfera ni. Ha ha ha. Mesti vogue gitu.

Isnin, 4 Ogos 2008

YANG SATU, DUA & TIGA

Satu.Sifar
Ada ucapan terima kasih untuk beberapa orang:

Satu.Satu : t.a.t.a. Atas kiriman cenderamata dari Cameron Highlands. Aku suka amat! :)

Satu.Dua : Encik Basri. Dengan yakinnya mengeposkan blook Masuk Barisan, walaupun aku tak bayar lagi. Er. Oke. Akan diuruskan secepat mungkin. Huhu. Jangan report pada abah aku ya. ;P


Satu.Tiga : Para penghadiah untuk hari lahir aku. Walaupun sudah 2 bulan 10 hari berlalu. =D


Satu.Empat: Encik-encik Sol-jahs. Mak tak sangka mak boleh dapat nombor dua, nok. HA HA HA.


Dua.Sifar
Selalunya aku akan terima MMS dengan senang hati. Tapi semalam, bila Atina MMS. Aku rasa sensitif semacam.

Aku balas. Dengan Nokia antik aku. "Hah. Tu nak perli akak la tu. Macamlah akak ngko ni boleh view kan..."

"Lupa lupa! Huhu". Atina balas balik. Haih.


Tiga.Sifar
Abah sms pagi tadi. Katanya.

"Bila ada free, atau CARI waktu free, buat solat dhuha dan baca Al-Waqiah." Er. Ini respon abah bila aku telefon mak sambil berkeluh-kesah tentang biasiswa yang tak masuk-masuk lagi. Karenah birokrasi, bak kata Azie.




"Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar" (56:96)

Sabtu, 2 Ogos 2008

22 Tahun

22 tahun dulu, pada tarikh ini, dua orang hamba Allah yang aku paling sayangi dan hormati telah diijab-kabulkan. Dan Alhamdulillah, perjanjian yang dimeterai 22 tahun dulu, masih kekal hingga hari ini.



Selamat hari ulangtahun perkahwinan
untuk Abah & Mak, yang ke-22.


Mak, to be kissed and to be born from your womb,
are the happiest moment we have ever had.
Abah, to be hugged and to be loved by you,
are the most precious moment that we could never forget.


*::*****************::*

Saat yang aku masih ingat sampai sekarang dengan mereka.

Mak. Satu malam waktu aku umurnya tujuh, dan masih belum kenal erti mengalah dengan adik-adik. Dia peluk aku masa tidur, dan ayatnya, “Kakak anak sulung. Kakak kena jadi contoh pada adik-adik. Kakak kena selalu mengalah dengan mereka.” Ya. Mengalah itu sakit. Tapi, aku kan kakak. I'm used to it, though.

Abah. Waktu aku umurnya tiga belas, masih keras dan degil hatinya dengan kesalahan yang aku tak mahu akui. Dia peluk aku dan ayatnya, “Abah tau awak tau apa yang awak buat tu salah. Fikirkan elok-elok, dan jangan ulangi kesalahan tu.” Kadang-kadang, kerana kita ego, kita tak akan mengaku kesalahan kita. Kan?

Rabu, 30 Julai 2008

IKLAN PERCUMA

Anda rasa dunia tak adil pada anda?
Asyik-asyik anda saja yang kena.
Anda rasa sakit hati?

Jangan risau!!
DIA ada ubatnya.

Tanpa appointment.
Tanpa bayaran.
Bila-bila masa dan percuma.



Senarai ubat hati:
  • Baca Quran dan maknanya.
  • Solat malam.
  • Berkumpul dengan orang-orang soleh.
  • Perbanyakkan berpuasa.
  • Zikir malam.

Ambil satu atau semua. Pilihan di tangan anda.

Isnin, 28 Julai 2008

Trend yang Out-dated




Minggu pertama masuk darjah satu. Ada budak nama Kamarul buat sesuatu pada aku. Yang menuntut satu tindakan refleks tanpa kawalan. Iaitu, aku terlempang pipi dia. Tapi aku puas hati selepas tindakan refleks itu (kau boleh kata aku kejam pada ayat ini).

Kamarul nangis. Tekup muka atas meja. Kawan yang lain marah aku. Aku pula tekup muka atas meja. Pura-pura nangis sebab kena marah. Datang pula kawan lagi satu marah kawan yang marah kat aku tadi. Yang kena marah itu pun nangis. Betul-betul. Sambil tekup muka atas meja.

Aku tak ingat akhir sekali, berapa orang yang tekup muka atas meja. Tapi itu satu trend budak-budak sebaya aku waktu itu. Satu trend yang aku tak boleh terima langsung bila masuk sekolah dulu.

Aku ikut tekup muka atas meja sebab kawan aku yang suruh. "Kau kena nangis jugalah Tiqah!" Tapi aku tak pernah ikut nangis. Apa barang nangis-nangis ni. Tak 'macho' la beb!

Tapi bila dah besar, baru aku dapat terima trend itu. Kalau aku terbuat orang menangis, aku pun akan turut menekup muka atas meja katil. Dan menangis yang betul-betul.

Rabu, 23 Julai 2008

SEMUT ATAS BAJU MERAH PUTIH

Sudah pukul 12 tengah hari. Aku mula bergerak keluar dari perpustakaan. Badan pun dah seram sejuk semacam. Waktu hujan macam ni, tak sesuai untuk aku duduk dalam perpustakaan lama-lama. Oh. Ok. Itu helah bela diri. Sebab aku bukan pengunjung setia perpustakaan. Duduk bertapa di pusat segala buku itu buat aku tak tenang. Jiwa kacau.

Hampir di pintu keluar aras dua, aku nampak seorang minah baju jalur merah putih. Duduk, membelakangi aku. Heh. Ada juga coursemate aku yang macam aku. Rajin ke perpustakaan. AHAK.

Pap! Aku tepuk bahu minah tu.

Tiba-tiba aku ternampak buku bersampul plastik lutsinar atas meja dia. Tajuk buku; Calculus. Eh. Sejak bila course aku ada belajar Calculus?

"Ups. Sorry. Ni ha. Ada semut kat baju awak. Saya tolong buangkan."

Isnin, 21 Julai 2008

EMOSI Bahagian Akhir

Bangun pagi, tengok bawah katil. Nampak charger.

Lepas mandi, tarik laci. Nampak earphone.

Atas meja, dalam kole. Nampak bekas memory card.

Dan kisah manis antara kami cuma tinggal kenangan.

Alahai.

"Macam orang mati laki lah kau ni," kata Ijat.


______________

Mungkin ini kifarah. Sebab aku selalu tak dengar Mak atau Abah panggil. Selalu tak sedar bila Mak Abah telefon untuk kejut bangun Subuh. Tengok-tengok je, ada missed calls. Bukan ke, kalau kita tak jawab panggilan ibu bapa itu berdosa?

Ahad, 20 Julai 2008

AKU YANG NEGATIF

Hei pencuri. Kamu ni, sangat lame lah. Nak curi, curi handphone. Kau ingat aku akan emosi ke? Tak. Tak lah. Aku kan macho. Aku tak 'kan emosi lah. Setakat handphone ja. Aku nak emosi buat apa. Buang masa ja. Huh.

Kau nak tengok aku emosi? Alah. Kau tak layak pun buat aku emosi. Kecualilah kalau kau curi hati aku. Cuba kalau hati aku kau curi. Macam mana? Mestilah aku hilang keseimbangan. Otak ja yang tinggal. Sedangkan otak dengan hati aku, perlu ada mekanisma simbiosis. Cuba kalau hati tak ada. Atau otak tak ada. Kan tak seimbang namanya. Bahaya tu. Nanti aku jadi emosi secara hiperbola.

Uish. Kau tak tau macam mana emosi aku yang melangit tinggi tu. Mungkin kau akan tinggal gigi ja. Sebab aku dah makan satu tubuh badan kau. Aku tak bolehlah makan gigi. Gigi kan tulang yang paling gagah. Gigi kau pun, nanti aku akan sedaya upaya hancurkan. Aku bagi kat kontraktor MRR II. Nanti, tak adalah MRR II tu retak sana, retak sini lagi. Sebab ada asas yang kuat. Kan?

Tapi, nasib baik lah hati aku ni dalam badan kan. So, dia aku simpan dengan berjimat-cermat. Kau tak 'kan dapat curi secara fizikal punya! Kau kan tak layak. Kau layak curi handphone, curi wallet. Ha. Tu je lah yang kau layak.

Tak lah. Aku tak emosi. TAKKANNNNLAH aku emosi.

Sabtu, 19 Julai 2008

A Fake Smile I Had This Night

Ini entri tergesa-gesa. Tapi, kalau kau baca dengan tergesa-gesa juga, kau mungkin tak tahu secara detail. So, kalau kau orang sayang aku, baca je. HA HA HA.

Aku dah cakap kan semalam, hari ni kami dah mula berlatih drama di dewan sebenar. Jadi, dari pukul tiga petang sampai dua belas malam, kami berkampunglah kat Dewan Sultan Iskandar (DSI) tu.

Dah berkampung sampai malam, haruslah kami solat di Masjid Sultan Ismail (MSI) depan DSI. Opposite ja DSI dengan MSI ni. Nak solat maghrib tadi, aku pergi melenggang ja. Tapi telefon tangan aku bawa la juga.

Bila dah iqamat, telefon tangan tu aku tumpang dalam beg Lina, classmate aku. Lina letak beg dia belakang je dari dia masa solat. (Kat sini, kau boleh tambah ayat; Memang nak jadi cerita lah katakan.)

Habis solat, aku buru-buru turun dari masjid. Masa nak sarung sandal, Lina panggil dari atas. Dia tanya mana telefon tangan aku. "Eh, aku letak kat compartment tepi beg kau la."

"Tak ada lah!" Suara Lina dah lain macam punya tinggi. Aku naik balik jumpa Lina. Rupanya, wallet Lina pun dah tak ada. "Patutlah aku dengar macam ada orang bukak beg masa sembahyang tadi." Lina.

Dah habis baca? So, dah tau kan apa jadi?

**********

Aku masih pakai nombor yang sama lepas ni. InsyaAllah Selasa ni, aku ke Maxis Centre untuk ambil sim card baru. Tapi nombor kau orang dah hilang la (untuk kau orang yang ada nombor aku). Kalau esemes aku, jangan lupa beritahu nama, oke.

**********

Ini kali kedua sebenarnya. Tragedi kali pertama, jadi masa aku tahun dua dulu. Yang dulu lagi angker lah tapi. Mungkin jodoh aku dengan Norkiah ni pendek. So, aku rasa lepas ni aku nak jodohkan diri aku dengan Sonia lah. What you say, huh?

Rabu, 16 Julai 2008

KERJAAN BESAR

Pembetulan. Masa adalah pada 12 p.m. Bukan 9 p.m.
(Klik gambar untuk saiz besar)

Selepas empat bulan tempoh praktis, 19 Julai adalah tarikh besar untuk kami satu kelas. Malam ini adalah malam terakhir kami berlatih sandiwara di dewan olok-olok. Esok malam dan seterusnya, kami akan beralih ke dewan bukan olok-olok. Ya, ini bukan main-main punya kerja! Ini serius beb. Kau orang doakan kami orang oke.



Sharing is caring.

Mulai esok malam, Dewan Sri Belian akan sunyi. Mak cik mini mart pun akan sedikit rugi. Kerana, bila praktis, makan adalah hobi kami. Tak percya? Kau tanyalah mak cik mini mart, kau tanyalah abang burger.


Satu malam mak cik mini mart boleh jual minimum lima kotak air teh krisantimum, soya dan laici yang satu liter itu. Belum masuk bun kacang merah, keropok jagung perisa durian atau biskut coklat. Abang burger pun boleh jual minimum sepuluh biji benjo, daging special mahu pun ayam double. Tidak termasuk kue teaw pattaya, nasi goreng cendawan atau pun mee goreng basah.




Mak cik mini mart, abang burger, jangan rindu kami ya. Dengan berkat makanan yang telah mak cik dan abang bekalkan, doakan kami berjaya dalam pementasan.

Lat but not least, to our beloved drama teacher. You're the man!