Isnin, 28 Julai 2008

Trend yang Out-dated




Minggu pertama masuk darjah satu. Ada budak nama Kamarul buat sesuatu pada aku. Yang menuntut satu tindakan refleks tanpa kawalan. Iaitu, aku terlempang pipi dia. Tapi aku puas hati selepas tindakan refleks itu (kau boleh kata aku kejam pada ayat ini).

Kamarul nangis. Tekup muka atas meja. Kawan yang lain marah aku. Aku pula tekup muka atas meja. Pura-pura nangis sebab kena marah. Datang pula kawan lagi satu marah kawan yang marah kat aku tadi. Yang kena marah itu pun nangis. Betul-betul. Sambil tekup muka atas meja.

Aku tak ingat akhir sekali, berapa orang yang tekup muka atas meja. Tapi itu satu trend budak-budak sebaya aku waktu itu. Satu trend yang aku tak boleh terima langsung bila masuk sekolah dulu.

Aku ikut tekup muka atas meja sebab kawan aku yang suruh. "Kau kena nangis jugalah Tiqah!" Tapi aku tak pernah ikut nangis. Apa barang nangis-nangis ni. Tak 'macho' la beb!

Tapi bila dah besar, baru aku dapat terima trend itu. Kalau aku terbuat orang menangis, aku pun akan turut menekup muka atas meja katil. Dan menangis yang betul-betul.

29 ulasan:

tasekM berkata...

jgn diikut trend tu... bila dia menangis, kita debik dia lagi sedas... ha ha...

Thenadi berkata...

eerrm kene ikot nangis ke? errm mungkin bila kita tgok org nangis kita juga akan turut sedih dan kita menangis, or kalau kita buat org menangis then kita menangis, itu maksudnya..kita salah :3 kan

Syam berkata...

wow! atiqah melempang orang. adalah sesuatu yang sangat menakjubkan...


cheers,

syam @ http://aeropama.com

Tiesha Chan berkata...

aku x tau kamu sebrutal itu dulu..
hehe..
tapi masa telah mengubah kamu menjadi begitu ayu dan lemah gemalai..
walaweh!! feeeewiiitt!!

izzati fuad berkata...

heh. tersirat sungguh perenggan terakhir itu. :)

AL-BIMA SAKTI berkata...

garanglah you... hehehe...
oh ya, dunia budak2 macam tu lah...

affendik? berkata...

tqah?nangis?
control2...hehe

p/s: aku dah lm x mnangis...sedih!

Tanpa Nama berkata...

Masa akak 9 thn, dengan gaya penuh macho menyepak peha sorang budak laki. Dia lah yang nangis. Akak tak.

Akak nangis keesokan harinya, bila dia datang minta maaf.

Come on, manusia selalu buat silap.

NOta tumit:

"the only substitute for good manners is fast reflexes"

azie berkata...

no matter what happens, u'll always have my shoulder to cry on

Rajuna berkata...

itu trend lapok
nak tido cakap je la
takyah cover nangis ok?


haha

Hafifi berkata...

kesian budak tu kena lempang..haha..

aku menangis time skolah rendah hanya 1 kali iaitu pada hari pertama persekolahan..menangis sbb dibuli..ahakz!

Mohd Hafifi

Yana Ismail berkata...

Yang, u kan macho;)huhuhu

ana berkata...

hehehehehe
hahahahaha
huhuhuhuhu
hihihihihi
hohohohoho

dapat leraikan x perasaan nak nangis tue bile bergelak ikut cara di atas. kalau dapat, pas- pas kan tips nie pada org lain yea...

Marjerin berkata...

hahaha..baru aku tahu..ingatkan dorang nih suka buat macam nih.

t.a.t.a berkata...

buhsan jugak sebenarnya kalau ikut trend ni. ikut sukak kita je QaH.

tapi heran nya tak kan dah busat ni pun ko nak nanges jugak? siap tekup muka kat katil lagi.. lain la kalau ko nanges sebab ketua imam ko mmg la patut kan tekup muka kat katil.. ahaakksss..

Layla Haq berkata...

hahahaha...memang.

Kita menangis bukan kerana ikut trend. Tekup muka kat meja sebab terlalu geram, dapat lepaskan geram dan takut orang yang dilempang balas balik.

Saya pernah lakukan itu. Bukan sekali dua.

A t i Q a h berkata...

Kak Tasik,
err..mana boleh kak. Dia mengadu kat mak saya kang. Habislah. Ha ha.

Nad,
sebab saya salah, makanya saya menangis. =)

Syam,
err..ada lagi yang lebih dahsyat sebenarnya. ;P

Ct,
dah 14 tahun yang sudah.. Ha ha.

Ijat,
eheh. U read between the lines huh.

Bim,
eheh. Itu dulu..

Onn,
er..aku harap ko tak ingat yang aku pernah nangis dalam kelas dulu. Ha ha!

Kak PY,
err..masa adegan minta2 maaf tu, mesti ada drama kan? Hihi.

A t i Q a h berkata...

Azie,
thanks a lot. And you make me to cry again. Huhu.

P/S: Same goes to you ya. =)

Juna,
woh. Kau dapat kesan. Kantoi. :P

Fifi,
mesti badan kau kecik je masa darjah satu. Sebab tu kena buli. Ha ha.

Ina,
it may look like that. But not in the inside. Hua hua hua.

Ana,
itu macam latihan vokal ja. ;P

Marjerin,
baru tau? Tahniah2. He he.

t.a.t.a,
tak tau la kak. Air mata tu yang tak rasa bosan. Saya memang dah bosan nangis-nangis ni. He he he.

Bayan,
ha ha ha. Kalau dia lempang balik, adalah adegan yang lebih dahsyat kemudian nanti. Ki ki ki.

bendul berkata...

isk isk isk.. sedihnyer teringat kenangan skolah rendah dulu.. isk isk isk..
(sambil menekup muka atas meja kerja..)
hahahaha.. lawak laa..

MOLY berkata...

sume menangis banyaklah air mata yang habis

Pocket berkata...

jap,
tiqah nangis pasal kena join nangis,
kalau tiqah kasi orang lain nangis dan tiqah kena join nangis ngan dia,

so sesama kat atas katil la nangis sesama?

orang tu pompuan ker laki!!?
(Nangis sesama besh ker?)

^^

Amiene Rev berkata...

Dulu masa saya kecik-kecik... ada la dalam 5-6 tahun, ada sorang budak buli kakak saya. Saya cabut tiang penyidai (tiang kayu yang mudah alih), saya belasah budak itu sampai menangis.

Lepas tu kakak saya marah saya pulak. Haha.

A t i Q a h berkata...

Bendul,
oit oit. Orang sedih2, kau ketawa pulak. Haih.

Lily,
habis lah banjir kelas. Ha ha ha.

Pocket,
apakah yang berbelit-belit ni? Pening la saya. Ha ha ha.

Miene,
wah! I wish I had a lil brother like your sis does. Hihi.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Ko lempang orang Tiqah?
Aku pernah gak kat sekolah, tapi aku tak nangis la~
Sebab yang aku pukul semua lelaki~
Ha3~
layak ker aku jadik cikgu nih?
ha3~

ckLah @xiiinam berkata...

Baravo!
ckLah pun pernah lempang orang masa tengah jadi monitor gila kuasa dulu. Pas tu budak tu pukul ckLah ngan tali gasing...pe lagi, nangeh le ckLah. Skg org tu keja guard kat gate nak masuk kg mbah nang..

ckLah @xiiinam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
b u n g a h a t i berkata...

x penah lempang org lagi.
ape perasaan mase tu ek? hehe

Unknown berkata...

itu kita panggil nangis berjemaah..
banyak manfaat tu.. hehe..

Fairuz berkata...

tak sangka lak ade gak pompuan yang pentingkan macho. hehe