Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadan Kareem :)

"O you who believe! Observing As-Saum (the fasting) is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqiin (the pious)." (2:183)

Isnin, 2 Ogos 2010

Of the Necklace and the Dictionary

Aku. Pantang tengok pelajar pakai aksesori-aksesori yang entah apa-apa. Dengan kapasiti semua guru adalah guru disiplin, aku selalulah buat aktiviti rampasan harta peperangan.

Dan hari itu, mata aku menangkap rantai leher bewarna perak pada leher Amir (jauh dari nama sebenar).

"Kalau nak juga rantai ni, datang jumpa saya lepas habis sesi sekolah nanti," well, lembut hatilah juga aku sebab Amir bukan dalam kalangan troblemaker.

Tepat jam 1330, Amir datang demi menuntut rantainya (yang aku syak mungkin dalam dua ringgit setengah harganya). Dan aku dengan lengah-lengah berjalan ke arahnya sambil memain-mainkan rantai beliau.

Malangnya, rantai tersebut putus di tengah jalan. Buntang mata beliau, dan buntang jugalah mata aku.

Dan sejak itu.
Teguran, salam dan senyum dia sudah tidak ada.

Pesan aku pada abangnya, "Pakai rantai tu kalau lelaki, adalah menyerupai perempuan. Memang saya salah bila saya terputuskan rantai tu. InsyaAllah saya ganti, tapi bukan dengan rantai."


Dan tadi. Sebuah Al-Ma'thurat dan Kamus Oxford DwiBahasa aku beli. Entah apa reaksinya besok.