Rabu, 3 Disember 2008

Anugerah Colan Tak Popular


Persembahan kami malam itu. Untuk BIG. Kami jadi juara. Yay!

Di bawah ada flow lakonan kami. Boleh lah diguna-pakai untuk kalian yang akan atau mungkin akan pergi mana-mana camp yang meminta anda mempersembahkan bakat terendam masing-masing.


Awas :
Entri panjang dan kandungan akademik dari entri adalah diragui.
Sila teliti jam anda.



Hos : Aznol Haji Nawawi dan Linda Off.

Penaja : Kopi Abang Power dengan slogan "Hari-hari mesti power."


I.
Aznol dan Linda berbual, sambil buat lawak ala kadar. Kemudian mengumumkan colan-colan untuk Anugerah Berita dan Dokumentari Tak Popular.

(Wartawan melaporkan untuk Tivi Jemput-Jemput. Since nama kumpulan kami Jemput-jemput.)


II.
Colan untuk laporan alam sekitar.
Wartawan : Karam Kapal Karam (KKK)


Berita : Penduduk Taman Cekodok membuat bantahan tentang lembu-lembu tiada tuan yang suka membuang najis merata-rata. Dua penduduk ditemu-ramah, Puan Atiqah dan Miss Choo Choo. Puan Atiqah tak dapat beri komen kerana tak tahan dengan bau busuk. Miss Choo Choo menjawab dalam bahasa Mandarin. KKK dan Miss Choo Choo berbual dalam bahasa ibunda masing-masing. KKK menterjemah komen Miss Choo Choo, "Lembu-lembu tersebut patut dibinakan tandas awam dan ajar mereka untuk menarik pam tandas."

Poster yang diangkat oleh penduduk :
  1. "Bina tandas awam untuk lembu-lembu!"
  2. "Mana tindakan pihak berkuasa?!!"
  3. "I love Hadafi" - Hadafi ialah ketua fasilitator kami yang macho. Hak hak.


III.
Colan untuk laporan sukan : Masihkah Ada Harapan Atlit Kita Meraih Emas?
Wartawan : Cik Zizie Yanty


Berita: Cik Zizie menemuramah dua orang atlit yang sibuk membuat warming-up. Dua peserta bakal berentap. Yang menang akan mewakili Malaysia. Salah seorang atlit, Mizi a.k.a group leader kami, telah membuat persediaan dengan tiga cara - bertapa di Gua Musang selama tiga bulan 12 saat, mendaki Gunung Everast dua kali berturut-turut dalam masa dua hari, dan Qiamullail pada tengah malam. Di akhir klip video, mereka mula berlawan. Dalam acara BATU SEREMBAN!


IV.
Colan untuk laporan kaji cuaca.
Wartawan : Cik Hana Naseru.

Wartawan bahasa Isyarat : Cik Surati.

Pelakon latar : Miss Yong


Berita: Dilaporkan, di bahagian Pantai Timur. Angin kencang gila. Sila ambil langkah berjaga-jaga. Miss Yong di belakang melakonkan aksi penduduk yang berjalan menempuh angin dan hujat lebat dengan payung dan baju hujan. Manakala di bahagian Sabah Sarawak, panas melampau hingga 70 darjah selsius. Miss Yong kepanasan. Keluarkan telur ayam dari poket, letak di dahi, dan. Telur itu masak dan Miss Yong terus memakannya!

(Aksi terlebih-lebih bolehlah dibuat untuk menghiperbolakan keadaan.)

Sebelum mengumumkan pemenang, kami ramai-ramai menyanyikan lagu Man Bai - Kau Ilhamku. Pitching kami memang berlari ke langit. Selepas menyanyi. Aznol dan Linda mengumumkan bahawa pemenang adalah tiada. Lalu, mereka berdua dikejar oleh colan-colan yang marah. (Nasib baik aku tak jatuh masa nak terjun pentas weh!)

Tammat.


Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan makhuk yang hidup, koma, atau yang telah tiada.

22 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Papa-apaan sih, pagi-pagi kok ngawur kayak gini! He..he..

Tie berkata...

Kah! kah!....memang gamat betul laa...

paiseh berkata...

whoaa.. melimpah ruah idea..
kreatif banget luorang sih..!!

Lily Abdullah berkata...

Tiqah,

Lembu-lembu itu baka tempatan ke baka impot? Pandaikah depa tu gunakan tandas hak..hak..hak :)

tasekM berkata...

hahaha. kreatif.

Yana Ismail berkata...

Huhu.memang best group you!group i hampeh.haha

Thenadi berkata...

haaaaa taman cekodok, nie leh geng ngan nad nie DX

A t i Q a h berkata...

Ina,
hahah. Tak pe. Yang penting buat persembahan. ^_^

Kak Tasik,
sudah sihatkah kak?

Kak Lily,
HAHA. Tak terfikir pulak baka apa. =P

Paiseh,
eheh. Bukan ide guwe dong.

Kak Tie,
agak la. Hihi.

Cik Lah,
hehehehe.

A t i Q a h berkata...

Nadh,
hah? Awak dok Taman Cekodok ke?
Kikiki.

Tanpa Nama berkata...

owh...fikir2 jgak td, manela anugerah ni ade kanns...heh

mkaw77 berkata...

keke masak telor kt dahi..
patut miss yong ni yg menang!!

SHIMI berkata...

Wah! wah! Wah1

Pocket berkata...

nama ku juga tertera.
anda patut taruk link:)
heheheh tapi korang memang pandai merapu.
tabik jgak:)!!

saudagar gaRAM.. berkata...

selain lembu,lalat juga perlu diajar untuk menggunakan tandas..


adik gua sibuk marah lalat yang meninggalkan najis di tempat tidak sepatutnya..




di mana?tak boleh jawab..
bahaya..

Tanpa Nama berkata...

hehehe. mcm meriah je suasana tu... pitching berlari ke langit? eheh. idea br neh :D

AieSha berkata...

ada bakat jd wartawan!

izzati fuad berkata...

i love hadafi too! hoyeah! :D

أكرم حسني berkata...

aku boleh bygkan story2 ni...dan aku boleh bygkan jgk perut aku pecah berkecai sbb gelak x igt dunia..

Unknown berkata...

tingat wat sketsa msa blajar dlu.. tmbah best klu org gelak.. kranya mnjadi la tu..

en_me berkata...

sonoknyerrr..
hi akak atiqah ittewww..
selamat aidiladha ..

A t i Q a h berkata...

Kak Fauzani,
haha. Tu anugerah ciptaan sendiri.

Kamal,
dia memang jadi pelakon pembantu terbaik malam tu.

SHIMI,
=D

Pocket,
hahah. Sempat pulak tengok nama dia. =P

Garam,
lalat ada letak najis kat muka lu kan? Haha.

Diya,
hihi. Penat kitorang kejar pitching tu. ;P

Aie,
HAHA.

Ijat,
we do. Hak hak.

aQram,
woh. Pecah perut? Cam ikan pulak. Wakakaka.

Kelambu,
kalau orang tak gelak. Kami yg haru. Hehe.

Me,
selamat ye Me. :D

13may berkata...

salam aidiladha :)