Khamis, 25 Disember 2008
Kisah KLIA, Haji dan Hajjah.
I.
Malam sudah, kami (Abah, Mak, Tina dan aku) ke KLIA. Menjemput ayah dan umi (Cik Anip & Cik Izzah) Afaf dan Ahnaf bersaudara pulang dari haji. Sayu betul aku tengok bila umi dan ayah itu mencium anak-anak mereka bertalu-talu.
Padahal budak-budak tu sebenarnya teruja dengan cerita mereka tentang patung Ultraman, Barbie yang baru beli dan macam-macam makhluk lagi yang namanya mainan. Si bongsu Asma' pula dah semacam terlupa dengan uminya. Menangis bila diriba Cik Izzah. Esok-esok, okelah tu.
II.
"Tiqah, dalam beg ni ada anak unta tau. Abah bawak balik."
Itu dulu. Pak cik aku kenakan aku masa kami baru pulang jemput Abah dan Mak balik haji. Masa aku darjah tiga. Sebab aku masih kanak-kanak, haruslah aku hampir percaya.
Lalu semalam, aku kenakan pula si Ahnaf. "Ahnaf, dalam ni kan, ayah bawak anak unta. Meh sini pegang kaki dia."
Semangat budak tu picit-picit bahagian bawah beg tu sebab nak rasa kaki anak unta. Ha ha ha!
III.
"Nanti dah kahwin, pesan kat suami awak. Kumpul duit siap-siap untuk haji. Pergi waktu muda, tenaga masih banyak. Kan senang," Abah. Pesan awal-awal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Pakdik tak dapat balik perak, muadz pulak kene chickenpox
camnelaaa ckLah boleh set dalam kepala...ckAnip balik 28hb!!!! Ari tu sampai Meru, mak telefon, ckLah ingat sesaje nk bawak mbahNang gi rumah PakMil...hadoooooi!.Kena gi Bangi jugak le hari ni,jumpa adik haji..
hari isnin kumpul rumah baru ckPah ye...
boifren tiqah, sila ambil perhatian! he he.
heh...nak rasa juga kaki anak unta! :D
i,
aku paling sayu kalau tengok orang berpelukan sambil mengalir air mata masa nak pergi haji lepas. aduh!
ii,
aku teringin pegang tangan unta. haha!
iii,
kepada sang lelaki, sila amek perhatian haha!
wah.. my parents will be coming home another 10 days.. tak sabar rasanya.. memang target nak pegi haji sebelum cecah usia 50.. insyaAllah
Alhamdulillah...syukur selamat sampai...
jangan terkejut kalo memang betul betul ada unta dalam tu :p
so, bila plan nak g haji nih? :D
terharunyerrr.. alhamdulillah selamat sumernyerrr..
alhamduillah selamat semua syukur
kata pocket:
betul!!!
memang kena gi masa memuda,
memoga insaf sikit, tak la
buat dosa banyak sangat :)
hehehehe...
nak bukak akaun tabung aji la gi
salam...wahh dah selamat pulang...betul la kan...bila la nak gi Haj ni...muda2 patut dh pergi
Btol tu yang..abah pun kata pergi waktu kuat lg..alaahai~
Betul la ada anak Unta.. Hari tu Naqia dapat Pak Hanif bagi... tak caya? Nanti naqia post kat blog Naqia..
Kak Ti,
Uncle ada 2-3 kali terserempak dengan idola (bukan bermaksud berhala) Kak Ti iaitu Faisal Tehrani di hotel kami di Makkah hari tu. Kalau bukan dia, mungkin cipan 2 serupa. Tapi tak sempat sembang. Berselisih juga dengan A. Samad Said, sempat berbalas angkat tangan tapi tak sempat nak chit chat...last sekali uncle ucap terima kasih sebab Kak Ti sudi jadi kakak angkat kepada ana-anak uncle baru-baru ni. Allah sahajalah yang membalasanya, semoga apa yang dipesankan oleh Pak Nasir tu menjadi kenyataan...Ameen
Wassalam,
Cik Anip
p/s Kalau dah ada niat dan azam, setiap sen yang di simpan dalam akaun TH berdikit-dikit tu insyaAllah akan diberikan ganjaran....sapa tak nak pahala mudah!!!...
Catat Ulasan