"Engko curi pemadam kite!" Nana tuduh Iwan. Sambil tuding jari telunjuk kat hidung Iwan. Tapi tak cecah hidung Iwan pun. Sebab Nana tinggi paras ketiak Iwan saja.
"Mana ada. Kite pun banyak pemadam la. Buat apa nak curi pemadam engko." Iwan pertahankan diri. Pemadan 50 sen tu, Midah kelas sebelah yang hadiahkan. Mana ada Iwan curi.
"Tipu! Engko curi pemadam kite! Kite beli pemadam tu kat kedai Pak Ganyang tau." Nana tak percaya. Dia yakin, pemadam gambar sotong kurita ungu yang ada pada tangan Iwan tu, dia yang beli. Baru dua hari sudah dia beli. Dan tunjuk-tunjuk pada Midah kelas sebelah. Sebab jarang budak darjah dua ada pemadam mahal macam tu. Haruslah Nana riak.
Iwan balas, "Betul lah. Sumpah kite tak curi. Kite tau la, mencuri tu berdosa."
"Sumpah? Demi Allah. Engko tak curi pemadam kite? Tipu dosa, mati seksa, masuk neraka. Tau!" Nana ugut Iwan.
Iwan angkat tangan paras telinga, " Sumpah. Wallah. Kite tak curi lah."
Nana diam. Dia percaya pada Iwan kalau Iwan dah siap main sumpah-sumpah. Sebab Mbah Jusoh yang ajar mereka ngaji waktu lepas Maghrib cakap, sumpah tu tak boleh dibuat main. Nanti berdosa, mati seksa, masuk neraka. Nana dengan Iwan tak mahu masuk neraka.
28 ulasan:
hehee... ya ya.. jangan main ngan sumpah sumpah ni... huhu.... kat berita tu siap sumpah minta laknat lagi... huhu
Seumur budak sudah pandai bersumpah
Huh!
Maksudnya,sumpah ni tak boleh dipermainkan...
Dan bagi mereka yang sedar akan akibat dan mengapa mereka bersumpah,maka mereka berhadapan dengan perkara yang benar2 belaka...
Sebab tu kita jangan main-mainkan sumpah yang org buat..mungkin esok lusa kita perlu bersumpah dan org lain mainkan sumpah kita,bagaimana?
kite sumpah!
yang kite tengah seronok kat umah. hehe. :D
Akum
Heheheee..
Sekarang ni, trend sumpah...
semua org nak bersumpah, tak kira pangkat apa...
org alim jerrr yang takut ngan sumpah...
dan sesumpah sendiri pun takut nak main ngan sumpah :)
jadi kesimpulan nya sape yg curik sape ni? oooo akak tau. nanti depa tercurik hati memasing kan? masa kecik main kawen², so besor nanti depa kawen betul². kan? hahahahah
belum lagi bukak cerite sumpah time bercinta.
"sumpah kita syg awak je"
"sumpah kita x men msg dgn org laen"
"sumpah kita syg awak smpai bile2"
sesumpah disumpah bertukar appearence mengikut persekitaran.
manusia pula bersumpah mengikut persekitaran dan keadaan.
sumpah hanya menjalankan tugas mengikut sumpah si penyumpah.
Tuhan Maha Adil. Si penyumpah will eats their own words.
hehehe! sumpah2 ni jadi beruang baru tau!
Adry,
yezza.. ;)
Kak Lily,
marah kat Iwan ke kak? :P
Kak Shila,
saya tak main sumpah. Main hati saje. Hehe.
Ijat,
isk. Tak pe, tak pe. Minggu depan kite balik rumah jugak tau! Huhu.
Eida,
ada teka-teki, bagaimana sesumpah bersumpah?
kak t.a,
ha ha ha. Akak sila la buat sambungan story neh. ;P
Panda,
haa..yang itu memang sumpah yang nak kena laknat tu. Eheh.
Buruuj,
sumpah pun, ikut skrip mungkin.
Daniel,
hoo..sumpah jadi ayam Ke-ef-si la best. Bleh makan. Kan?
kite tapernah pecaye sumpah murahan macam tu. kalau berani sumpah kat masjid pegang quran tangan kiri macam ade sorang abang tu, huhuhu
p/s:tiqah abang tu cute dan innesen seh.
hoooo... dalam nyer maksud post.. besh besh besh..
hissyy, bebudak nih.., jangan main sumpah-sumpah, main sesumpah takpe...
sumpah!
ai maseh single,ahahah
sumpah aku tak valid.perlu ke masjid KL,hi hi hi
mcm cita yg, amat curi pencil tu kan...HAHAHA WOOT~ budak budak selalu mcm tu..tipu dosa mati seksa masuk neraka ;3 haha
huhu. tersirat maksud entri ni. so, dont sumpah2 ye adik2. nnt jd sumpah2 fulak. ahaks
amboi ingat sumpah org bercinta.. dulu kecik2 pun suka gak main cakap sumpah2 ni
Nasib baik Iwan bersumpah tak pegang al-quran. Menurut Ulamak PAS, orang dituduh spt Iwan dibolehkan bersumpah..hehehe
p/s: mcm kes si saiful je.
akak enggak pandai la mau bikin itu cerita. awak sambung la nanti akak komen. akak suka komen org tau. hahah
nasib iwan tak buat sumpah dilaknat semua keturunan dia. kalau betul iwan yg curi, nanti semua keturunan dia jadi pemadam :P anyway, nice one :)
hiddsta,
jadi pemadam gambar sotong kurita warna ungu. Ha ha ha!
Kak ta,
woo..okeh2. Dapat mimpi kang, saya buat. ;P
Shino,
tak apa. Nana dah percaya. Tak payah angkat Quran dah.
P/S: Bergantung pada prior knowledge anda. Kalau rasa ini kes Saiful, mungkin ya, mungkin tidak. Hihi.
Kamal,
sapa yang ajar tu? S***** jugak. HA HA!
Diya,
sumpah2 goreng sedap tak Diya?
Nadh,
cerita apa tu? Tak pernah dengar pun?
Azie,
sapa tuduh ko tak single? Nak kena orang neh.
Bima,
nanti sesumpah gigit. Sakit!
Bendul,
sedalam mana tu?
Bang Juna,
ye ye. Abang yang angkat sumpah tu kiut bin inesen amat. Boleh terjatuh pandang pertama ai. ;P
gittewww yerr..
nice post MsAtiqah!!
terkedu kejap!!
eheh:)
sumpah adalah perkataan sensitip lately,
bukan 'sesumpah' plak yer :D
"Sumpah? Demi Allah. ..Tipu dosa, mati seksa, masuk neraka. Tau!"
wahhhhh hebatnya ayat bicara bebudak ni.. teringat zaman kanak-kanak dulu.
uhuhu..lambatnyr i ke sini,sorry yang:)bz bercuti.cewah!
err,i pun nak sumpah. i masih single. auww.mcm azie;p
Nasib baik tak bersumpah dengan Al-Quran di dalam masjid macam yang mamat itu buat. He he he!
Me,
gitteww ler gamaknyerr..
Pocket,
ahah. Sumpah bro, I tak kata I tak tujukan entri ni pada siapa2. Ha ha ha!
Che'gu Rashid,
kenangan budak-budak, boleh bawa sampai ke tua.
Ina,
okay. Kepada anda berdua, silalah ke Suruhanjaya Sesumpah...aa..Sumpah.
JP,
hihihi.
Catat Ulasan