Ahad, 24 Ogos 2008

CIKGU TUA ITU


Tarikh : 08.08.08.
Lokasi : SMKMA, Hujung Daerah.

Dia. Cikgu tua. Menuju ke kelas. Kelas yang dia jadi guru tingkatannya.

Sedang dia menulis di whiteboard kelas tersebut, seorang anak didiknya yang lelaki. Tan namanya. Dengan membelakangkan guru, mengusik dua orang anak didik yang gadis. Cikgu tua merapati Tan, lalu ditepuk bahu si Tan.

"Eh, kamu. Kan cikgu tengah mengajar ni, apa buat kacau budak perempuan. Pergi balik tempat kamu! "

Rupanya tindakan itu mengundang gerakan refleks Tan. Tiba-tiba dilibas dan dihempuk belakang si cikgu tua tersebut sambil mencarut "L*****!!"

Satu kelas jeda, gamam. Terkejut. Malang untuk Tan, ada guru kebetulan lalu dan nampak kejadian tersebut, "Hei, kamu pukul cikgu ya?"

Maka hebohlah seantero sekolah. Tan pukul Cikgu N***r. Cikgu yang paling dihormati dan disayangi oleh satu isi sekolah. Lalu bertindaklah semua guru disiplin dan kaunseling. Terbukalah segala koleksi fail salah laku Tan yang selama ni menunggu masa untuk dianalisa. Sebenarnya, pada pandangan cikgu tua itu, perkara tersebut bukanlah sebesar mana. Cuma orang lain yang menghebah-hebahkan.

Akhirnya, penjaga Tan dipanggil datang ke sekolah. Sememangnya dia adalah remaja yang bermasalah. Ibu bapa sudah berpisah. Berasal dari Pahang. Bapanya lari ke daerah itu untuk bersembunyi dari Ah-long, menumpang di rumah saudara. Yang sentiasa memaki hamun Tan kerana masalah demi masalah yang dibina olehnya.

Dua belas Ogos.

Pagi itu. Tan masih menunggu hukuman dari sekolah. Cikgu tua sedang berdiri di koridor bersama seorang cikgu Teonghua. Si remaja Tan datang menghampiri. Cikgu Teonghua itu bercakap dengan Tan, tanpa cikgu tua faham bahasanya. Cuma diagak, nadanya berunsur nasihat.

Tak semena-mena, Tan, "Cikgu, sorry ha semalam punya hal." Cikgu tua hanya mampu menepuk-nepuk bahu Tan sambil menyeka air mata.




** Ini cerita Mak via emel tentang Abah.

24 ulasan:

أكرم حسني berkata...

ur dad...was just like mine..he's full of patience..

ckLah @xiiinam berkata...

abahmu itu memang abang iparku yang amat penyabar!
kalau ckLah,dah ...@##@&%#*&!!!Wachaaaaa..terajang balik!

Danielle_Corleone berkata...

Sabar memang mampu buat kita tersenyum.

Yana Ismail berkata...

Alahai pakcik nasir sungguh mulia orangnya:)

students kan dtg dr mcm2 family background. Sometimes, kita tak tahu why they act like that.

Mama i pun malas nak marah2.tp bila dia marah,siapla sume. ha ha ha..

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Aqram,
yes he is. :)

Cik Lah,
budak-budak sekolah Convent tu takkanlah sekasar itu kot. Hihi.

Dan,
walaupun rasanya pahit kan?

Ina,
marilah kita menjadi cikgu yang sabar. Hihi.

Pocket berkata...

apo la tan tuh,
tp still, sabar boleh membetul kan kemelut jiwa :)
tp still kekadang tu nak meletup jgak:)

Good for cikgu who kept his patient

Adry berkata...

Waa sabarnyaaa....

Tok Rimau berkata...

Jadi cikgu mesti berjiwa besar.

Lily Abdullah berkata...

Ya..perlu berjiwa besar,penyabar dan pemaaf juga.

Ahh..rasanya akak tak punya jiwa yang Tok R katakan itu. Sebab itu perlu berhenti.

Mungkin ada kerja lain yang lebih sesuai..err..blogger misalnya.

ps: Tahniah untuk abahmu.(dan para guru yang berdedikasi.)Tanpa guru siapalah kita

cik.sepi berkata...

besar jasa seorg guru apabila amarah nya disalut dengan kesabaran.

saya pernah menjadi seorg cikgu sandaran, beberapa tahun dulu.

mmg banyak cabaran mengajar bebudak skrg.

ada salah sorg anak murid saya, pernah cuba mencium saya disekolah! (budak tahun 4).

kecik2 lagi dah menggatal :(
bila di analisis profile budak tu, dia mmg banyak melakukan kesalahan. salah satunya, membawa cd lucah ke skolah.

makin lama, makin banyak cabaran utk para pendidik skrg. satu saja kunci kejayaan, iaitu SABAR. Dan Allah sntiasa bersama dgn org yang SABAR.

Chika Chika berkata...

okek.
menurut kefahaman chika, cikgu tersebut ayah anda.

wah. terharu.

kekCoklat berkata...

salam tikah...huhuhu....sdehnye
pkcik nasir kan cikgu tuh....

tasekM berkata...

abah kamu cekgu yg hebat...

tiqah, budak2 convent ada jugak yg berhantu tau... walaupun pompuan... ha ha.

azie berkata...

sabar itu kunci segala. budak2 buat silap, it's a learning process. perlu juga tengok punca masalah tu, kan?

pandagumuk. berkata...

kadang2.org yg terlibat xde ape2,org sekeliling yg pandang lebih2.
kadang2.yang salahnya diri sendiri.tapi habis semue yang berkaitan dikaitkan.
apa2pun abah kamu mmg cikgu yg cikgu.
kamu cikgu jugak ke nnti atiq?

A t i Q a h berkata...

Panda,
insyaAllah. Kalau tak ada aral, kite pun jadi cikgu gak. ;)

Azie,
yeap. Jangan nak marah je. Jadilah macam YanKuMi. =P

Kak Tasik,
beliau cikgu idola saya. =)

Ooo..akak mesti sekolah convent eh dulu? Hehe.

Kiyo,
ustaz Hashim pun macam tu jugak kan? Eheh.

Chika,
10 markah! Anda faham! Hi hi.

Cik Sepi,
owh. Dahsyatnya budak tu. Tak padan dengan kecik pula.

Tapi, itulah. Nak salahkan dia seorang pun tak boleh. Pengaruh orang sekelilingnya juga penting untuk sahsiah yang baik. :)

Kak Lily,
jadi blogger juga best kan kak. Nak marah ke, nak sedih ke, nak suka ke, tak da kisah punya. Hehe.

Tok,
jiwa tok saiz berapa sentimeter?

Adry,
;)

Pocket,
budak2 nak naik, gitu lah Pocket. =)

Tanpa Nama berkata...

wahh..sungguh sabar ayah kamu cik atiqah.kalau saya..dah tak lama la budak itu..huhu.

pekerjaan guru memang pekerjaan paling mulia. tapi menuntut kesabaran yang menggunung di dada.

tahniah pada pakcik nasir!

Pocket berkata...

dulu tpt kitorang ado jgak budak nama tan yang jahat...
cikgu tangkap dia isap rokok.
dia pukul cikgu,
cikgu pukul dia balik,
dia dpt surat berenti skolah masa dia duk terlantar kat spital..
ehheeheh
tak der kena mngena ngan karangan sorry:)
eheh

A t i Q a h berkata...

sUe,
kalau saya pun. ;P

Pocket,
apa pasal Tan tu masuk hospital? Sebab kena pukul dengan cikgu tu ke? Huhu.

Yana Ismail berkata...

Ustazah Khuzaimah i kata, anak2 yg baik adalah anak2 yg mendengar kata:)

Btol tak yang?so jadilah anak murid yg baik dan mendengar kata:)

Cikgu plak kna byk bsabar:)alahai

Yazid Husain berkata...

penuh kesabaran, boleh but next ikln for petronas

A t i Q a h berkata...

Ina sayang,
untuk hasilkan anak-anak yang baik dan dengar kata tulah yang bermasalah sekarang ni. Huhu

Yazid,
kau jadi director nya. Oke?

susudalambotol berkata...

budak-budak sekarang memang samseng ;)

dugongsenyum berkata...

Cikgu Na**** Tabik!