Parking ala kadar, aku keluar kereta. Emi tunggu di dalam. Selepas menempah enam keping roti canai, aku masuk kereta. Tunggu dalam kereta ja. Sebab uncle tu baru nak panaskan pan. Mesti lambat lagi.
Tujuh minit berlalu. "Emi pegi tengok roti canai tadi. Tanya uncle tu dah siap ke belum. Kalau dah, bayar sekali," suruh aku.
Dua minit kemudian, Emi datang dari arah belakang kereta dengan sebungkus roti canai. "Emi! Akak bukan tempah kat kedai belakang tu la. Kedainya depan sana."
"Laaa, mana Emi tau. Ingatkan kakak beli kat kedai tu," Emi. Sambil tepuk dahi macam orang dewasa-dewasa.
Lalu petang itu kami ada enam tambah enam keping roti canai sewaktu berbuka.
"Abah bawak pegi masjidlah yang sebungkus lagi," Emi cuba berhati mulia. Tapi Abah tak bawa pun. Emi seorang ja dah makan dua keping. Tak sempat roti canai tu nak sampai masjid.
27 ulasan:
uhuhu..Emi boleh geng dengan i yang. Perut dinasour..ha ha ha..
Daripada membazir, baik dia makan;)huhuhu
hahaha... pewut dinasour ker liyana... hahahaha... bagus erni ni... hahaha... kalau bawa ke masjid pun tak cukup jd alih alih baik dia yang abihkan .. hehehe
Adry @ http://www.adrysabry.com/
waahhhh...byknye roti canai..
kalo sy, nak abiskan setengah pun terkulat2...huhu
hehehee... mujur roti canai saja...
kalau tak, jenuh nak membayar..
ha... engkau sebat 4 kepingkan tiqah? ;)
alahai emi... kene belajar berdietsasi....
tiqah sorang jer makan pat keping kalu, banyak sungguh tu!!
hehehe:)
Roti canai tak pernah dibuat berbuka lagi..
malam ni gi mamak lah!
wah!
emi punya trick baekkk punya
ahahaha
dapat roti canai double)
bijak-bijak
aku suke order roti canai garing byk2 dan semangkuk besar kari kepala ikan kat Pelita KLCC...
p/s:oit oit...advertisement free nih..aku saje nk promote kari kepala ikan kat sane syooook~!
tu laa.suruh lagi emi.
sgt lapar..
nak roti canai..
tqa, sy kan ratah aje sambal kamu itu..
hehehe..
sgt sedap!!
time kasih cyg...
mmwaah!!
Hati-hati membeli roti canai. Jaga kebersihan. Ada sorang mamak ni, tebar roti canai sambil korek ketiak, isk!
wahh kalau roti canai sardin lagi sedap ehh.. mak aih kecur pulak dah. wei poser la wei! hahahah
ps: sori dik lama akak tak jengah sini. huhu
Sedapnya roti canai..tapi roti canai ni kolestrol tinggi la...
Hehe...
Selamat menjalani ibadat puasa :)
wuhuhu... bukak puasa ngn roti canai ke?
org lain bkk pose meja penuh mcm nak buat kenduri sekampung... last2 buang sbb xabis nk makan. alahai manusia. nafsu2..
ok cool
tak membazer!
amalan setan.
setan takde, jgn kita jadi setan
ngahaha
Bang Juna,
bila makanan jumpa Emi, setan tak de. Ha ha.
Syam,
ada lagi makanan lain. Tapi roti canai mangsa pertama perut Emi. Hu hu.
Kak Shila,
tu la pasal. Sekali sekala tak pa kot. ;)
Kak Ta,
restoran Sri Tanjung tu ada jual roti canai tak kak? =)
JP,
eww..gelinya dengar. Apa nama restoran tu? Kena blacklist ni.
Ct,
haha. Mak saye beria masak, bila dengar kamu telefon semata-mata mau sambal. Hi hi hi.
Munh,
ngeh3. Mak kite pun kate gitu kat kite. Isk.
aQ,
berapa ratus sen harga roti canai kat KLCC tu? ;P
Azie,
aku rasa malam lepas terawih tu, dia cari roti canai lagi kot. Ha ha.
Pocket,
uu~~ I tak sempat rasa pun roti canai tu. Sebab lepas buka, dah kena naik bas balik kampus. =(
Rasso,
haha. Tawu tak pe.
Kak Tasik,
uu~~ mana ada. Dapat bau je. Tak makan pown. Isk.
Eida,
haha. Tu la pasal. Nasib baik bawa duit extra. ;P
Kak F,
alahai. Akak dah la kurus. Tambah kurus la kalau tak larat makan. ;-)
Adry,
haha. Tak pe, niat tu dah ada. Pahala gak tu kan.
Ina,
dia bleh geng dengan u la yang. Hehe.
kesimpulannya; yang menyuruh, kena jelas betul2.
yang disuruh, kena dengar betul2.
baru betul jadi betul...
burppppp kenyang... hehe
Roti none of your biznez 3.
Bima,
ahah. Baik! He he.
Thaf,
alhamdulillah...
Tok,
siap! Huhuhu.
AoC,
:)
memangpun.huhu. geng dgn i.kuat makan.;p
Emi makan 2 keping? Tu baru Emi. Kakaknya?? Takkan 4 je..? ;-p
Alahai, teringin la pulak.. Yok Safiah!! ;-)
hehe..
er.. sorang 2 keping? (patutla xsampai ke masjid.. uhu)
Alone,
ha ha. ;)
Kak PY,
sahur kat Safiah best gak kan kak. Hihi.
Ina,
u kuat makan, badan maintain. Emi...hmmm...
keke.. lagu tu ka!! bedal ajer apa yg ada!!
Catat Ulasan