Selasa, 12 Ogos 2008

Lepas Entri Ini, Mungkin Seminggu Dari Sekarang Kau Akan Jumpa Entri Baru Aku. Eheh.

Kredit foto : flickr.com


Minggu lepas. Aku ke padang kawad. Ustaz Ismail Mustari ada cerita tentang ‘Ayat-ayat Cinta’. Menarik dan catchy tajuk dia. Cara penyampaian beliau memang menjadi feveret aku. Sengantuk mana pun aku, kata-kata beliau yang bersahaja itu akan buat mata dan otak aku terbuka luas.

Pada minit awal ceramahnya, beliau bercakap tentang perbezaan cara laki-laki dan wanita dalam menyampaikan isyarat cinta.

Wanita yang lazimnya akan mengeluarkan purata 21,000 patah perkataan dalam sehari, as expected lebih cenderung untuk bercakap banyak apabila mereka ingin menunjukkan rasa cinta dan perihatin. Mungkin wanita yang suka membebel juga bermaksud, mereka itu sayang akan lelakinya. Kan?

Lelaki pula, akan cenderung untuk diam dan lebih suka mendengar. Mendengar, secara ‘listen’ atau ‘hear’? Itu aku kurang pastilah. (Pensyarah aku kata, listen dan hear tu berbeza tahu. Aku pun setuju). Dan cara untuk mereka meluahkan cinta itu, adalah dengan aktiviti fizikal. Er..yang itu pun, aku kurang pastilah secara lebih lanjut. Oh ya. Ini kerana, purata perkataan yang kaum ini hasilkan hanya 7000 patah sehari.

Ustaz juga kata, lelaki hanya akan banyak bercakap pada awal-awal usia perhubungan. (Mula-mula, ayat mesti sikit punya sedap kan beb)

Eh, tapi ingat tau. Hasil analisis di atas tidaklah applicable dalam Islam. Maksudnya, Islam tidak membenarkan para lelaki dan perempuan meluahkan perasaan cinta dengan berlebihan tanpa ikatan yang sah. Iaitu nikah.

Kerana berbeza penghasilan patah perkataan ini juga, Allah meletakkan kuasa talak ke atas lelaki. Cuba bayangkan, kalau kuasa talak ada pada wanita, mungkin peratus perceraian di Lemah Kelang akan mendadak naik, dari hanya 35% kepada entah berapa peratus. Hei. 35% daftar perceraian hanya di Lembah Kelang? Itu juga tinggi tahu. Walaupun kuasa talak itu ada pada lelaki. Jadi, kepada kaum Adam, sila ambil perhatian, oke.

Tapi mungkin tak semua orang menepati ciri-ciri di atas. Contohnya Abah. Sebab hari tu bila beliau telefon aku, terus ja beliau kata, “Bila nak balik rumah ni? Abah dah rindulah.” Ho! Kalaulah dapat suami yang berekspresi-walaupun-dah-kahwin-macam-Abah kan best. :P



Nota kaki: Fakta nombor di atas juga adalah daripada sang ustaz. Aku salin bulat-bulat saja.

37 ulasan:

tumismenumis berkata...

Salam.
Memang pun orang pompuan nak jugak bercakap 21000 patah perkataan sehari. Kalau tidak dengan aku, dengan anak anak dia. Bila semua anak lelaki dan suaminya ni tak layan, dia akan cakap dgn pinggan mangkuk dekat sinki, demi untuk cukupkan 21000 patah perkataan sehari.

~mazudi.com~

Yana Ismail berkata...

Alahai yang,abah i pun dah tanye.bila nak balik:(...isk2..

Eerr..kaum lelaki,sila amik perhatian:)hehe

azie berkata...

tiqah,

kalau dah sebelum kawen pun dah dapat sindrom lelaki-dah -kawen-punya- 5- anak, camne nak ubatkan?

belum kawen pun sudah habes proses mengurat. tidak konsisten. aku buhsan

maka aku buat keputusan, aku juga akan bekukan hati. tak mahu tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang.aku pulak nak bersikap macam lelaki. tidak ekspresif.

siapa-siapa mahu kawen tanpa bercinta dulu, boleh hubungi saya

ok. atas tu perenggan palsu.

sekian, terima kasih

A t i Q a h berkata...

Mazudi,
maksudnya, dia sayang pada pinggan mangkuk itu juga. Kan?

Ina,
sila lah balik dan berjumpa abah dan mama dengan bahagia okeh. ;)

Azie,
banyak sungguh perenggan palsu kau lately. Tapi, jangan palsukan hati oke. Terima hati dengan adanya. Eheh.

OP Zaharin berkata...

ha ha kalau bini aku baca entri dia dia akan 100% tak bersetuju. saya juga kaki membebel macam dia. ha ha ha.

Lily Abdullah berkata...

Tiqah,
Pokoknya abah kita adalah lelaki yang paling baik hahaha!

Ni kata Khadijah adik kak Lily. Dan kak Lily cukup bersetuju.

ps: Dengar kat laki2 kami kecik hati depa hahahaha!

pandagumuk. berkata...

xpernah pun org kat rumah tanye bile nak balik sebab rindu.

jeles2.sob2.

Sastri berkata...

salam... baru-baru ini juga, ayah saya berkata yang demikian cuma melalui mak saya... :D

Isdaniya berkata...

Akum..
hai...
salam perkenalan :)

saudagar gaRAM.. berkata...

bila ayah gua tepon...
dia cuma kata..

bila mau balik?
duit cukup?



tapi gua yakin..
dia sayang gua..
hahahahhahahaaa....

maksud gua SANGAT YAKIN..

Shila berkata...

Itulah beza antara pompuan dan lelaki.Tapi bagus juga bila kata-kata tak diluahkan selalu...lama2 kalau asyik diungkap,agak membosankan juga kan?

Perbuatan lebih hebat impaknya dari hanya berkata2...

A t i Q a h berkata...

Kak Shila,
adus. Maaf kak, kalau entri ini buat akak sedih. Huhu.

Garam,
ayah mana yang tak sayang anak bro. Cara je lain2. Kan gua cakap, tak semua orang ikut ciri-ciri tersebut. Huhu.

Eida,
w'salam. Salam kenal kembali. =D

Kak Sastri,
hihi. Sweetnya kak. ;)

Panda,
semua rindu kat kamu tu. Tapi mereka tak mau cakap, sebab takut kamu nangis2 kat sana. He he.

Kak Lily,
semua orang punya ayah baik! Yay! =D

OP,
ha ha ha. Habis la kecoh rumah tu. Dua-dua suka cakap.

أكرم حسني berkata...

NOvel cite Ayat2 Cinta nih lagi syok di bace berbanding movee nye...(alamak kantoi la aku ni bace novel...~~!)
Ustaz Ismail ni x silap aku mesti swuh beli buku die ek...wajib bace dan buat ulasan pulak tu...nasib baek la aku suke membace..

t.a.t.a berkata...

aik seminggu? nak pi mana Qah? balik jumpa abah ke? ke jumpa abah ketua keluarga? heheheheh

aizawa berkata...

haha. couldn't agree more. dan saya tak suka lelaki banyak cakap. hehe

tasekM berkata...

abah kamu best. aku tak punya banyak pengalaman kerana umur 10 tahun sudah tiada abah.

aku juga akan mengikut jejak kamu... tiada n3 selama seminggu... mulai minggu depan...

Tanpa Nama berkata...

rasanya diya masuk kategori lelaki kot. sbb diya lebih suka diam dan byk mendengar. huhu. cuma kdg2 je membebel. :p

kekCoklat berkata...

tiqah...lamenye cuti..huhuhuhu

A t i Q a h berkata...

a Q r a M,
yeah. Setuju sama kau. Novel dia lagi syiok. =)

t.a.t.a,
er..abah ketua keluarga saya? Atuk saya? Er..

Wahahahaha!

AmNah,
ahah. Let's talk puas2. Lalalala.. Hihi.

Kak Tasik,
tapi, ayah Muhammad Cerdik pun best juga kan? Hensem kan? Hoho!

Diya,
he..tak pa. Asalkan Diya disayangi, dan menyayangi, itu cukuplah. Kan?

A t i Q a h berkata...

Kiyo,
weh. Tolong aku buat esaimen weh. Uhuk uhuk.

Yazid Husain berkata...

Aq sudah kembali menulis, lawat2 lah

Isdaniya berkata...

akum...
sila ke blog eida utk claim award...
hehehee.... ambik jangan tak ambik :)

Chika Chika berkata...

meluah-luah cinta. eii. i tak pandai. cinta haruslah rock n roll. and rock steady. wahahaha :P

blackpurple @ jowopinter berkata...

Saya dalam sehari nak cakap 70 perkataan pun susah. Yelah, saya kan pemalu...

A t i Q a h berkata...

Yazid,
wah. Selamat kembali!

Eida,
what a nice reward. Thanks dearie. =)

Chika,
u tak banyak cakap sebab u ber'ym' memanjang. Hi hi.

JP,
ahah. Sebab anda menulis banyak kot. ;)

Tanpa Nama berkata...

owh..kat UniKL aritu diorg buat ceramah pasal 'Anak Lelakiku Bukan Lelaki..'heh

Shila berkata...

Atiqah..

Akak ada tinggalkan anugerah untu atiqah di blog akak...senang-senang nanti datanglah amik ye.. :)

Syam berkata...

wah... saya rindu dgn ustaz ismail. dulu dia adalah cikgu saya di sekolah menengah. lepas saya tamat belajar dia pindah jd pensyarah di UTM. dah 8 tahun tak jumpa dia...

ps: nak jumpa ust mail, saya nak mintak maaf dan ucap terima kasih byk2 kat dia. kalau bkn sbb dia sebat saya dan asik lect saya masa sekolah dulu, saya tak akan jd begini...

Yana Ismail berkata...

yuhuuu...hari ni balik kg:)

A t i Q a h berkata...

CikF,
uu~~ lagi catchy itu. Isinya mesti lagi best kan.

Kak Shila,
owh. Thanks kak. Ok, nnt saya amek. Hehe. Er..nak kena buat ucapan ke? Aagagaga

Syam,
ooww, rili? Beliau boleh di'idola'kan, kan.

Ina,
pergilah sayang, pergilah cinta. Biar aku sendirian di sini. Auuww!!

izzati fuad berkata...

tiqah,
aku sudah mule mengomen balik! walaupun hanya untuk beberapa hari. ahaks. uhuh. abah aku tak cakap begitu pon, aku ttp akan balik. heh.

ana berkata...

sudah seminggu, belum mahu menulis kah?

Tok Rimau berkata...

Tok pendiam orangnya. :-X

Rajuna berkata...

bang juna kalau dah membebel siap mengumpat sekali. baru umph!

A t i Q a h berkata...

Ijat,
abah aku cakap begitu, aku tak balik jugak. Alahai.

Ana,
ok2. Saya nak buat entri baru la ni. Huhu.

Tok,
ooo..ya ka? Tak da tahu la pulak saya. Hihihi.

Bang Juna,
fuhh..dasyattt la u ni Bang Juna. ;P

BuRuuj berkata...

dats y women need more verbal appreciation than present. huhu...

Thenadi berkata...

wah entri nie besh kudos***** to atiQ
haha kudos tu pe ye atiQ wink~
WOOT~ talak jatuh pada lelaki sbb lelaki; tahap kesabaran dia lebih dari perempuan kan kan kan