Untuk yang mengikuti kisah Laksama Sunan, ini pelengkap kepada trilogi ceriteranya. Ada Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu sebelum Hijab Sang Pencinta muncul.
Kisah antara Laksamana Sunan dan Haryani yang bermula dalam Bagaikan Puteri disambung dan diakhirkan di sini. Kejahatan Manggala yang muncul dalam Cinta Sang Ratu pula, berjaya ditamatkan ke dalam Anak Krakatoa. Dan, kalian ada berjumpa seorang lelaki berbaju Melayu dulu kala di sekitar Kampung Punggor di Johor? Khabarnya Sunan telah di'ashabul-kahfi'kan ke zaman sekarang tahu! Tapi, selepas ditembak, beliau kembali ke tahun 1511 semula. Kesihan Haryani. Ya, ya. Aku tahu. Perenggan ini agak kurang difahami oleh non-reader trilogi ini. Sebab nama-nama dan terma-termanya tidak diregisterkan dalam otak kalian. Maaf.
Amalan dan sifat Laksamana Sunan boleh dijadikan tazkirah ringan dan input baru kepada pembaca. Lagi-lagi untuk aku yang laman nurani-nya dah bersawang-sawang nih. Haih.
Banyak lagi cerita yang tak tercerita sebenarnya, dalam rebiu ni. Kalau mahu tahu, nah, HSP sudah bertebaran di setiap toko buku di seantero Malaya ini. Harganya bawah ringgit Malaysia dua puluh sahaja.
KOMA
Kalian boleh juga baca rebiu dari bloga ini. Er, maaf, saya tak tahulah nama anda.
Mati itu pasti. Hidup itu InsyaAllah.
Banyak lagi cerita yang tak tercerita sebenarnya, dalam rebiu ni. Kalau mahu tahu, nah, HSP sudah bertebaran di setiap toko buku di seantero Malaya ini. Harganya bawah ringgit Malaysia dua puluh sahaja.
Cepatlah cepat, datang toko buku.
Bolehlah kau angkut satu buku.
Cepatlah cepat, datang toko buku.
Asal kau bawa duit sebuku.
(Lirik asal: Bolehlah Boleh)
KOMA
Kalian boleh juga baca rebiu dari bloga ini. Er, maaf, saya tak tahulah nama anda.
Mati itu pasti. Hidup itu InsyaAllah.
20 ulasan:
omg. diya tgh baca buku ni. tapi, tak lepas2 lg 10 m/s. huhu [maklumlah skang mls baca buku sbb ada blog]. diya mmg ikuti novel trilogi RAM. yg paling best antara tiga2 ni, diya rs diya lebih suka bagaikan puteri kot. cinta sang ratu tak bape suka. sbb diya tak suka si ratu tu jadik bini sunan. klw diya jadik bini sunan takpe ah jugak kan. ekeke :p
pocket teringin sangat nak beli buku ini, tp kalau pocket nak layan, nak lah layan dari permulaan cerita,
takut kang tak paham plak.
tp somehow jiwa jiwang karat ini enggan mengeluarkan wang utk RM15.92 (After member discount from P0PuL4R)
kenapa agaknya ya?
masih kurang jiwang kut?
Diya,
samalah kita. Lately memang payah nak habiskan novel sebab ada blog. Tapi gagahkan diri jugak for the sake of Laksamana Sunan kechentaanku. HOHO!
Tapikan Diya, saya bayangkan Maharani lagi cantik dari Haryani. Huhuhu.
Pocket,
boleh paham kot. Hehe.
Em. Jiwang? Buku ni memang tak de jiwang karat macam novel @laf-dua-1 yang klise tu. Sebab tu I suka. Hehe.
huih tak pernah teliti bacaan ni..
biasa baca komik je hehehe :P
pasti saya beli dan baca....
heh cover buku pon x menarik mata utk membaca XD hehe
salam,
mati itu pasti,
himpunlah pahala bekalan diri.
hidup insya-Allah,
berbaktilah ke jalan Allah.
Sayang, dah abes baca P/S I.L.Y?
haah kan QaH kan? konon nya la tu buat prebiu.
RAM my fav novelis. Paling best Ungu Karmila, Tombiruo, Semngat Hutan, Tombiruo Terakhir, A.D.A.M...perghhh...sume2 thiller...best2 shiok...
Salam...dik...eleea wuz here...
muekekeke...miz ya' =)
Kurang faham ceritanya..mungkin tak baca kot:)
hik3..i pinjam dari u jela yang;)
cite ni sangat lazat!!
saya baca dr bagaikan puteri, sampaikan cinta sang ratu, dah HSP..
marveles!! aritu jumpa abg RAM kat pesta buku, berkali-kali saya cakap kat dia, saya suka trilogi bagaikan puteri..
tapi,saya tak suka haryani yg gedik itu! huhuhuu.. eee... saya rasa tak payah lah buku ni di moviekan.. tak ada seorg manusia atau pelakon pon yang sesuai jadi laksamana sunan, lelaki berduka dari tanah rencong tuu... he's so pure!
hari² baca paper je.. cepat mata nk pejam klu baca buku.
seb baek ada prebiu buku kt sini..xyah susah² nk pi beli hehe..
suke bce novel ekk..
best ek buku tu? cara awak crita mcm best.
salam..
hurm..Laksamana Sunan..
boleh ke kite nak jumpe dgn lelaki mcm die kat zaman sekarang??
takde da kot yg bertakwa dan beriman mcm die~
dah lama sangat nak sentuh novel...ntah di mana ku letakkan si laksaman sunan itu...huhu...
baru ku beli td novel itu.
dgn harga rm16.
mungkin bulan depan baru dibaca.
saya sedang ikuti trilogi ke2.cinta sang ratu...adoi tak dapa berenti maa..
Catat Ulasan