Dulu-dulu. Di kampung Sungai Manila, ada seekor lembu. Oke, mari kita beri lembu tu nama Mentega. Oh. Kalau kau tak suka nama Mentega tak apa. Kau boleh letak nama Butter ke, Planta ke. Samprit pun boleh.
KOMA.
Dikisahkan, Mentega yang dibela dari kecil oleh tuannya, Pak Mawar. Tahun itu dipilih untuk dikorbankan. Maka diaraklah Mentega ke masjid untuk disembelih. Tapi, mungkin kerana Mentega dapat rasa yang dia akan disembelih, berterabur langkah Mentega berlari ke arah bertentangan. Dia tidak mahu dijadikan korban.
Habis sudah tenaga Pak Mawar tarik Mentega. Pasrah Pak Mawar. Mentega degil tak mahu menurut.
Akhirnya, Pak Mawar bersuara, "Lembu, sudahlah tu. Kau dah bukan milik aku. Kau milik Allah."
Serta merta hati Sang Lembu jadi cair bak mentega dan berpatah balik menuju ke masjid. Alahai Mentega.
Salam Aidiladha untuk kalian. =)
29 ulasan:
Lembu pun mengerti dan tau insaf
ini memang cerita benar beberapa tahun lepas, cuma nama lembu je yang ditokok tambah
salaam aidil adha.
mntega.
bagus.
aQram,
lembu pun hambaNya juga.
Pak Dik,
best kan kalau ada lembu nama Mentega. Hahah.
Buck,
salam aidil adha.
Rugilah tiqah balik cepat.....
Tak dapat rasa sup gear box embah wedok!!!!!Powerrrr!!!!
owh. sebab tu la ko pilih name mentega ye. hehe. :D
baiknya hati lembu
semalam hujan satu hari. huhuhu
hari nie cerah X) lmbu semalam pon mengamok tak nak kene sembelih, tapi dia redha jugak
Hehee..nampaknya kesukaan kita serupa saja. Ada waktu tertanya-tanya dan berharap ia tidak menjadi takbir terakhir buat kita.
lembu atok di kampung namanya aiswarya.
haziq anak pakcik yang letak.
sebab matanya cantik.
tiqah, kamu mengerti isi hati lembu ye..
bagus citer ni tqah...penuh bmakna
mentega cepat cair woo~ sebab itulah sifat semulajadi mentega kan?huhu..
err, pak mawar tu namo nyer mawar ker?
anak nyer nama mawar,
so bapak nyer dipanggil pak mawar?
nice story tiqah!!!
mentega memang lembu yang baik.
nak masak apo pak mawar kito kang?
huhuhu..memang lembu itu taat dan patuh kan;)
err betol ke..lama dari raya puasa??
hehe tak pasti lak. Sebb slalo bangun lambat gi sembahyang raya.
Yg pasti masa nak sembelih lembu,diorg takbir kat telinga lembu... huhu
bagusnya mentega. aku nk tukar nama jd mentega lah...
amacam?
ha ha.
.
Kata-kata 'bodoh macam lembu' tak boleh diguna pakai dalam ini cerita. Hmmm...
terer pak mwar tu..! tak sejambu nama..
pakcik tu nama Encik MAWARdi bin Selamat, Imam masjid sungai manila. orang panggil mawar je, hehe
kagumnye..lembu pn tau insaf..huhu
huhu. comelnya nama mentega. pandai tiqah olah cerita ni. diya pun dh cair mcm mentega. hehe
Diya,
oke. Boleh letak diya atas roti sebab diya dah jadi mentega. HAHAH.
Kdee,
tau tak pe. He.
Pak Dik,
oww. Ya ka. Baru ku tahu. :P
Paiseh,
jambu mawar ada tak?
JP,
betul tu. Haiwan pun makhlukNya yang lebih tau dan nampak apa yang kita tak tau. :)
Kak Mentega...
sedap gak tuh. Wakakaka.
Shino,
betul lah. Tak perasan ke kat tivi dia pasang berhari-hari. Heh.
Ina,
yeap yeap. :)
Nor,
siapakah anda sebenarnya nih? Boleh pulak tau nama Pak Mawar. Huhuhu.
Pocket,
see, my Pak Dik dah jawabkan. Hehe.
Sab,
haah. Sebab tu lah. ;D
Aydee,
wuit. Dah bersawang blog ko tuh. Haha.
Aie,
hati dia sedap dibuat rendang. Eheh.
Addy,
sebab bulu mata dia lentik ek? Woo..
Kak Lily,
kan..
Nadh,
kamu jampi ape kat dia nadh? Hiks.
Yazid,
lembu main hujan dulu sebelum dikorbankan. Heh.
Kob,
aku lagi baik. HAHAH.
Ijat,
eheh. Tak plan pun. Tapi ironi lah. :D
Cik Lah,
dalam fridge tiqah ada ekor lembu. Panjangg. Ingatkan keropok lekor tadi. Hahah.
gua korban besar tahun ni..
hahahahhaaa....
masih boleh pergi ranta la.. maskara kan malam?
cakap I LOVE U kat dia. pastu pengsan da. nad pon x tau haha
Catat Ulasan