Isnin, 10 November 2008

TAG SANA SINI : Versi yang Lima Tiada Belas Tentang Diri

Tag! Dari Kak Lily! Oleh kerana otak tuan punya blog agak lembam di waktu-waktu begini, beliau hanya mampu menjawab lima daripada lima belas tentang diri. Dan.

Oleh kerana juga, Kak Lily telah mengetag dua lagi rakan beliau, maka mereka telah bersepakat "berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing" dan "sahabat yang baik adalah sahabat yang bertolong-bantu sesama mereka". Miss Y dan Miss B akan menyambung lagi lima tentang mereka. Lima kali tiga sama dengan lima belaslah kan?


Makanya, yang lima belas tentang diri adalah:

I.
She is an Atiqah. This Atiqah won't bite if you take her with a good care. Look strong outside, yet fragile inside.


II.
Buku-buku non-akademik lebih banyak ditempatkan pada rak buku beliau berbanding dengan buku-buku akademik yang sepatutnya ada. Ada blook Roti & Kopi yang dipinjam dari TokR, novel Salju Sakinah hadiah hari lahir dari Azie, dan novel PS I Love You yang dipinjam dari Kak PY, misalnya. Berbanding hanya satu buku Sosiologi - Sekolah dan Pendidikan tulisan Mohd Salleh Lebar.


III.
Waktu kecil dulu. Makhluk yang paling beliau takuti ialah. Lori simen. Semasa berada di atas jalanan. Jika beliau ternampak lori simen mengekori kereta abahnya, cepat-cepat beliau menyorokkan badan di seat belakang. Rasa macam benda bulat yang berpusing-pusing di badan lori tu nak telan beliau je!


IV.
Pada malam bacaan Yaasin dan solat hajat untuk SPM dulu, beliau kena sengat dengan tebuan sewaktu sujud terakhir solat hajat. Semasa sesi membaca surah Yaasin selepas itu, mencurah-curah air mata beliau sebab menahan sakit. Kawan yang duduk bertentangan dengan beliau terkesan lalu menangis tersedu-sedu apabila melihat beliau menangis. Kerana disangka si Atiqah menangis bersungguh-sungguh kerana sudah bertaubat nasuha.


V.
Atiqah dan emaknya suka berutus e-surat. Mungkin kerana mereka berdua introvert orangnya,meluah dan berkongsi melalui e-surat mempunyai nilai sentimental yang lebih pada mereka. Kiriman e-surat terakhir yang diterima oleh Atiqah kelmarin mengandungi gambar kad jemputan kahwin di bawah.

Hampeh je Neezie. Huh. Nasib baik ko nak kawen dah.


Tammat.


Tunggulah beliau mendapat pencerahan agung tak berapa nak agung untuk beliau menjawab tag-tag yang lain. Eheh.

29 ulasan:

faridmw berkata...

salam...
mmg lori simen menakutkan..
dugaan masa smbhyang hajat tu.. mmg bes sbb leh mmbuatkan orang nangis sekali..
tersenyum bila baca... hehehe

ZARA 札拉 [사랑해~] berkata...

hehehe~

taubat nasuha kau~

tahniah2~

eh...mau pegi exam nih!

Love u!!

xiiinam751 berkata...

Lori simen?
Errr.....bukan kau takut ckLah ke? He...he...he...

Abdullah berkata...

Taubat nasuha yang diterima, insyaallah...

hehehehehehe....

en_me berkata...

saperkarr pasangan ittewww..

missyizzati berkata...

ehe..pasangan atiqah boley jadi siapa2. laki ke. pempuan ke.

i wish i can start emailing with my mom juge. cam menarik je.

filanastasia berkata...

atiqah : n3 yg sgt comel.. rasa mcm nak tergolek gelak² time baca yg solat hajat tuh.. huhuhu

Princess Liyana berkata...

aiyok..i kena smbg jawab lg 5 ke..uhuhu..

lori simen..menakutkan..dahla besarr..ish..;p
sempat lagi kna sengat tebuan tu..kalau i..huh..join u menangis sama..;p

azie berkata...

huuuu...
taobat nasuha tu,ahahaha

Water Lily berkata...

Si comel yang dua lagi sila sambung hahaha. 5x3=15. Jika tag bisa dikongsi, agak2 bakal ipar kak lily bisakah dikongsi bersama.:D

wow..takut lori simen rupanya. Sama la kita kak lily takut lori balak,lori simen dan lori2 lain.

addyaholix berkata...

ya dia tak menggigit.
buktinya aku masih belum punya kesan gigitan di badan haha!

Nadine berkata...

yang ni sure anak manja mak...

tasikmerah berkata...

lori siram pokok bunga takut tak tiqah?

ha ha.

myadlan berkata...

Hai Atiqah. ingatkan tag ni ada 15 perkara. takpe2.. lagi sepuluh boleh sambung dlm entri akan datang..

A t i Q a h berkata...

Farid,
memang dugaan sungguh. Terus dapat MC tiga hari lepas tu. Alahai.

Zara,
good luck weh.

Cik Lah,
ek? Tiqah nangis ke kalau tengok Cik Lah dulu2? Haha.

Sir,
aminn...

Me,
ntah lerr.

Ijat,
okay. Jom teman aku gi majlis tu. :)

Kak Fila,
entri pun boleh jadi comel ke kak? Eheh.

Ina,
majoriti (Y and me) telah bersetuju. Haha.

Azie,
iye lah. Mata dia juling agak eh.

Kak Lily,
bakal ipar? Akak nak dapat adik ipar ke? Hahaha.

Addy,
HA HA HA!

Nadine,
ehh..tak de lah. Mana ada. Lalalala.

Kak Tasik,
hahaha. Yang tu saya suka kak. Comel. Macam vakum.

Adlan,
lagi sepuluh saya dah pas kat orang lain lah. Hehe.

Pocket berkata...

Hahahah...
amat la the comelnyer bila bayangkan atiqah menyorot belakang seat bila nampak lori simen.

apa kena mengena nya pun pocket tak paham antara lori simen dan telan atiqah..
heheheh:)

[ Eclipse ] berkata...

dah x lama dah tu :3

S h i n o berkata...

hehe eh?
betol ke..??
wahh senyap2 je ehhh..

tak lama dahhhh ..
Amiiinnnnnnnnnn...

:)

!x0r@ berkata...

hahaha.. macam mana boleh ada tebuan masa tu? uish, tebuan tu.. kalau saya tentu dah meraung time tu. huhu

Pok Deng berkata...

Pergh... taubat nasuha wacakaplu~!!! Nasib baik tak diangkat menjadi wali. Huhu.

A t i Q a h berkata...

Pok Deng,
HA HA.

Ixora,
tebuan tu tinggalkan ekor dia je. So, ingat apa benda hitam2. Huhu.

Shino,
apanya yang betul? Hmm...

Nadh,
hah?

Pocket,
I comel? Ahahahahaha.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! kalo btul2 jmput la! :-p

[ Eclipse ] berkata...

dah x lama dah tu =.="??? haha owh tgok lori simen

!x0r@ berkata...

tinggalkan ekor je? erk!

kel@mbu berkata...

citer no IV ti agak sadis.. hehe..

Amiene Rev berkata...

Hmm... lori simen dan kereta kebal, mana lebih berat?

Pocket berkata...

takder la, duk membayangkan seorang kanak kanak yg ala ala bulat,berlari ke ketakutan bila tgk lori simen.
heheheh..

apo la yg menakutkan sangat lori simen tu tiqah?

Rajuna berkata...

lori simen membayangkan betapa enaknya kuih siput bersira sambal!

A t i Q a h berkata...

Bang Juna,
lori simen tu ada bentuk kuih siput ke bro? Haih.

Pocket,
benda kat belakang yang berpusing-pusing tu, macam nak telan je. Haha.

Miene,
lori ayam lagi berat! ;P

Kelambu,
HA HA.

Ixora,
ye. Tinggal ekor je. Isk.

Eclipse,
amboi.. ;P

Dan,
betul2? o_0