Ahad, 2 Mac 2008

AMBULAN DATANG



Aku baru mau cari semangat untuk esaimen CALL. Tiba-tiba. Ini pertama kali aku tengok. Live. Unplugged. Ambulan datang kolej aku, angkut orang sakit.

Huiyooo!!

Diikuti satu kereta polis (tapi aku rasa kereta ronda pak cik jaga UTM). Pak cik baju biru angkut stretcher ke WA3. Lepas 4-5 minit, empat orang pak cik turun bawa stretcher berisi orang. Berselimut biru. Diiringi kawan-kawan si sakit. Jiran sebelah bilik yang baru balik dengan pacarnya kata, si sakit siap diikat dan pak cik baju putih jerit suruh dia diam. Ada juga pengiring bertudung labuh dan bertelekung. Dalam skemata aku, orang-orang macam ni ada bila ada kaitan dengan histeria atau gangguan. Tak tau lah. Tapi harap-harap si sakit cepat sembuh. Amin...

24 ulasan:

Yana Ismail berkata...

fuh yang..cuak kan..daripada mata yg dah ngantuk..terus segar semula

rasso berkata...

cik puteri liyana...

saat kejadian tQah lepak ngan saya... hahaha... mane leh cuak....

huhuhu~

Tanpa Nama berkata...

K13 memang keras sikit, dik. Akak pernah duduk satu floor dengan 'benda' ittew.. Wuuuu~

Nota tumit:

1. Rasso tak ajak PY. Merajuk!!
2. Dua kali kena angkut ambulance U*M. ;-p

A t i Q a h berkata...

tuan puteri,
lagi cuak dengar cerita kain putih terbang..hiiiihiii

rasso,
ahahaha...
saya dan puteri dalam bilik yang sama daa..

Kak PY,
akak ada sakit apa sampai dua kali kena angkut? Dahsyat!

Yana Ismail berkata...

cik tqah sayang..
adeke tgh2 malam mengungkit topic yg dibualkan semasa makan malam semalam..seorg kawanku nampak kain putih terbang di depan matanya pd waktu maghrib..
last2,dua dua takot nak g toilet..kna berteman..haha

rasso..hihi..memangla awak teman tqah sewaktu kejadian..tp saya berada btol2 di tempat kejadian..
puteri tak kire..mau menang juge..hehe

azie berkata...

princess,
kain putih?roomate ku cerita tentang pocong didepan court bilik kami nih.nak meraung pon ader..seremmm.

tqa,
berita gempar, awat tak ketuk pintu aku?boley buat liputan ala2 aljazeera..ni ko repot mcm paparazzi, dgr2 cite jiran balik ngan pacar plak.tak tepat info nanti.

rasso,
bukan malam tadi kita sudah awal2 bertiduran di ranjang masing2 kah?muahaha

A t i Q a h berkata...

puteri,
lepas ni kita mandi bunga kat spa, buang sial. huhuhu

azie,
nama pun paparazi, tak tepat tak apa, asalkan kontroversi.
p/s: rasso curang dengan kamu.ahahaha

rasso berkata...

atiqah,

alamak...


puteri liyana,

iskkk.... takpe.... patik seharusnya mengalah.... maklumlah.... teruna sunti macam hamba ni masih nak belajar sihir nak transfrom jadi putera katak....


cik tapak sulaiman,

owhh.. malam ek?
nampaknya dunia kita berbeza... siang tapak sulaiman malam bagi saya... alahai~
p/s: Tidak bermaksud untuk curang... Ouccchhh!

Phuying,

I ngan tQah teman tapi mesra jer.... tak ajak u pun takpe... hi hi hi...

azie berkata...

tqah,
incik rasso memang tak setia,auwwW!
dan2 tulah siang malam berbeza..

Yana Ismail berkata...

huhu..sejak bler plak tqah jadi papparazzi..hehe..semalam sungguh menakutkan..terus tak bley tidoq..

azie..
eyp,btolke cite pocong depan bilik u tu?u jgnla..tatotnyer..isk2

cik rasso..
teruna sunti?apekah itu..serious sungguh bunyinyer..haha..cepat2 la cari pari2 nak transform jadi putera katak..hik3

A t i Q a h berkata...

hey kamu bertiga! apa bising-bising kat depan rumah akak ni ha? anak akak nak tidur ni tau.. cuba tengok macam PY, cakap pelan-pelan je.

huhuhuhu

Azhar Ahmad berkata...

Hahahahha, ketebulan sunggoh.... Kolej 13... Ada nostalgia menggerikan disitu.....

Saya dulu duduk kolej 12.... Sebelum diambil alih oleh Puan Aminah yang garang ittew... Ahahhahah

فيصل berkata...

aku membaca komen korang tetiba bulu roma meremang.. adakah benda itu sudah datang ke teratak42.. ahh.. tidak.. jangan takut.. kalo kita takut lagi senang dia masuk.. kawasan disitu aku terdengar cerita budak kecil main bola di jalan dari pusat kesihatan pada waktu yang tidak logik... ahh... bulu roma aku semakin meremang..

A t i Q a h berkata...

azhar ahmad,
kenapa?ada orang b**** d*** ke?

فيصل,
alah..kamu! dah tau kami ni ketakutan, lagi mau tambah cerita seram. mak!!

rasso berkata...

Cik Tapak Sulaiman,
Saya setia tau...
sungguh~
tanya TQah...

Putri Liyana,
Oke.. sedang berusaha nie..
mengumpul saintis, ahli magis, ahli sihir, pakar bedah plastik, pakar katak, make-up animal, serata tempat untuk tujaan itu...

auuuwWWw!

13may berkata...

waaaa.....misteri plak :)

azie berkata...

woit korang sumer!!!!!sudah2 lah citer pasal bende tuh..tqah ngan ena nih penakut besar tau tak?skang gi toilet pon mau teman2.

rasso,
knape perlu tanya tqah?buktikanlah sendiri kesetiaanmu itteww.,auWWW.

A t i Q a h berkata...

azie,
rasso benar. dah dua tahun dah..aih??

13may,
entri aku ni sebenarnya tak ada unsur-unsur misteri mahupun pemujaan sebenarnya. budak-budak yang main depan rumah aku aja yang wat kecoh.huhu

azie berkata...

tqah,
2 tahun?????????????

Tok Rimau berkata...

Seorang wali terjumpa satu makhluk yang menakutkan. Di dalam hutan.

Mengeletar wali itu.

Makhluk itu berkata, "apa agama anda?"

"Islam," jawan wali itu dalam ketakutan.

"Orang Islam tidak boleh takut apa-apa selain dari Allah," tegur makhluk itu.
.
.
.
Wali itu menjadi insaf.

azie berkata...

tok,
bisanyerrrrrrrrrr....

zizie ali berkata...

dracula: what is your name?
hantu raya: (menggeleng-geleng kepala. tak faham bahasa inggeris)

izzati fuad berkata...

haha.
macam2 cerita.
mujur aku tak bersama kamu dan puteri malam itu.
kan azie?
hehe

A t i Q a h berkata...

azie,
2 tahun..hehe

tok,
wow! hebatnya learning outcome selepas pulang maskara. aku harap aku dapat ikut nasihat makhluk itu.

zizie,
oke, lepas ni aku akan bicara dalam bahasa inggeris dengan hantu raya. uhuhuhu

missyizzati,
ye. kamu sangat bernasib baik. =D