Selasa, 4 Mac 2008

HOMESICK YANG TIBA-TIBA

"Balance 019700****: RM 1.36,
valid until 20/03/2008"

Tak kisahlah. Nak telefon abah kejap aja. Setelah beberapa kali deringan abah angkat telefon. Pukul 12.15 a.m. abah baru hendak pulang dari markaz ke rumah. Tanya khabar sikit-sikit dan abah cakap,

"Abah rindulah kat anak-anak abah. Lama betul tak jumpa rasanya."

Tiba-tiba aku rasa aku nak cakap kat Tuhan. Boleh tak kau beri aku sayap, Tuhan. Aku nak terbang ke rumah. Segera. Aku nak peluk abah, aku nak cium emak. Aku rindu betul pada mereka. Sungguh ni Tuhan. Lepas tu aku janji aku balik sini setengah jam sebelum ujian Sociolinguistics. Boleh tak?


Emm..lepas aku kira-kira, tolak campur, baru tiga minggu lepas aku balik rumah. Tapi yalah kan, nak buat macam mana, kalau rindu tiba-tiba datang, tembok Berlin pun bisa runtuh.

12 ulasan:

Yana Ismail berkata...

alah2..shian die..sabar ek dear..nanti ade mase free..pulangla.i pun mau terbang ke rumah kalo bley skang juge..hihi
tp kna tunggu hujung minggu ni..
.ingat u nak skip quiz socio td..i know you looooveee socio so much..haha

rasso berkata...

alahai~
kalo MAS or AirAsia ada pakej sayap kat badan untuk terbang sendiri... sanggup gak redah awan, laut, hutan, terbang ke Borneo... alahai~

:Rindu gak:

Tok Rimau berkata...

Lain kali, bawalah baju gamis ayah ke kolej. Baju kurung ibu. Bila rindu, hidu.

Tok tak boleh join kancil klan?

Azhar Ahmad berkata...

Saya lagi lama tak balik. Hampir 5 bulan...

azie berkata...

tak pe tqa, nanti before exam kita balik k..
tok nak join kancil klan?muat ker??muahahaha

A t i Q a h berkata...

puteri,
i cemburu u dapat balik jumaat ni. kalaulah i dah cukup umur untuk mengundi. isk

rasso,
apa kata u pasangkan streamyx kat rumah borneo, boleh bertemu muka hari-hari.

tok,
tok selalu beri idea-idea bernas. baik, saya akan timbang-timbang nasihat yang ini.

kami sedar kami kancil, tak layak beriringan dengan sang BMW..uhuk2

azhar,
homesick orang dah kerja lain sikit dengan orang yang masih bersekolah.huhu

azie,
ok, nanti kita sama-sama cari tiket kat sri putri ya.
zie, kita kan biasa naik kancil berenam, boleh kot kalau tok mau join.hahaha

Fairuz berkata...

owh. belum cukup umur untuk mengundi ya. hehe

kalau rindu sesangat, pulang sahaja ke rumah. seperti apa yang kamu buat, rindu telefon walaupon kredit dah berada pada paras beku.

Sociolinguistics? dahsyat sungguh namanya XD

azie berkata...

wildchild,
kamu belum tahu lagi isi subject sociolinguistics dan juga kaedah pembelajaran dan pengajarannya.kalau kamu sudah tahu, nescaya kamu akan faham penderitaan kami.

A t i Q a h berkata...

ف wildchild ۞,
jika mampu sudah tentu saya akan pulang. huhu

Sociolinguistics tu..umm..mungkin seperti kamu melihat Matematik Tambahan masa sekolah dulu. (Untuk aku yang "pintar" ilmu hisablah. he he)

Yana Ismail berkata...

huhu..takpela yang..
jgnla jealous i balik..
ape kate kiter balik same2..
hihi..i kan balik untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara..chewah..patriotik sungguh bunyinyer..

wildchild,
socio itu sungguhla complex subjeknya..seperti mau pecah kepala menjawab soalan..

izzati fuad berkata...

kamu buat aku sedih jua!
(walaupun aku da terlambat bace)
ha ha ha
mari la balik!

tok,
bukankah kacil klan untuk warga emas?
hehe

A t i Q a h berkata...

missyizzati,
mari!kita tinggalkan penjara ni seketika. huh