Tapi Bidin tengok Ani tenang-tenang aja atas katil tu. Tiada tanda-tanda Ani mahu bersalin lagi.
Sudah 20 minit. Juga masih belum ada apa-apa.
"Ani sayang. Abang mahu ke tandaslah. Sakit perut pula."
Mata sayu Ani menghantar Bidin ke tandas. Sayu. Betul.
Selepas 15 minit berlalu. Bidin kembali dengan perut yang lebih selesa. Bidin buka pintu dewan bedah, tenang melangkah masuk.
"Alamak bang. Ani tak sempat tunggu abang." Kata Ani sambil mengusap pipi merah telus bayi mereka. Atas perut Ani.
"Lah, kenapa cepat sangat. Tak dapat abang tengok Ani main push-push."
"Itulah abang, siapa suruh pegi tandas. Budak ni tiba-tiba aja nak keluar tadi. Nampaknya abang kenalah tunggu yang nombor lima nanti." Alahai. Kecewa Bidin.
Nota kekakian:
- Aku masih pelik dengan Cik Pah aku yang seorang ni. Senang betul nak bersalin. Apa ya amalan dia masa mengandung?
- Siti Najmah Hannan, selamat datang ke bumi Allah. :)
17 ulasan:
alahai~
escapisme tu? ekeke
pergh..baru lps bersalin, dah plan nak tambah lagi tu...
Boleh amalkan minum air kurma bila dah 8 bulan ke atas. Lepas tu, kena selalu berjalan dan bergerak, biar ada stamina nak push baby. Lagi satu, kalau seminggu lagi nak bersalin, boleh amalkan telan telur ayam kampung setiap hari.
Wallahu'alam.
bersalin ni skt..mmg kena amal petua..nnti sy perlu hafal petua n ajar kat bakal bini..
huhu,tatotnya yang. I tak boleh imagine macam mana la i kalau mengandung. But, still. Kena la prepare kan diri. Siapa tak mahu anak. Nanti you tanyala kak pah you tu. Pastu bagi petua kat i.ek? hihi:)
huh?bersalin?best ke tak bersalin tu??macam best je..
i tatot pengsan dalam kamar ittew nanti... tatot tengok dara*
Rasso,
ha ha.. Mungkin Bidin tunggu yang kelima nanti untuk tidak escape.
Azie,
pasangan itu mahu tiru mak abah aku. Empat puteri, dua putera. Two more to go. Yeah!
Kak PY,
oke, saya dah nota-turunkan petua akak. TQVM :)
Hafifi,
salin, jangan tak salin. Nanti bagi bini kau baca. ;)
Ina,
salin petua Kak PY di atas. hehe
M.N Hakimi,
aku rasa best. Cuba tanya jiran kau punya kakak punya mak tiri yang bela kambing biri-biri belakang rumah dia. haih?
Rasso lagi,
heh..kekunci huruf H kamu sudah diganti dengan kekunci *?
eh...
i tot i sengaja...
Rasso,
i knew it. Buat-buat tak tau je. Nak tunjuk i ni naif tahap dewa je. ahahahaha
Air selusuh kot.. Aspapun, semuanya bergantung pada amalan kita... dan doa untuk mudah bersalin...
Anda adalah penerima Anugerah Frekuensi Komentar tertinggi Teratak Nurani Bulan Mac 2008. Check it out!!!! http://azharahmad.com/blog/2008/04/01/bluehippo-menari-menari-tentu-comel-bukan/
p/s Hadiah sudah diberi pada posmen berdaftar. Sila calling-calling dia untuk mendapatkannya.... Chiaowwww
erk.. macam tu skali ea.. aku kena blaja nih.. aku mahu anak kembar 3..
takut jugak :( dah pernah tgk dah dlm dokumentari... glr mcam sakit sgt..dh keluar bay trus leh ketawa2 si ibu nye
Siti Najwa Hannan laa
aku juga kalo boleh mahu anak kembar.. kalo ada petua, nak laa..
Azhar,
air selusuh tu macam hape rupa dia?
Hadiah telah selamat sampai.
p/s: Posmen kamu tu kiut la bro. :P
Faisal @ Kuchai,
fuh, tinggi cita-cita kamu. huhu
Popnina,
macam mau nangis kan tengok. hu hu. Tu yang orang kata, sejuk perut ibu mengandung, bila dah tengok baby tu keluar.
Psst, trimas sebab singgah. :D
Fa,
nak petua anak kembar? Buatlah IVF bro. He he
Pak Mil,
ye ke? Hehe.. Sound trouble la hari tu.. ;P
Catat Ulasan