Rabu, 5 Mac 2008

TAWAR MENAWAR


Lokasi: Kpg Sungai Manila, Teluk Intan.

Arif, 4 tahun nampak aku, mak dengan mbah wedhok (nenek) solat maghrib berjemaah. Arif tanya pada mak dia (Cik Pah aku), "Mak Ngah sembahyang apa tu mak?" Cik Pah yang tengah kelam-kabut nak pakai telekung pun jawab. Dan Cik Pah suruh Arif sembahyang sekali.

Sembahyang Maghrib berapa kali (rakaat) mak? Sambil dia betulkan kopiah comelnya. Tiga rakaat sayang. Banyaknya. Arif kata. Sembahyang Zuhur mak? Empat rakaat, Cik Pah masih melayan. Alah, banyak jugak. Sembahyang Jumaat mak? Sembahyang Jumaat dua rakaat. Ooo.. Abang nak sembahyang Jumaatlah mak.

Cik Pah dah tak kuasa nak layan.

5 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahahah, kena cakap kat budak tu...

"Nak kena cari 40 orang, ada khatib membaca khutbah, dan laki-laki ja"

Tiesha Chan berkata...

sooo cute.. mcm naqib pon ade rupe die.. =)

A t i Q a h berkata...

azhar,
haha..betul la..tak terfikir pun masa tu. cik pah tak nak ketinggalan jemaah.

arelang,
ada rupa? mesti la. ada dua biji mata, dua lubang hidung. sama kan?

izzati fuad berkata...

ehe..
comey.
kalau die sudah belajar solat subuh,mesti mau solat subuh aja.
huhu

A t i Q a h berkata...

Kak Tiqahnya dulu pun suka sembahyang subuh. he