Khamis, 13 Mac 2008

DALAM ITU B.U.M PUNYA DOMPET


Kena tag. Pertama kali. Selama ni aku fikir macam manalah tag tu rupanya. Macam ni rupanya. Terima kasihlah ye Tok Rimau sebab tambahkan kerja saya.
Soalannya, barang-barang yang ada dalam beg duit aku. Haih. Payah ni.
  1. Kad pengenalan dengan tudung merah (mata aku baru habis bengkak sebab kena cium cik tebuan), & lesen B2, D.
  2. Gambar berukuran paspot mak dengan kaca mata besar dan abah dengan rambut ala-ala afro. Gambar terkini mereka aku tak ada.
  3. Duit enam ringgit (bukan jumlah sebenar), lima dolar Singapura, dan satu Riyal.
  4. Tiket bas SnS Agency. Johor Baharu - Sabak Bernam. 14 Mac 2008. 10.30 malam. Hoyeh!!
  5. Kad ATM CIMB, dan BSN. Aku rasa total isinya ada kira-kira RM48.35.
  6. JCard dan Hinode Card - untuk aku yang rumah keduanya adalah Jusko. =P
  7. Gambar masa tingkatan lima dengan Nani, Nad, Nisah dan Yeyen di Taman Negara, Pahang.
  8. Kad perniagaan Restoran Tungku Impian. Tauke kedai tu bagi sebab kami selalu makan di situ. Dia kata, nanti kalau nak datang, bagi mesej dulu. haha
  9. Baucer MekDi - dengan pembelian RM5 ke atas, dapat air KokaKola percuma.
  10. Resit PizaHut, Jusco, CIMB, Bersatu Jaya, MekDi.
  11. Kad nama Cik Maizatul Akmam, kaunselor dari SMK Taman Puteri. Haih?
  12. Setem 30 sen gambar burung - 10 keping. Banyak betul.
  13. Kad diskaun Haris@Popular.

Maknanya, aku dibenarkan tag orang lainkah? Boleh? Betul? Thehehehe
Maka, kamu yang bertuah adalah;

Cik Ijat
Cik Kiyo
Pak Dik
Pak Mil
Enche' Rasso

Aku tak 'kan paksa kau orang buat. Tapi aku dengar cerita, kalau tak buat dalam masa 100 jam, ada baldi jatuh atas kepala nanti.
Aku dengar macam tulah.

16 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Retro sungguh gambar mak bapak hang.... hahahhaha... seb baik tak kena tag lagi... hahahha... Azhar Kalis Tag rupanya!

A t i Q a h berkata...

Azhar,
sebenarnya nama kamu nombor lima dalam senarai, tapi saya tak sampai hati nak susahkan kamu. Ekekeke

Tok Rimau berkata...

Mekdi tipu u. Tak perlu baucer untuk coke.

Tok beli saiz Small dan refill bila habis. sampai kembung perut minum coke.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik tak Tag akak. Kalau tak, ada baldi melayang sampai kolej 13. Ha ha ha ha ha!

A t i Q a h berkata...

Tok,
betul la tok. Semalam saya dapat percuma Ribena. he

Kak PY,
mau juga asalnya. Tapi saya segan. hik hik

rasso berkata...

alahai dinda... sampai ati... mengapa kanda orang yang ke-5, tak yang pertama... aiyak!

azie berkata...

tqah,
naseb ko tak tag aku.kalau ko tag aku plak, aku sekeh pale lutut ko ngan pale lutut tok,harharhar..

Yana Ismail berkata...

yang..huhu..mau curi kad bank u leh?

A t i Q a h berkata...

Rasso,
itu ikut hierarki orang yang saya chenta..wahahaha

Azie,
tak pe. Kita sama-sama jadi mangsa Raja Rimau tu. Aku tak mau seksa seringan itu.Ekekeke

Puteri,
curilah. Mesti u frust bila tengok isinya. Haha

فيصل berkata...

5 dolar singapura.. ngan 1 riyall...
setem? banyaknya letak dalam dompet.. untuk kecemasan ke? sudah lama aku tidak menghantar surat..

izzati fuad berkata...

hierarki orang yang kamu chenta?
huhu..
mekasih..=D

izzati fuad berkata...

hierarki orang yang kamu chenta?
huhu..
mekasih..=D

A t i Q a h berkata...

Fa Ya Sad Lam,
angan-angan dulu, setem tu untuk pos kad raya. Akhirnya, pakai sekeping aja. haha

Missyizzati,
sama-sama kasih. ;D

cik puan daun berkata...

mesti ada kad jusco.. mesti ada punyaa... ehehehe

A t i Q a h berkata...

Kak Daun,
wajibul ghunnah tu. ahahaha

Tanpa Nama berkata...

Tungku Impian ayam TAK sembelih
Owner bela hantu raya
Sedap ke makan masakan Jin?