Semester depan aku akan tinggalkan Kolej DSE ini, untuk pulang ke lubuk yang lama di KTF. Kenapa nak balik sana semula? Alasan aku pada Puan K, aku rindu pada KTF. Ya ka? Bukan aku tak selesa di KDSE ni, tapi aku rasa duduk di KTF lebih ‘rumah’.
Dan tiga minggu lepas aku terus telefon Puan K. Dengan ayat ala-ala manja aku beritahu dia aku nak masuk KTF balik semester depan. Puan K suruh aku datang pejabat kolej.
Aku, Azie dan Ina datang, minggu depannya. Pejabat penuh dengan bebudak yang nak minta borang kuota. Kami dengan selamba masuk dalam pejabat bila nampak Puan K yang tengah baca surat khabar. Selepas sembang-sembang dan gelak-gelak sikit, dia terus hulur boring kuota pada kami.
Tanpa kami sedar mata-mata di ruang menuggu pejabat melihat kami dengan (adjektif apa yang sesuai ya?).
Yang aku pasti mesti ada satu dua kepala yang berkata, “Hamboi hamboi. Aku tunggu kat sini bukan main lama. Akak ni senang-senang je dapat boring tuh.”
Aku amalkan kronisme kah?
Nota kekakian :
- Selepas Latihan Mengajar, Puan K telefon tanya mana surat permohonan aku untuk masuk KTF. Dengan selamba aku kata, aku nak duduk kolej lain. Hu hu
7 ulasan:
yahoo!sem dpn dapat duk ktf single room ada toilet. Thanks yang tolong i masuk ktf.hihi. I rase dieorg memang berapi la kat luar tu. Kita gelak2 je da dapat.:)
haha..kite guna kuasa psikik ngan puan k tu.
mak aih.. sedapnya korang.. dahulu aku duduk di kawasan KTDI dimana radius nya tiada apa-apa wireless yang bocor.. ia sangat membosankan
Ina,
nanti I nak paksa u buat kerja kat KTF. ho ho ho
Azie,
psikik? Bila kau belajar? Kau tak ajar aku pun. huhu
Faisal,
KTDI tu bukit-bukit sangat. Susah gelombang tanpa wayar tu nak sampai. ;)
hohoho...
tetiba berubah fikiran yea?
x pa..x pa..
asalkan boleh ke kuliah :)
ihihi...
tqah,
telepati.nanti aku ajar ko.leh jimat kredit
Fuxane,
lagi satu sebab, saya boleh ber-exercise ke kelas. hehe
Azie,
ok. Yuran, free of charge aa.
Catat Ulasan