Selasa, 18 Mac 2008

TANDA PUTIH & BUKIT TINGGI CAMERON

Minggu ke-8 kuliah, Dr S bawa dua orang Mat Sailor (Saleh) dari Aussie masuk kelas. Macam orang jakun, kami tengok orang asing dua orang tu. Apa ke jadahnya?

Dr S perkenalkan pada kami, yang seorang pensyarah pelawat Hapentah Cameron dan seorang lagi kawan dia, Mark White. Dr S mahu mereka berkongsi pengalaman, ilmu dan apa-apa sahaja dengan kami. Dan mereka pun berkisah tentang isteri-isteri mereka dari Filipina dan Thailand (seorang satu isteri sahaja), tentang peng'musafiran' mereka di serata dunia, dan tentang cara hidup di Aussie. Mata kami terbuntang-buntang melihat mata Encik Mark yang juga terbeliak-beliak. Sekali-sekala kami gelak, ha ha ha. Sekali-sekala kami terkagum, waaaaah. Sekali-sekali kami tersentuh, ooohh.

Seronok juga dengar pengalaman Encik Mark itu. Budaya di Aussie, mereka belajar sekejap (satu semester contohnya), kemudian mereka akan berhenti satu semester, dan mengembara ke negara orang. Benar kata beliau, kita belajar bahasa asing, dalam masa yang sama kita akan belajar cara mereka berfikir, dan budaya bangsa itu.

Tapi tiada seorang pun yang mahu angkat tangan dan mencelah bertanya soalan, seperti yang dia galakkan. Sampaikan Encik Mark itu berkata, "Okay, what if you ask your friend next to you about, bla bla bla." Dush!
"Okay, now I want you to ask me the question together. 1, 2, 3. Ask me." Dush2x!
Yang kelakarnya, macam budak tadika, kami ikutkan juga apa yang dia arahkan.


Tapi provokasinya berhasil. Kerana selepas itu ramai juga yang mengangkat tangan. Atau, mungkin kerana sebelum itu Dr S menyediakan bihun goreng dan air oren sejuk semasa rehat.


9 ulasan:

Yana Ismail berkata...

huh!menusuk kan yang.terase btol2 macam bdk tadika.kite dgn skemanye bertanye soalan mcm conduct loud reading je.haha. batch kite kan batch TESL yg pemalu:p

rasso berkata...

dinda puteri,
u pemaleww ker ? ermmm
tak pe.... i tawww~

A t i Q a h berkata...

Puteri,
pasif di mulut, tapi aktif di pena. Muahahaha

Rasso,
Puteri itu, malu tapi mau. Tangan dia dah gatal je nak angkat tangan tempoh hari. huhu

deennasour berkata...

sapa yang tak nak mengembara..
syok tu~

izzat berkata...

cara psikologi yang menarik.
noted

فيصل berkata...

cara 'break the ice'.. itu sungguh menarik.. orang tak tanya kita.. kita tanya orang.. betul betul.. 'awak dah makan?' seronoknya.. kena praktik lepas nih..

A t i Q a h berkata...

Deen,
betul. Tapi jarang saya nampak orang di Malaysia begitu.

M. Herizat,
nota?he

Faisal,
ok, cuba tanya saya, 'kucing awak dah makan?'

azie berkata...

tqah,
lecturer ko tu jemput yg tua2..cuba jemput yang ganteng2 sikit..mesti aku tanya mcm2..cnthnya : R u married?
haha

A t i Q a h berkata...

Azie,
Encik Mark dulu kan ganteng. Dengan beautiful long blonde hair nya. kikiki