Selasa, 11 Mac 2008

TANAH KARUNIA KERAJAAN

Di pondok panas. Semua orang panas. Dan ada orang yang sedang panas, cuba sindir abah. Dahlah cikgu. Cikgu nak apa lagi. Gaji kerajaan dah bagi. Cikgu dah ada kereta, tanah, rumah batu. Cikgu nak apa lagi ni.

Wah! Ini sudah lebih. Eh orang, aku cili mulut kau baru tau.

Tapi abah senyum aja. Abah macam itulah. Senyum, lalu abah jawab. Saya ni dapat gaji, sebab saya kerja, saya periksa kertas. Rumah tu, saya buat pinjaman bank. Tanah tu bukan anugerah kerajaan ke hapa. Saya yang beli sendiri. Saya dapat duit dari kerajaan, sebab saya kerja, bukan suka-suka dapat. Betul tak ustaz? Tuju abah pada tok imam yang diam-diam sokong bulan, tapi tak mau cakap. Tok imam senyum aja. Apa jadi ya kat orang tu, lepas dia tengok keputusan?

Dialog di atas, mak yang cerita kat aku tadi. Mak pesan. Kakak nanti tulis la kat blog. Ho ho. Aku syak mak dah jumpa blog aku. Aiyak!

18 ulasan:

rasso berkata...

cool.... pinjam ayat tue... huhuhu

azie berkata...

emmm..

izzati fuad berkata...

sebenarnya kan,aku kurang paham..
hehe

Tok Rimau berkata...

Kalau emak sedang baca.

Emak,
Anak emak baik-baik di sini. Saya jaga dia macam menatang minyak yang penuh. Usahlah emak risau.

Hafifi berkata...

btul la tu ape yg dikatakan oleh abah Atiqah..semua kita sndiri..mn ade yg dorg bagi percuma..

A t i Q a h berkata...

Rasso,
boleh boleh. Jangan lupa bayar royalti. haha

Azie,
moooo

Tok,
uuuu...i'm touched.
::Sambil mengelap air mata dan mukus dari hidung::

Hafifi,
sedangkan nak masuk tandas pun kena bayar. Kan.

A t i Q a h berkata...

Missyizzati,
orang tu tak puas hati, kenapa abah mesti jadi opposition sedangkan semuanya sudah ada.

izzati fuad berkata...

atiqah,
owh..
maap lampi.
hehe

izzati fuad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Azhar Ahmad berkata...

Ahahahahah, memanglah kamu.... Hummmm... itu juga mak abah pesan kat saya....

Tapi saya cakap, kalau pembangkang pegang kerajaan, kita kena sokong kerajaan juga kan?

Mak san bah senyap....

Fairuz berkata...

baguslah ayah kamu tu. jawab dengan tenang dan bersahaja. really admire cara dia tu :)

A t i Q a h berkata...

Azhar,
sebab posisi dah bertukar sekarang ni. haha

Fa,
dalam hati abah tu panas juga sebenarnya. =)

Gx berkata...

"Budak-budak U tak patut terlibat dengan politik " kate bekas menteri pengajian tinggi yang menang dengan majoriti berkurangan.

next time, suruh la abah kempen banyak sikit kat sabak tu, kalah tipis je..

A t i Q a h berkata...

Pak Sidik,
kalah sebab tak ada undi dari saya la tu. =P

izzat berkata...

saya juga kerja ..
kita kerja,kita usaha..rezeki pada yang hak.tp.ada juga yang tek kerja ..hanya tunjuk muka..tapi ada bahagiannya...
mmmmmm

A t i Q a h berkata...

Encik Herizat,
kaki bodek saja yang tak kerja tapi dapat bahagiannya.
mmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

Mak akak pun dah jumpa blog akak.

O..oo.. aku ketahuan, pacaran lagi..dengan si dia..(sambung sendiri) ;-)

A t i Q a h berkata...

Kak PY,
teman baikku..haih