Jumaat, 28 Mac 2008

KELAS PERALIHAN AKU

09-07-2007 at 12:02 PM (dari blog yang lawas)


Selepas loceng habis rehat dibunyikan, pelajar perlu berkumpul di tempat perhimpunan.

Sambil aku lalu di situ, aku terasa ingin menyapa Jia Wei dan rakan-rakan dari kelas Peralihan Perak.

"Awak sudah makan ke belum?" Aku

Jia Wei, "Saya belum. Dia tak belum. Dia tak belum." Jia Wei, dengan mengunjuk kepada Wei Siang dan Soon Ban.

Selepas 2 saat baru aku perasaan ayat Jia Wei.

Mungkin mereka tidak faham apa itu belum. Tips untuk bercakap dengan mereka:

  1. Anda perlu men'terbalik'kan bahasa anda mengikut struktur bahasa pertama mereka
  2. Anda mesti menggunakan perkataan yang biasa didengar oleh mereka.

Dalam 'kambing-kambing' mereka ni, kadang-kadang ada juga perkara yang boleh buat kau tersenyum.

Cikgu, saya pensel! = Cikgu, pensel saya!
Cikgu, ini olang aa.... = Cikgu, dia ni....

P/S: Kak La pernah cerita. Seorang pelajar peralihan datang kepadanya. "Cikgu, kaki saya sudah rosak". Mesej yang pelajar itu hendak sampaikan sebenarnya, 'cikgu, kaki saya sakit'.


Jia Wei tiada dalam ini gambar.

5 ulasan:

izzati fuad berkata...

hehe..
sangat comey..=)

tp,on the other side,kenapa kita tak boleh amalkan 'error correction' dengan mereka?hehe..

Yana Ismail berkata...

huhu. I tau betapa sengsaranya you mengajar kelas peralihan yang,based on your story. You tetap tabah, keep up the good work dear!

azrn berkata...

uhuhu...
kadang2 comel pula bunyinye..

itu kalau bm.
cuba kalau bi.
uishh...

"we oredy insert data inside enter data"

Lily Abdullah berkata...

Kawan kak Lily si Petra tu pun sama. Takpe sekurang-kurangnya mereka mencuba. :)


"we oredy insert data inside enter data"
Tergelak sorang2 baca komen Fuxane :))

A t i Q a h berkata...

Ijat,
kalau aku amalkan error correction, agaknya mereka makin tak faham. haha

Ina,
dealing with this bunch of people was tiring, yet enjoyable tau dear. huhu

FuXane,
thehehe...

Kak Lily,
si Petra tu pun mengajar kelas peralihan ke kak?