Isnin, 31 Mac 2008

PETUA MUDAH BERSALIN

Resah. Risau. Bimbang. Semua ada dalam otak Bidin. Yalah, siapa tak risau, bini nak bersalin. Ini kali pertama Bidin temankan Ani dalam dewan bersalin. Bidin mahu temankan Ani. Mahu kata, "Sayang, push sayang, push! Fooh.. Fooh."

Tapi Bidin tengok Ani tenang-tenang aja atas katil tu. Tiada tanda-tanda Ani mahu bersalin lagi.
Sudah 20 minit. Juga masih belum ada apa-apa.

"Ani sayang. Abang mahu ke tandaslah. Sakit perut pula."
Mata sayu Ani menghantar Bidin ke tandas. Sayu. Betul.

Selepas 15 minit berlalu. Bidin kembali dengan perut yang lebih selesa. Bidin buka pintu dewan bedah, tenang melangkah masuk.

"Alamak bang. Ani tak sempat tunggu abang." Kata Ani sambil mengusap pipi merah telus bayi mereka. Atas perut Ani.

"Lah, kenapa cepat sangat. Tak dapat abang tengok Ani main push-push."
"Itulah abang, siapa suruh pegi tandas. Budak ni tiba-tiba aja nak keluar tadi. Nampaknya abang kenalah tunggu yang nombor lima nanti." Alahai. Kecewa Bidin.


Nota kekakian:
  1. Aku masih pelik dengan Cik Pah aku yang seorang ni. Senang betul nak bersalin. Apa ya amalan dia masa mengandung?
  2. Siti Najmah Hannan, selamat datang ke bumi Allah. :)

Ahad, 30 Mac 2008

KRONISME?

Semester depan aku akan tinggalkan Kolej DSE ini, untuk pulang ke lubuk yang lama di KTF. Kenapa nak balik sana semula? Alasan aku pada Puan K, aku rindu pada KTF. Ya ka? Bukan aku tak selesa di KDSE ni, tapi aku rasa duduk di KTF lebih ‘rumah’.

Dan tiga minggu lepas aku terus telefon Puan K. Dengan ayat ala-ala manja aku beritahu dia aku nak masuk KTF balik semester depan. Puan K suruh aku datang pejabat kolej.

Aku, Azie dan Ina datang, minggu depannya. Pejabat penuh dengan bebudak yang nak minta borang kuota. Kami dengan selamba masuk dalam pejabat bila nampak Puan K yang tengah baca surat khabar. Selepas sembang-sembang dan gelak-gelak sikit, dia terus hulur boring kuota pada kami.

Tanpa kami sedar mata-mata di ruang menuggu pejabat melihat kami dengan (adjektif apa yang sesuai ya?).

Yang aku pasti mesti ada satu dua kepala yang berkata, “Hamboi hamboi. Aku tunggu kat sini bukan main lama. Akak ni senang-senang je dapat boring tuh.”

Aku amalkan kronisme kah?



Nota kekakian :

  1. Selepas Latihan Mengajar, Puan K telefon tanya mana surat permohonan aku untuk masuk KTF. Dengan selamba aku kata, aku nak duduk kolej lain. Hu hu

BRO, LU SALAH CROWD NI

'Linguistic relativity - the idea that the language one speaks shapes the world one sees -' Benjamin Lee Whorf


Boleh percaya ka? Aku dan mereka juga bertutur dalam bahasa yang sama. Tapi aku rasa cara mereka tengok dunia lain dengan aku. hi hi


Nota kekakian:

  1. Kredit untuk Kancil clan sebab teman aku yang banyak cerewet untuk cari baju panas. Agaknya kalau aku tak beli, mesti kau orang hantam aku ramai-ramai. :P

Jumaat, 28 Mac 2008

KELAS PERALIHAN AKU

09-07-2007 at 12:02 PM (dari blog yang lawas)


Selepas loceng habis rehat dibunyikan, pelajar perlu berkumpul di tempat perhimpunan.

Sambil aku lalu di situ, aku terasa ingin menyapa Jia Wei dan rakan-rakan dari kelas Peralihan Perak.

"Awak sudah makan ke belum?" Aku

Jia Wei, "Saya belum. Dia tak belum. Dia tak belum." Jia Wei, dengan mengunjuk kepada Wei Siang dan Soon Ban.

Selepas 2 saat baru aku perasaan ayat Jia Wei.

Mungkin mereka tidak faham apa itu belum. Tips untuk bercakap dengan mereka:

  1. Anda perlu men'terbalik'kan bahasa anda mengikut struktur bahasa pertama mereka
  2. Anda mesti menggunakan perkataan yang biasa didengar oleh mereka.

Dalam 'kambing-kambing' mereka ni, kadang-kadang ada juga perkara yang boleh buat kau tersenyum.

Cikgu, saya pensel! = Cikgu, pensel saya!
Cikgu, ini olang aa.... = Cikgu, dia ni....

P/S: Kak La pernah cerita. Seorang pelajar peralihan datang kepadanya. "Cikgu, kaki saya sudah rosak". Mesej yang pelajar itu hendak sampaikan sebenarnya, 'cikgu, kaki saya sakit'.


Jia Wei tiada dalam ini gambar.

Khamis, 27 Mac 2008

BACK TO THE FUTURE

Ini kawan aku punya tulisan. Dia tak ada blog, jadi aku rasa rugi kalau tak kongsi dengan kau orang. Jangan risau, aku dah minta kebenaran dia, ok. Oh ya, kalau kau malas nak baca, ringkasnya ia tentang pandangan dia, seorang lelaki kepada wanita. Tapi bacalah, kalau kau sayang wanita kau.

"I’m proud to be a Malaysian…and I’m proud and grateful to see all the blessings that God has granted upon us. People say we are blessed with the ‘-est’ factor. The tallest of all buildings, the highest of all minarets, the most beautiful of all mosques, the ‘most’ and ‘–est’ of this and that…and not to forget, the women, the mothers of our future imams and amirs…surely there must be some ‘most’ and ‘est’ factors in them I presume…

Oh yes, how forgetful I am, for failing to realize those ‘est’ factors… forgive me please, forgive me. A few days ago in the news, written in large fonts and bold, I was stunned to know how excellent our Malaysian women are…and how they can ‘contribute’ to the society in every field they put their hands onto. I learnt that the domination of men in Akademi Fantasia was ended by a woman…a very talented one. One who would mesmerize men and women with her voice, and her natural, silky coordination of mind and body with musical rhythms (oh, they call it dancing), making millions without hesitating spending money to see her win, to expand her potential, and to show that our women too possess the spirit of Malaysia Boleh! Yes, our women boleh!


And not too long before I was acknowledged that our women not only can prove their capabilities in the country, but also to the world…yes, to the world. A Malaysian woman has been the first Asian women to cross both the North and South Pole! Now, that’s something that we can all be proud of. It’s extremely difficult to stay even a second in the extremely bone-chilling Poles, let alone to walk hundreds of kilometres in the heavy blizzard, crossing thin ice lakes, facing the dangers of wild Arctic animals, and making Jalur Gemilang wave proudly for every eyes in the world to see. I heard that millions of ringgit was spent to make the expedition a success….making me wonder for a while of the hungry stomachs and begging-hands on the streets I passed by just now. Shouldn’t the money be used to feed them first? Oh no, maybe for a second I was wrong…this woman needs the money more. Besides, she’s going to make the country proud, and all women worldwide proud. All possible support should be given to her…there’s no doubt about it.

Spending my free time with some friends however, alhamdulillah, have brought upon me a new paradigm on women. Through our routine talks and kitab browsing, I came across some names (yes, women names) which not only made my brows-raised, but also brought along a chilling-sensation…. a feeling of realization, of a rebirth of the generation of women that we should see in the news…that we should ponder on their sirahs, and be the model for our women to idol and follow. Oh, how I miss to see the softness of ‘Aishah, the patience of Khatijah Ummul Mu’minin and the iron-hearted Sumayyah! Or the sacrifice of Masyitah, and Zainab al-Ghazali, all done with one single, pure, untainted purpose, Islam.

I studied with pride the thousands of hadiths brought down from ‘Aishah, and pondered in awe of her contribution for ummah; her role as a wife of the prophet, and her thorough knowledge of the Qur’an and hadith which helped in solving problem to many. I shed my masculine tears, let them run and wet my beards, and wiped my nose dry, reminiscing the determination and courage of Sumayyah in defending the words of iman. How beneath the softness of your face lies a heart of diamond; hardened with iman and polished with tauhid. Oh our first syahidah! How weak and disgraceful am I to say your name, for inside me are countless sins and shame.

I thrashed my manly ego, stomped it with my own feet, all in front of the doings of Masyitah, the enlightened queen. Oh if not for your graceful soul, driven by iman and compassion, would the words of Musa be spread to the Israelites? On your side are the ruthless hands of the arrogant man who called himself a God, who makes his own decision of others to live or die, and yet you stood, and proclaimed your untainted iman.

And the list goes on and on, Khatijah Ummul Mu’minin. , Asma’ bt Abu Bakr, Hafshah bt Umar, Zainab al-Ghazali, Hindun bt Uthbah……….

Long I stood, shivering in the cold night breeze, looking afar….Oh God, guide us to the way of Truth, bring us back to the past, and may us not be blinded by those future idols!"

Ibnu Naim,

Pondok Selatan

Selasa, 25 Mac 2008

KAMU YANG AKU RINDU


Pesta konvo kali ini aku sangat terharu pada diri aku (sambil mengelap air mata) kerana aku sangat tabah menahan nafsu pada blaus-blaus dan tudung-tudung yang disangkut dengan cara yang sungguh menggoda pandangan mata. Syabbas bete, syabbas.

Terima kasih hati. :)

Oh, jom kita pergi ke kisah satu lagi, kala mana pelajar aku datang ke tapak pesta tempoh hari. Memang sangat seronok sebab dah lama tak jumpa mamat empat orang ni. Dalam kelas dulu merekalah dalang di sebalik kebisingan kelas 4 Jed. Serius macam mana pun muka aku bila marah, mereka ni boleh bercanda lagi dengan aku. Si Zaem itulah yang aku ceritakan dulu. (Baca: Resipi Buat Kek)

Berjalan dengan mereka malam tu, buat aku nak tutup muka. Malu! Sangatlah suka flirt dengan kakak-kakak U*M. Ringan aja mulut nak kacau sang gadis. Dengan mak cik kat gerai makan pun nak kacau. Sampai tutup muka dengan kertas mak cik tu gelak tersipu. Tapi terhibur juga tengok. Terima kasih ya kamu berempat. Dah lama teacher tak gelak-gelak yang sangat seronok. Belajar elok-elok. Nanti kita jumpa lagi, oke.


Sabtu, 22 Mac 2008

GOLONGAN MARHAEN YANG GLAMOUR


Read all major newspapers.
Information Minister wants to see you. Yes, you!

Penghantar es em es yang aku namakan Mr. G memberitahu kala aku, Azie, Ijat dan Naimmah mendaki Balai Cerap. Woho! Glamournya aku. Huh, baru kau orang tahu, betapa berkuasanya kami si bloggers.

Tapi Encik Menteri, aku rasa kalau kau mahu jumpa kami, Encik kena sediakan Stadium Bukit Jalil untuk menampung kehadiran kami. Santapan, wajib ada. Apa macam? Mahu?

Oke, fikir dulu ya Encik Menteri. Aku mau tidur. Penat mendaki tadi masih belum hilang.



Khamis, 20 Mac 2008

SELAMAT KEPADA : Umar Al-Faruq


Umar Al-Faruq Bin Sidik Al-Amini.
(Panjang betul nama abah kamu bagi)
Selamat Hari Lahir yang pertama.
Kak Tiqah tak sabar nak tunggu Umar besar. Mesti sangat handsome macam
bukan abah kamu. Muakakaka
Semoga kamu membesar dengan penuh kasih sayang dari abah dan ibu dan jadilah Al-Faruq yang akan menjulang nama Islam di muka bumi Khaliq mu.
Kak Tiqah sayang kat Umar! *hugs and kisses*

Selasa, 18 Mac 2008

TANDA PUTIH & BUKIT TINGGI CAMERON

Minggu ke-8 kuliah, Dr S bawa dua orang Mat Sailor (Saleh) dari Aussie masuk kelas. Macam orang jakun, kami tengok orang asing dua orang tu. Apa ke jadahnya?

Dr S perkenalkan pada kami, yang seorang pensyarah pelawat Hapentah Cameron dan seorang lagi kawan dia, Mark White. Dr S mahu mereka berkongsi pengalaman, ilmu dan apa-apa sahaja dengan kami. Dan mereka pun berkisah tentang isteri-isteri mereka dari Filipina dan Thailand (seorang satu isteri sahaja), tentang peng'musafiran' mereka di serata dunia, dan tentang cara hidup di Aussie. Mata kami terbuntang-buntang melihat mata Encik Mark yang juga terbeliak-beliak. Sekali-sekala kami gelak, ha ha ha. Sekali-sekala kami terkagum, waaaaah. Sekali-sekali kami tersentuh, ooohh.

Seronok juga dengar pengalaman Encik Mark itu. Budaya di Aussie, mereka belajar sekejap (satu semester contohnya), kemudian mereka akan berhenti satu semester, dan mengembara ke negara orang. Benar kata beliau, kita belajar bahasa asing, dalam masa yang sama kita akan belajar cara mereka berfikir, dan budaya bangsa itu.

Tapi tiada seorang pun yang mahu angkat tangan dan mencelah bertanya soalan, seperti yang dia galakkan. Sampaikan Encik Mark itu berkata, "Okay, what if you ask your friend next to you about, bla bla bla." Dush!
"Okay, now I want you to ask me the question together. 1, 2, 3. Ask me." Dush2x!
Yang kelakarnya, macam budak tadika, kami ikutkan juga apa yang dia arahkan.


Tapi provokasinya berhasil. Kerana selepas itu ramai juga yang mengangkat tangan. Atau, mungkin kerana sebelum itu Dr S menyediakan bihun goreng dan air oren sejuk semasa rehat.


Isnin, 17 Mac 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU : Pak Cik Irfan & Cik IDURA

Iklan gigi.

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin



Liputan akan disiarkan pada 20 Mac 2008. Pukul 1 Tengahari.


Dua hari di rumah, hari-hari makan nasi minyak. Sebelum naik bas, makan Maggie. Alahai~

Jumaat, 14 Mac 2008

Wasiat

Ini wasiat sementara. Tempohnya berkuatkuasa dari Jumaat, 14 Mac 2008, 223o hingga Isnin, 16 Mac 2008, 0500.

Harta benda aku dengan ini akan diwasiatkan kepada:
  1. Suzuki Smash (BJT 2804) - KANCIL clan aku. Namely, SiTiEnAziEjAt. Kalau nak tolong basuh lagi bagus. Ha ha.
  2. Bilik 405 beserta kunci - InAzIe - dibenarkan untuk jemur pakaian sahaja. Kalau nak hanger pun boleh.
  3. Biskut Jacob's Hi-Fibre - Tok Rimau. Maklumat lanjut, hubungi Tauke Restoran Safiah.
  4. Air kotak Soya Drinho - Lan Rasso. Maklumat lanjut, hubungi Tauke Jusko.
  5. Anak patung katak (Mamat) - Kak Phu Ying. Maklumat lanjut, hubungi Tauke Hinode. Cik pacak yang kat depan kedai tu pun boleh dihubungi.
  6. Milo Fuze 3in1 - Enche' Azhar Ahmad. Maklumat lanjut, hubungi Tauke Pasar Raya Jalal.
  7. Cadbury Crunchie - Wildchild. Maklumat lanjut, hubungi Tauke Giant U-Mall.
  8. Teh serbuk BOH + Gula CSR - Kak Amyz. Kalau sudi. Hiks. Oh ya, hubungi Tauke Bersatu Jaya untuk maklumat lanjut.
  9. Chicken Mushroom Soup Vono - Siapa-siapa saja yang mau. Hubungi saya sebelum 2230 malam ini.
Tengok harta aku. Aku ni zuhud kan?(blueh!). Selepas 16 Mac 0500, semua harta aku hendaklah dikembalikan semula. Terima kasih.

Tinggal ya, kamu semua.


Mak, abah! Here I come!

Khamis, 13 Mac 2008

DALAM ITU B.U.M PUNYA DOMPET


Kena tag. Pertama kali. Selama ni aku fikir macam manalah tag tu rupanya. Macam ni rupanya. Terima kasihlah ye Tok Rimau sebab tambahkan kerja saya.
Soalannya, barang-barang yang ada dalam beg duit aku. Haih. Payah ni.
  1. Kad pengenalan dengan tudung merah (mata aku baru habis bengkak sebab kena cium cik tebuan), & lesen B2, D.
  2. Gambar berukuran paspot mak dengan kaca mata besar dan abah dengan rambut ala-ala afro. Gambar terkini mereka aku tak ada.
  3. Duit enam ringgit (bukan jumlah sebenar), lima dolar Singapura, dan satu Riyal.
  4. Tiket bas SnS Agency. Johor Baharu - Sabak Bernam. 14 Mac 2008. 10.30 malam. Hoyeh!!
  5. Kad ATM CIMB, dan BSN. Aku rasa total isinya ada kira-kira RM48.35.
  6. JCard dan Hinode Card - untuk aku yang rumah keduanya adalah Jusko. =P
  7. Gambar masa tingkatan lima dengan Nani, Nad, Nisah dan Yeyen di Taman Negara, Pahang.
  8. Kad perniagaan Restoran Tungku Impian. Tauke kedai tu bagi sebab kami selalu makan di situ. Dia kata, nanti kalau nak datang, bagi mesej dulu. haha
  9. Baucer MekDi - dengan pembelian RM5 ke atas, dapat air KokaKola percuma.
  10. Resit PizaHut, Jusco, CIMB, Bersatu Jaya, MekDi.
  11. Kad nama Cik Maizatul Akmam, kaunselor dari SMK Taman Puteri. Haih?
  12. Setem 30 sen gambar burung - 10 keping. Banyak betul.
  13. Kad diskaun Haris@Popular.

Maknanya, aku dibenarkan tag orang lainkah? Boleh? Betul? Thehehehe
Maka, kamu yang bertuah adalah;

Cik Ijat
Cik Kiyo
Pak Dik
Pak Mil
Enche' Rasso

Aku tak 'kan paksa kau orang buat. Tapi aku dengar cerita, kalau tak buat dalam masa 100 jam, ada baldi jatuh atas kepala nanti.
Aku dengar macam tulah.

Selasa, 11 Mac 2008

TANAH KARUNIA KERAJAAN

Di pondok panas. Semua orang panas. Dan ada orang yang sedang panas, cuba sindir abah. Dahlah cikgu. Cikgu nak apa lagi. Gaji kerajaan dah bagi. Cikgu dah ada kereta, tanah, rumah batu. Cikgu nak apa lagi ni.

Wah! Ini sudah lebih. Eh orang, aku cili mulut kau baru tau.

Tapi abah senyum aja. Abah macam itulah. Senyum, lalu abah jawab. Saya ni dapat gaji, sebab saya kerja, saya periksa kertas. Rumah tu, saya buat pinjaman bank. Tanah tu bukan anugerah kerajaan ke hapa. Saya yang beli sendiri. Saya dapat duit dari kerajaan, sebab saya kerja, bukan suka-suka dapat. Betul tak ustaz? Tuju abah pada tok imam yang diam-diam sokong bulan, tapi tak mau cakap. Tok imam senyum aja. Apa jadi ya kat orang tu, lepas dia tengok keputusan?

Dialog di atas, mak yang cerita kat aku tadi. Mak pesan. Kakak nanti tulis la kat blog. Ho ho. Aku syak mak dah jumpa blog aku. Aiyak!

Isnin, 10 Mac 2008

AYAT-AYAT CINTA THE MOVIE

Baru usai menonton Ayat-ayat Cinta. Meminjam kata-kata Rasso, ianya macam Harry Potter di filem dan buku. Jauh bezanya. Walaupun kesudahan nya sama.


“Kumohon turunlah dan usaplah air matanya. Aku paling tidak tahan jika ada perempuan menangis. Aku tidak tahan. Kumohon. Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap air matanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan air mata selama-lamanya.”~Fahri (this is soooo sweet)


Boleh tak aku katakan dalam filem AAC ini, aku lebih terkesan dengan watak Saiful? Dia nampak cool saja. *bling-bling*Malah Fahri yang sering butuh nasihatnya. Watak Fahri yang terlalu inesen buat aku hilang rasa cool padanya. Aisyah juga kadangkala. Tapi bagus juga. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan bagaimana si suami dan si isteri bertolenransi dalam berumahtangga.


Maria juga sempat hidup beberapa ketika bersama Fahri. Dan pada aku, kisah Maria yang hampir meninggal dunia lebih berkesan dalam Novel AAC.


“Bantulah aku berwudhu. Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya. Suamiku, bantu aku berwudhu sekarang juga!”~ Maria

Ahad, 9 Mac 2008

JALAN LAIN KE MERSING



Hari ni kami berkereta agak jauh, tanpa Azie dan Ina tapi. Ke majlis perkahwinan senpai TESLicious kami di Mersing. Perjalanan agak mencabar kerana kami ditemukan oleh jalan-jalan yang tidak rata, luncuran bukit-bukau yang boleh rasa geli-geli perut, juga diserikan oleh hujan lebat yang kejap-kejap. Lebih kurang 1.30 petang kami sampai di tempat walimah. Pengantin lelaki baru sampai. Kak Bai suruh kami makan dulu. Aku suka daging kurma dia.


Keluar dari rumah kenduri, kami menuju ke Bandar Mersing, nak sampaikan hajat Ijat yang teringin betul main pasir laut. Tapi sebelum tu kami ke Masjid Jamek Mersing untuk jama' Qasar. Dan akhir sekali, kami ke kilang keropok lekor. Tak sah rasanya kalau tak beli keropok lekor kalau ke Mersing.

SELAMAT PENGANTIN BARU
KAK BAIZURA DAN SUAMI

Sabtu, 8 Mac 2008

HAL KUNCI

Tuhan memang perancang yang terbaik. Kau rancanglah apa pun, kalau Dia sudah kata kun fayakun, akan terjadi juga benda tu.
Awal semester hari tu aku dah siap buat kunci pendua untuk bilik. Bukan duakan aja, malah tigakan sekali. Aku rasa ini perkara biasa untuk kami budak-budak hostel yang tak mau didenda RM 5 atau RM20 kalau tertinggal kunci dalam bilik.

Tapi Tuhan memang perancang yang terbaik. Kau rancanglah apa pun, kalau Dia kata kau kena menderma RM5 pada felo tu, kau tetap juga kena bagi. Satu kunci dibawa ke Jelebu, satu lagi dibawa ke Batu Pahat. Alahai.


Selamat mengundi ya kamu semua.

Jumaat, 7 Mac 2008

KEMPEN

Tadi, lepas balik dari ujian Visual Basic, dapat SMS dari Tina.

"Nak puasa tengok BULAN,
nak raya pun tengok BULAN,
nak gaji kena tunggu cukup BULAN,
nak tinggi kena naik ke BULAN,
nak ngundi kena pangkah BULAN"

Budak tak cukup umur ni sempat juga mau berkempen.

Rabu, 5 Mac 2008

RESIPI BUAT KEK

Aku nak mengajar mereka cara nak gunakan linkers dalam karangan. Set induksi aku, tunjuk gambar kek, dan tanya pada pelajar, terangkan pada aku, cara-cara nak buat kek.

'Atikah, can you please give the ingredients in a chocolate cake?' Semangat Atikah menerangkan bahan-bahan untuk buat kek. Flour, butter, sugar, egg...
Atikah ni memang terer masak, aku fikir.

Tak semena-mena, datang suara Zaim Si Rambut Merah. Cikgu, orang laki ni cikgu, kalau nak buat kek, tak payah pakai telur ayam. Kami pakai sendiri punya aja. Merah padam muka Atikah yang putih bersih tu. Muka aku? Dah biru hijau!

Ini baru contoh ringan-ringan. Aku tak pernah tahu yang budak-budak sekarang ni suka bergurau yang pelik-pelik dengan cikgu sendiri.

Alahai~

TAWAR MENAWAR


Lokasi: Kpg Sungai Manila, Teluk Intan.

Arif, 4 tahun nampak aku, mak dengan mbah wedhok (nenek) solat maghrib berjemaah. Arif tanya pada mak dia (Cik Pah aku), "Mak Ngah sembahyang apa tu mak?" Cik Pah yang tengah kelam-kabut nak pakai telekung pun jawab. Dan Cik Pah suruh Arif sembahyang sekali.

Sembahyang Maghrib berapa kali (rakaat) mak? Sambil dia betulkan kopiah comelnya. Tiga rakaat sayang. Banyaknya. Arif kata. Sembahyang Zuhur mak? Empat rakaat, Cik Pah masih melayan. Alah, banyak jugak. Sembahyang Jumaat mak? Sembahyang Jumaat dua rakaat. Ooo.. Abang nak sembahyang Jumaatlah mak.

Cik Pah dah tak kuasa nak layan.

Selasa, 4 Mac 2008

CERITA TENTANG RINDU


Bila rindu datang, semua serasa serba tak kena.

Dan bila rindu sudah sampai ke tahap paling tinggi di puncak otak, cecair jernih, telus akan tanpa sengaja tercurah-curah keluar dari mata.

Maka yang terbaik adalah dengan mencurahkannya di atas sejadah.

HOMESICK YANG TIBA-TIBA

"Balance 019700****: RM 1.36,
valid until 20/03/2008"

Tak kisahlah. Nak telefon abah kejap aja. Setelah beberapa kali deringan abah angkat telefon. Pukul 12.15 a.m. abah baru hendak pulang dari markaz ke rumah. Tanya khabar sikit-sikit dan abah cakap,

"Abah rindulah kat anak-anak abah. Lama betul tak jumpa rasanya."

Tiba-tiba aku rasa aku nak cakap kat Tuhan. Boleh tak kau beri aku sayap, Tuhan. Aku nak terbang ke rumah. Segera. Aku nak peluk abah, aku nak cium emak. Aku rindu betul pada mereka. Sungguh ni Tuhan. Lepas tu aku janji aku balik sini setengah jam sebelum ujian Sociolinguistics. Boleh tak?


Emm..lepas aku kira-kira, tolak campur, baru tiga minggu lepas aku balik rumah. Tapi yalah kan, nak buat macam mana, kalau rindu tiba-tiba datang, tembok Berlin pun bisa runtuh.

Ahad, 2 Mac 2008

AMBULAN DATANG



Aku baru mau cari semangat untuk esaimen CALL. Tiba-tiba. Ini pertama kali aku tengok. Live. Unplugged. Ambulan datang kolej aku, angkut orang sakit.

Huiyooo!!

Diikuti satu kereta polis (tapi aku rasa kereta ronda pak cik jaga UTM). Pak cik baju biru angkut stretcher ke WA3. Lepas 4-5 minit, empat orang pak cik turun bawa stretcher berisi orang. Berselimut biru. Diiringi kawan-kawan si sakit. Jiran sebelah bilik yang baru balik dengan pacarnya kata, si sakit siap diikat dan pak cik baju putih jerit suruh dia diam. Ada juga pengiring bertudung labuh dan bertelekung. Dalam skemata aku, orang-orang macam ni ada bila ada kaitan dengan histeria atau gangguan. Tak tau lah. Tapi harap-harap si sakit cepat sembuh. Amin...