Sabtu, 14 Jun 2008

Untuk Aku Sahaja..

April 09, 2007

Ini adalah re-published entry dari blog yang lawas. (Baca: Idea kontang)

Untuk diri aku saja.


Ustaz kata, syukur itu ada dua.


1. Syukri bil-lisan

Ianya paling mudah dilakukan, dan boleh dibuat bila-bila. Contohnya, lepas sendawa bila kita makan atau lepas kita dapat sesuatu yang kita suka. Tapi, ustaz cakap lafaz 'Alhamdulillah, syukur pada Allah' yang diucapkan oleh artis yang menang anugerah itu salah. Aku setuju dengan ustaz.


2. Syukri bil-`amal

Bersyukur dengan amalan, maksudnya. Tak dapat dinafikan, syukur yang ini amat payah dilakukan oleh aku. Dan Allah memang pernah berfirman bahawa orang yang bersyukur itu sedikit.


Ustaz kata, Allah hanya mengharapkan satu perkara saja untuk kita membalas pemberian nikmat dari-NYA, iaitu dengan bersyukur. Allahua'lam.

6 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Alhamdulillah, kak Lily dan sapa2 yang baca akan dapat manafaat juga.

Terima kasih Tiqah.

Ingat-mengingatkan itu penting.

azie berkata...

ni entri selepas nonton syukur 21 ek?harharhar

t.a.t.a berkata...

Alhamdulillah. mmg amat payah nak jumpa org yg betul² bersyukur.

p/s: sori lama tak singgah rumah.

Tanpa Nama berkata...

diya ni jenis susah nk bersyukur sket. bila diperingatkan camni, baru nak insap. hehehe. thanks tiqah ;)

Rashid berkata...

salam kenalan atiqah. tentang syukur ni, saya setuju ngan atiqah. kita perlu menilai diri. jangan selalu bandingkan diri kita& berjawatan tinggi, kerana sekali sekala kita juga perlu bandingkan diri & kedudukan kita dengan orang yang tahap kehidupannya lebih teruk daripada kita. Dan yang pasti kita perlu bersyukur kerana kita masih sihat!!! dapat beramal, dapat melihat, dapat mendengar, dapat bercakap, dapat merasa, dapat menikmati...

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Kak Lily,
cuma ingatan yang pendek. =)

Azie,
masa Syukur 21 ditayangkan, aku belum pandai tulis blog. Hu hu.

t.a.t.a,
em, tu lah. Kak, dalam sibuk-sibuk, jaga kesihatan tau. ;)

Diya,
saya pun dua kali lima cam Diya gak. 8-)

Rashid,
setuju! ;) trimas kerana singgah.