Khamis, 5 Jun 2008
SURAT UNTUK ABAH
Kehadapan abah yang dikasihi,
Menulisnya Tiqah pada malam ini adalah untuk bertanyakan khabar abah yang sedang menunggu giliran di Stesen Minyak Caltex, Jalan Menteri itu.
Bagaimanakah agaknya keadaan abah di sana? Sesungguhnya kami di rumah amatlah risau akan keadaan abah di sana. Kala ini, jam telah menunjukkan 12.15 pagi. Abah masih belum pulang. Adakah ini bermakna abah gagal mendapatkan minyak yang berharga RM1.92 seliter itu?
Abah yang Tiqah hormati,
Di kesempatan ini, Tiqah ingin menyusun 10 jari atas ketidak sedaran akan pemergian abah tadi. Lalu menyebabkan abah terpaksa berulang dua kali untuk mengisi tangki Wira emak dan van abah. Kiranya tadi Tiqah perasan, tentu saja Tiqah dah pergi temankan abah. Abah, mohon ampun ya.
Abah,
Tiqah tahu, Atira dan Emi mesti sedang menemani abah dengan sabar dan tekun di sana. Tapi abah perlu ingat. Tekun dan sabar mereka itu, tentunya mengharapkan balasan. Paling kurang pun, Choki-Choki perisa susu tambah coklat. Tapi, apalah salahnya jika abah menunaikan harapan mereka, jika dibandingkan dengan kenaikan RM 0.78 seliter itu.
Abah sayang,
Semoga dengan kenaikan ini, janganlah abah mengurangkan duit poket Tiqah pada semester hadapan. Ini kerana, Tiqah juga ada tanggungjawab untuk memberi makan kepada motorsikal merah kehitaman Tiqah. Tapi, Tiqah janji akan mer'motor' seminima mungkin supaya tidak over budget nanti.
Akhir kata, selamat berjuang wahai abah!
Yang benar,
Anakandamu di rumah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
25 ulasan:
Huyee!
Anak mithali sungguh kamu. kak Lily nampak orang beratur panjang di setiap stesyen petrol dari Tasik Selatan ke Bangi.
Alahai!
Salam. Moga2 kamu akan jadi anak yang paling mengerti. :)
Eheh. Kak Lily udah pulang! Yay. =D
Nak bodek abah sebenarnya. Supaya tak mengubah jumlah duit poket. Ha ha ha!
anaknda tiqah yg jelita itu,
sila khabarkan pada bondamu, suruh cari butang baju abah yg itu..
wakakaka
harga utk minyak motor juga pasti terbabit:/
dulu 6 ringgit full tank EX5 ku pastinya naik 8 inggit.
bagaimana ngan motor merah kehitaman mu tiqah?
salam..isk2 surat terbuka untuk abah ke ni..ekekeke
nguahahaha!! Memang surat terbuka betul lar... huhu~...
Aku malas ar nak tulis entry pasal harga minyak naik ni.
hahahah...mmg syahdu btol bile gue membaca suratmu untuk abahmu itu...
nmpk ikhlas tp ada agenda tersembunyi di sebaliknya
Kalau ada c.c lebih afdal.
2.70. Buat rosak angka 7 sahaja!
Tiqa...
Bercucuran airmataku apabila membaca warkahmu itu...
Oh, and I also replied your tag :)
kepada bakal abah mertua,
mula-mula dengar, cemas tau bah.
dup dap gitu.
tapi
i cepat-cepat cari jalur gemilang
i tabik tangan kanan tangan kiri lurus ke bawah
mata i tajam ke arah bendera
uhh..baru i lega
i patriotik kan bah?
huhuhu..sesungguhnya yg tak berkenderaan pun akan kena tempias kenaikan minyak..
;)
ahaha..tiqah, ko masih mengekalkan identiti kancil klan, iaitu mempunyai hidden agenda di sebalik kata2 kita,harharhar
Me,
ha ha ha! Butang baju mana nih?
Pocket,
ya. Lebih kurang lah. RM8 ya? Adeh.
Arsaili,
terbuka pun, abah bukan baca. Ha ha!
Pok Deng,
tulislah. Nak baca idea hebat kau. =D
Syam,
itu sudah harus. He he.
JP,
mau c.c pada siapa?
Tunggu umur wak, 28, baru tak nampak 2.70 itu. Heh.
Sir,
kenapakah air mata bercucuran? Konpius I. He he.
XrajunaX,
patriotik? Ok, sudah tepati satu ciri yang abah I nak.
Azreen,
tentu sekali. Psst..agak-agak yuran bas Pondok Selatan naik tak?
Azie,
ya. Kalau tidak, masakan aku boleh join klan kita. Ha ha ha!
yang..bojet dan nebox menangisla sem depan:(
haha..nebob nampaknye tak merasalah pegi banda selatan next sem. heh.
huhu. kesiannya abah tiqah. tersumbat kat stesen minyak dgn kete banyak2 gitu, memang "selamat" lah jawabnya... huhu. btw, abah tiqah sampai umah kol bape? ;)
Ina,
huhu..sian kan.
Ijat,
bas Cosway Link setia dengan kita. Ahak!
Diya,
pukul 12.30 sampai rumah. Sempat la isi. Hi hi.
Hahahahaha hampeh tull anak abah ni la. ahakss
baru terlihat iklan choki-choki masa tengok al kuliyyah tv3 tadi. Ooooo,itu ke bendanya...
abah gua tolak gua punya permohonan loan lapan ribu..
pasal harga minyak naik..
weii...
bila harga garam nak naik?
gua nak jugak kaya..
abah,
baca perenggan bawah jer.perenggan atas2 tu x payah.
t.a.t.a,
ya, anak abah memang hampeh. Mwahahaha!
Cik Lah,
choki-choki tu dah hampir setengah abad(?) wujud. He he.
Garam,
kalau garam naik harga, semua berkhemah tepi laut buat garam sendiri.
Panda,
yang atas penting, untuk kipas-kipas dulu. Ha ha ha!
sy dpt maklumat dr pukul 3ptg hari yg sama...dh khabar pd papa & fam utk amik myk scepatnya ( dgn harapan kjadian yg mnimpa abh tiqah x berlaku )maaf dik =)
...malangnya sy berkusus maka tngki kereta sy yg ditinggalkan di rmh sewa tidak terisi...=,(
Catat Ulasan