Khamis, 26 Jun 2008

CITA-CITA EMI


Aku tengah siang ikan kerisi. Kepala ikan kerisi memang terkenal dengan kekerasannya. Sampai senget-senget gunting tu aku tekan.

Atira masuk dapur. Berdiri sebelah aku, dia buat muka ala-ala geli. "Eee, gelilah siang ikan ni. Ya tak suka siang ikan. Dah besar nanti pun Ya tak nak siang ikan. Ya nak beli ikan yang dah masak je." Huh. Adik aku sorang ni memang.

Bila dah separuh bungkus ikan disiang. Emi pula masuk dapur. Tarik kerusi, datang sebelah aku. Dia panjat kerusi. Nak bagi sama tinggi dengan aku lah tu. Dia tenung ikan tu. Ikan tu tenung dia.

"Kak, kakak ajarkan Emi siang ikan boleh tak?" Kata Emi.

Aku, "Nak buat apa. Emi kan kecik lagi."

Emi jawab, "Memanglah. Tapi Emi nak belajar. Nanti kalau Emi jadi mak nanti, Emi nak ajar anak-anak Emi pulak."

Aku dah confuse. Siapa adik, siapa kakak ni? Atira ke, Aimi?

22 ulasan:

tasekM berkata...

kau siang ikan guna gunting?

bagus.

dulu. ada org pelik tgk aku siang ikan pakai gunting. guna gunting tu bg aku lebih praktikal. daripada guna pisau dan lepas tu ikan kau bagai nak hancur.

emi... lepas ni blaja masak plak ye... :)

azie berkata...

ahaha..emi ni boleh serumah dengan esah. dua-dua macam mbah-mbah,haha

MOLY berkata...

hehe .. budak2 kan ..
kalau boleh sume dorang nak try ...

comey la gambar keluarga saya
suka lak tgk
:)

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Kak Tasik,
betul tu. Tapi kalau nak buang sisik, saya pakai pisau jugak. He he.

Azie,
kalau kita tinggal anak dara dua orang tu kat rumah, tak payah risau. Dah pandai-pandai belaka. Ha ha.

Lily,
betul tu. Sifat curiosity sangat tinggi.

p/s: gambar tu saya edit di Pyzam.com. :)

ZAELIS berkata...

errr...hehe...truly, madly, deeply...
akk xpndai siang ikan...xsempat nk blajar
asik ddk jauh dr mama...dr stdy smpai kije...
malu wowowo =p

Syam berkata...

aku dulu tak reti siang ikan. tp sbb terpakse, skrg aku dh pandai siang ikan dan goreng ikan :D

cheers,

syam @ http://aeropama.blogspot.com

saudagar gaRAM.. berkata...

emi..

belajar masak tu betul2 ya..
masukkan GARAM secukup rasa..


kalo takde GARAM,
masakan tak sedap tau emi..


hahahahhaa...

azrn berkata...

huhuhuhu...

maluwnye, sy yg lebih besar dari emi pon xnak belajar siang ikan :D

Tanpa Nama berkata...

wah..nk masak pe tu?hehe..
emm.. adik tiqah umo brpe thun??

A t i Q a h berkata...

Kak Leea,
tak pe. Sekarang kedai makan dah berlambak. Don't worry. He he.

Syam,
bagus, bagus. Nanti boleh tolong your wifey kat dapur. :)

Garam,
tapi jangan overdose. Kang darah tinggi kakak engkau ni. Ha ha.

Reen,
eheh. Tak pe. Nanti kamu invent machine untuk siang ikan, oke?

Hyfa,
Emi saya tu umurnya sembilan. :)

en_me berkata...

siapa adik?
siapa kakak?
atira ke?
aimi ke?

yg sebenarnya aimi nak adik lagik.. voleee gittewww.. ehehe

Yana Ismail berkata...

alahai,tomelnya emi ini:)matured sungguh. kalah kakaknye.eh, kakaknye tqah lagi matured.huhu..
alahai, ajarla dia yang. practice makes perfect:)!huhu

Pocket berkata...

siapa akak?
yang bersiang la kakak,
yang duk dtg tgk tu adik adik.. eheh:D

Tanpa Nama berkata...

comelnya lukisan tu... sape yg lukis? tiqah ke?

Tanpa Nama berkata...

huhu. tingat ms mula2 siang ikan, habis hancur ikan tu diya kungfu :p

A t i Q a h berkata...

Me,
Emi tu tak berbakat jadi kakak kepada adiknya lah. ;)

Ina,
owh. Kakak Tiqah dia memang matured. Mwahahaha

Pocket,
oh. Pandai kamu ye Pocket. :-)

Diya,
bukan la sayang. Tu saya ambik dari pyzam.com

Diya lagi,
eheh. Masa muda-muda eh? Saya pun sama. Ha ha ha.

izzati fuad berkata...

haha. sangat mahu berjumpe emi yang femes ini. :D

Thenadi berkata...

atira tu besh =.=
mesti x de bf agy

emi tu pelik :S
dia mesti dah ada bf

haha fikir masa depan yg cerah
hayooo~~

A t i Q a h berkata...

Ecl,
owh. Kecik-kecik kalau dah ada bf, sy ketuk kepala sorang-sorang. ha ha.

Ijat,
u shud. Ha ha. Tak pe, sem depan masih ada cuti jika mau ke rumah saya. =D

Thenadi berkata...

alamak, kakak dia dah marah..hehe

ape pepatah cakap
"lentur buluh dari rebungnya"
kan elok mcm tu =.=

ps: hehe bukan tahu sangt pasal pepatah ini

sinaganaga berkata...

aku suka drawing kaler hijau tu.

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Nad,
well. Akukan kakak. Eheh.

Pakcik Naga,
sila ke pyzam.com untuk lukis famili kau. He he.