Jumaat, 20 Jun 2008

PURA-PURA TIDUR



Hari Jumaat. Atira tak sekolah agama. Sebab kawan-kawan sekelasnya ramai yang pergi perkhemahan. Jadi, pelajar tahap dua dicutikan. Emi jeles. Dia pun tak mahu ke sekolah. Emi nak tengok Wonder Pet. Emi mahu jerit, "Wonder Pet, Wonder Pet, kami datang!"

Emi merayu kat mak. Dia tak mahu ke sekolah agama. Walhal sekolah agama tak sampai 200 meter pun jauhnya.

Emi buat taktik keji. Pura-pura tidur. Cara paling selamat untuk buat-buat tak sedar yang waktu persekolahan dah mula. Mak pun balas dengan taktik keji juga.

"Oo, buat-buat tidur ya. Nanti tengoklah, kalau roh Emi tak nak balik nanti. Emi tak bangun-bangun. Ha, macam mana. Semua orang tak nampak Emi. Emi panggil mak pun mak tak dengar. Emi nak makan pun, makanannya tembus. Buatlah macam tu."

Eman bila dengar mak membebel, tanduk di kepalanya pun terjulur-julur keluar. Jadi batu api. Tak semena-mena kami terdengar suara orang menangis mengilai-ngilai. "Huuu....." Air mata Emi meleleh-leleh. Ahh, sudah.

Taktik keji mak menjadi. Eman pun tanduknya makin tinggi. Melihat Emi menangis adalah kejayaan besar untuk si batu api. Abah balik dari masjid baru suara mengilai itu berhenti. Alahai.

18 ulasan:

izzati fuad berkata...

u~~~ eman jahat!

tasekM berkata...

tiqah... bukan ko ke yg ngajo emi tu hah?.. :P

azie berkata...

ahaha!!! ko pun join the forces sakat emi kan?
~jahat~

p/s: anda telah di tag

Pocket berkata...

heheh, tomei tomei, buat buat tido kalau tak mau gi kelas,

tp wonder pet tu memang besh wooo...
'kami tak kuat, kami tak besar, na na na na'

hahahah

Syam berkata...

wahahahaha...pernah juga menggunakan taktik keji seperti emi. kesudahannya kena libas dengan abah menggunakan penyangkut baju. sakit....



-----------------------------------
syam @ http://aeropama.blogspot.com

Adry berkata...

Hahahha... lucu cerita ni... buat buat tidur yer... ni mesti akak dia yang ajar.. hehehehe :)

Rajuna berkata...

kepada eman
kau cool!

saudagar gaRAM.. berkata...

gua penah kena..

berpura pura tido kononnya masa macik gua tgh cakap psl gua..

macik gua dah pasan gua blom tido..


pastu dia kutuk gua gila2 beb....


gua dah rasa mcm ada je yg tak kena..
gua toleh..
macik gua sound..

tulah,pura pura tido lagi..kan dah kena

en_me berkata...

gittewww yer..

A t i Q a h berkata...

Ijat,
kalau tak jahat, jangan dipanggil Eman. Hee..

Kak Tasik,
uu~~. Mana ada kak. Saya baik taw! *sila jangan muntah*. wakakaka

Azie,
owhh. Tidak. Ini hari aku jadi saksi ja. ha ha.

musafir berkata...

haha..eni tiru cara kita tu..selau guna taktik sama dulu-dulu...aiyakk!

pandagumuk. berkata...

bile kuar wonderpet tu kite akan nyanyi lagi kuat dari anak sedare kite yg tgh enonton.haha.lagu die.catchy siot.haha.

Yana Ismail berkata...

alahai..huhu abah pulang baru syap.tomel.huhu

A t i Q a h berkata...

Pocket,
apa yang penting, kerjasama...
ha ha ha.

Syam,
adeh. Sakit tu. Tapi budak sekarang, makin dipukul, makin kuat mengamuknya.

Adry,
ntah la kakak dia yang mana satu. Tapi bukan saya la. ;D

Raj,
owh. U bela Eman ya. Hish. Not a good candidate for abang ipar. Wa ka ka ka.

Garam,
budak kecik tak pandai pura-pura tidur sebenarnya. Mereka tak berpengalaman lagi.

A t i Q a h berkata...

Mus,
hmm, kau pun termasuk juga. Woooo.

Panda,
HA HA. Ya, catchy. Sangat betul itu.

Ina,
biasalah. Kalau dengan abah tak takut juga, tak tau lah. ;D

Tanpa Nama berkata...

hehehe. suka diya baca cerita adik2 tiqah ni. nakal2 aje ye :D

kesian emi, takut sampai nanges2. diya pun jadik seram bila mak cakap gitu :p

A t i Q a h berkata...

Me,
eheh. Lupa plak. Ye..gitu lah. ;D

Diya,
sementara dok rumah ni, melayan adik-adik je la kerjanya. Hi hi.

ZAELIS berkata...

tomey sgt...uuuu... =)
taktik mak dlm apa jua keadaan mmg mnjadi...
walaupun perkara e2 xdrancang..
paling best jika rotan di tangan...
ehe...
=)