Abah balik dari pasar, bawa ikan tongkol (ikan kayu) dengan ikan kembung. Sebab abah jarang beli ikan tongkol, menu kari ikan tongkol agak menyelerakan untuk didengar. Jadi aku tekad, masak kari ikan (baca: pertama kali) tanpa mak di sisi.
"Apa nak letak kat kari ni eh?" Aku tanya Tina.
"Kau letaklah daun kari. Bagi naik aroma." Tina bagi cadangan.
Aku keluar, cari daun kari. "Mak tanam daun kari kat mana?"
"Tu ha. Tepi parit. Ambiklah dua tiga tangkai."
Aku petik dua tangkai. Letak dalam pinggan, sementara aku ricih bawang.
Abah masuk dapur nak jenguk-jenguk. "Hei! Ini bukan daun kari! Ini daun turi." Abah kata.
"Haaa? Habis tu daun kari mak tanam kat mana?" Aku dah tergelak-gelak.
"Daun kari kat seberang parit sana!"
Ya ampun. Daun kari pun tak kenal, berangan nak kahwin. Ha ha ha!
31 ulasan:
"Daun turi tu daun apa ek?" Tanya seorang kakak yang baru tiga tahun mendirikan rumahtangga. :)
wahahahha...memang kelakau. tak kenal daun kari.
ps: bagaimana rupanya daun turi itu?
aiyoh, pahitlah masak kari guna daun turi!!!
p/s: daun turi sedap masak lemak dgn keledek
Kak Lily,
gambar daun turi saya link kan pada perkataan itu. Rupanya seakan-akan sama dengan daun kari. Sebab tu saya konfius. he he.
Syam,
nanti saya letak gambar dia.
Azie,
tu lah. Nasib baik belum masukkan lagi. He.
honestly to say, ni 1st time diya dgr daun turi. err... daun kari not sure penah dgr ke tak. hahaha. [lagi la tak layak nak kawen :p]
heh. belom boleh, belum boleh. aku jua. ;p haha
aiyoh amoi
takpa2
kalau santan ada lebih
boleh masak lemak
tapi i tak suka daun turi
bau semacam!
Masak dgn daun turi pun boleh kawin apa?
Diya,
tak pe-tak pe. Sekarang kari ready made dah ada. Hehe.
Ijat,
kita kan muda lagi. So, kita enjoy!! Ho ho ho.
Rajuna,
ye ke? I makan tak da bau apa pun. Hu hu.
Sir,
mana boleh. Mau mak mertua I smack down karang. Mwahahahaha!
aisehhh, pas kawen masak maggie mee pun sedap juger.. ekeke
cakap la dgn bos, daun turi ni sekadar hiasan.
huhuhu....
pasni nak masak ape plak...? lapar lah... ekeekke
Astaghfurullahhalazim...
Lain kali cium dulu daun tu.. bau kari ke tak.. hahah
Ingat hari tu.. Daun Kesum dah kenal belum...
Daun turi tu...ada orang panggil pucuk geti. Di ulang,pucuk geti. Spaghetti kenal kan! Heh..heh...
haiyyak...masakan pertama yang nDia berjaya buat tanpa ibu disisi ialah sardin...kat rumah mbah dok..menggeletar nak tunjuk skill kat mbah dok!!!
huhu.nasib baik!:)
Me,
maggie? Aiyoh, sangat tak baik untuk kesihatan Yassir tau.
Tok,
apa barang letak daun turi buat hiasan. I letak daun pudina. He he.
Rasso,
i masak laksa campur kari. Nak rasa? ;P
Pak Mil,
malas nak cium. Konon dah confident. Aiyak! Janganlah bukak rahsia Tiqah. Isk.
Cik Lah,
daun geti? Spaghetti? Adik-beradikkah mereka?
Dia,
mbah dhok komen apa Sardin yang Dia buat?
Ina,
nasibbb...
ngahahaha!!~~"dawun kari pun tarak kenal ka adik manis??"tanya seorang pekerja restoran nasik kandar terkemuka..
gagal!
first time dgr daun turi la tapi, guna utk apo yek?
wah. tak pa. nasib baik kamu tak letak daun turi kat dalam. kot tak, tak de bau kari nanti. haha
haha..daun kari pun tak kenal..amik la kursus kenali daun..hehe
emmm...1st time dgr daun turi ni...leh mkn ke?xmabuk?
perghhhh...lagi bkali gnda fail aku nih....
sib baik i knl daun kari...muekekek...
p/s: salam adik...pekabar? =)
tiqah sayang... sangat tak sama ok... keh keh... bau pun lain ok... keh keh....
daun pisang kenal tak??... :)
sila amik kursus dulu seblom kawin... he he...
pssttt... anak dara... biasa la gitu...
Oo..pucuk geti..betul-betul ...hehehe..kat sebelah utara depa panggil nama tu.
ps: tak makan, pahit weh! Pucuk ubi lagi sedap :)
Kimie,
bukan tarak kenal la mamak, cuma confuse saja. Hu hu.
Panda,
ouch!
Pocket,
guna untuk hidupkan kereta pak cik. Mwahahaha.
Fa,
ntah bau apalah ek kalau letak daun turi. Hi hi.
Fifi,
owh. Tak apalah. Siapalah nak buang masa bagi kursus kenali daun itu.
Kak Leea,
boleh la kak. Sedap tau. He he.
Psst..apa perasaan jadi pelajar balik? =D
TM,
alaa, lebih kurang la tu. Hik hik. Daun pisang? Kalau tak kenal, maknanya saya bukan makhluk planet bumi la. Ha ha ha!
Kak Lily,
oo..tu ka? Tak tau pulak cek. =D
Psst, nak sup ayam kak!!
Masa kelas sejarah,ada sentuh pasal 'rempah di Asia Tenggara'.Suruh anak2 dara tu sebut contoh2 rempah yg dema biasa tengok..dema jwb.."err..rempah adabi cikgu". Lalu cLah sambung "Ha..ah la kan,lagi rmpah alagappas,rempah kari Linggam,rempah Baba's bla,bla,bla.." Nasib baik cLah bukan ckg ERT.
Cik Lah,
apakah? Wahahaha! Bolehla tu. At least ada kaitan dengan rempah. Kekekeke
Lagi sedap daun turi kot!
Pahit-pahit sikit..
daun jati cina
http://daunjaticina.blogspot.com/
Catat Ulasan