Khamis, 19 Jun 2008

EMAN SI BREADWINNER

Ini kisah pasal abang si Emi pula. Eman (Aiman) namanya. Hobi Eman, memancing. Di tepi laut, tepi titi, tepi parit mahupun tepi kolam. Itu tempat feveret Eman memancing. Dan Eman memang ada bakat memancing. Kalau aku ikut Eman memancing, lima kali pancing Eman disambar ikan puyu, tilapia atau sepat. Tapi aku. Pancing kalau ada goyang sikit, itu dah dikira bertuah.

Kalau hujung minggu ikan yang abah beli di pasar tak laku. Ikan-ikan yang Eman bawa balik lebih laku. Fresh dari paritlah katakan. Hujung minggu dapatlah makan sambal ikan dari air tangan Eman. Menangis-nangis aku kepedasan. Tapi aku suka.

Pernah sekali Eman mengaku, dialah breadwinner keluarga kami. "Eman ni keluar rumah cari rezeki tau." Dakwa Eman. "Cari rezeki apanya?" Mak tanya. "Yelah, Eman keluar memancing tu, Eman cari makan untuk keluargalah."

Tapi sekarang Eman dah kurang memancing. Tak tahulah kenapa. Mungkin dia dah ada mak we dan dia mau jaga kulit supaya tak sunburn. Atau dia rasa tergugat, sebab abah dah pasang bubu dekat parit depan rumah. Abah dapat ikan lagi banyak.

17 ulasan:

Yana Ismail berkata...

yea yea first!huhu
suka tengok u bila kepedasan.ahaks i dah ckp,jangan makan lagi. tapi degil!ahaks..alahai,sedapnye sambal mama..eemm menjilat jari:p
kim salam kat eman ek, ckp nanti nak join dia g memancing.huhu

Adry berkata...

wah... best best.. makan ikan yang dipancing ye... lama dah tak mancing :(

izzati fuad berkata...

haha. kedudukan tergugat. die sudah dapat hobi baru kot.

Thenadi berkata...

yelo..
dah x perlu pancing dah..
nanti kalu rajn pancing2..
ade yg mara kg
ngee~
(umpan yg lebih hebat dari ikan)
:S

Tanpa Nama berkata...

huhu. klw takut sunburn, suh lah eman pakai sunblock :D

azie berkata...

abah ko terlalu hebat untuk aiman tangani. tapi ko kena hati2. aku takut dia tukar hobi masak. nanti ko kecundang pulak,harharhar

tasekM berkata...

eman boleh memasak ke?.. uishh.. baguih buat menantu nih... he he

A t i Q a h berkata...

Ina,
nak join dia mancing? Dia tu pemalu orangnya. Ha ha ha.

Adry,
makan ikan yang dipancing, fresh gitu.

Ijat,
apa ntah hobi baru dia. Dok terperap je kat bilik. Hu hu.

Ecl,
hahahaha. Pandai kamu ye. ;)

Diya,
biarlah gelap. Hi hi hi.

Azie,
dia masak nasi goreng lagi sedap dari aku tahu. Isk isk.

Kak Tasik,
tapi lepas masak dapur sepah macam tongkang pecah. Ho ho ho.

Lily Abdullah berkata...

Err.er..Eman pancing ikan lain pulak ke?:p

Kirim salam kat Eman

Syam berkata...

huhuhu...bangga kalau dapat anak cenggitu. pandai cr rezeki utk keluarga.

anda pula bagaimana atiqah?



-----------------------------------
syam @ http://aeropama.blogspot.com/

Sastri berkata...

salam... tiqah tak tahan pedas ke? pedas sangat pun boleh buat perut meragam... ikan yang dipancing oleh Eman lebih segar... mungkin sebab tu yang dibeli di pasar kurang laku... :D

azrn berkata...

tQah pon takleh makan pedas?
yay! *high five* ehehehe...

biasa la budak2 laki, ada masa 'hormon' dia tgh high, dia semangat la nak cuba benda kononnye thrill :P

Rajuna berkata...

kehadapan Eman.

abg rasa elok kau ubah skop pemancingan.

apa kata kau pergi pancing anak gadis.abg boleh tlg setkan rambut.
siap kaler lagi.

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Kak Lily,
ikan yang lagi besar. hahahaha.

Syam,
saya perempuan. So, saya bersuri-rumah aja. Ha ha ha.

Kak Sas,
perut tahan pedas. Lidah aje yang tak tahan. Hi hi.

Azreen,
*high five*!
Suka makan, tapi tak tahan. ;P

Raj,
wohoo. Aiman itu botak orangnya. Sangat tak berbaloi untuk di'dye' rambutnye. Kikiki.

Yana Ismail berkata...

ha ha, pemalu tu boleh handle yang:p
cewah!u gurau je,huhu

saudagar gaRAM.. berkata...

gua penah kena..

purak2 tido..pastu macik gua dok kutuk kaw kaw punya..



perghhh....
rupanya dia tau gua buat2 tido..
tu yg dia kutuk kaw kaw punya..




menyesal gua..

rudy bluehikari berkata...

ada lagik tikah parit dpn umah mcm tuh...uwaaaaa sy nyer dpn umah dah berlongkang simen dan busuk dgn pencemaran. rindunyaaa zaman dolu2...semuanya fresh n segar.pmbgnann yg menidakkan kehijauan...uhuk2