Isnin, 16 Jun 2008

FIKSI TAHUN 2032



Khaty, Misah, Sherry, dan Besah diundang ke kenduri kahwin anak Mona. Mereka berlima rakan seperjuangan semasa di menara gading 24 tahun lalu. Boleh dikatakan mereka ini umpama adik beradik. Susah senang semasa di alam perjuangan ditempuhi bersama.

Setelah 15 tahun tidak bertemu, maka berpeluk ciumlah sahabat berlima itu lantaran kerinduan yang amat antara mereka. Namun, tidaklah sampai mengalir air mata. Kerana masing-masing takut akan mekap yang akan cair.

Mona menjemput sahabat-sahabatnya makan. Sambil makan-makan, rancak mereka berbual. Tentang kekasih lama, tentang sahabat kelas yang berjaya juga tentang anak-anak yang sudah besar belaka.

"Hei Khaty, apa cerita Mahmud kau tu. Lama aku tak dengar cerita." Sherry merisik khabar pada Khaty. "Oh. Mahmud tu. Last sekali aku dengar cerita pasal dia, dia tengah cari bini nombor tiga. Ha ha ha."

"Wah Khaty. Kau dah boleh gelak ya sekarang. Dulu masa si Mahmud tu dump engkau, tujuh tempayan air mata engkau habiskan." Dan kecohlah khemah kenduri itu dek ketawa sahabat berlima itu.

---------------------------------

Itu cuma fiksi dari aku. Tentang Kancil clan bila sudah tua nanti. Sekarang, kami sedang mengutip kisah-kisah yang pelbagai, untuk dibuat kenang-kenangan 24 tahun akan datang. Mungkin kami akan bergelak ketawa tentang kisah-kisah sekarang di majlis resepsi anak sulung Siti nanti. Kan clan? He he.


________________________
Psst...
Encik dibawah tu, bloga otai kampung saya. Ha ha ha!

19 ulasan:

rasso berkata...

owhh... awalnya u gelak? ekekeke

azrn berkata...

kuat berfiksi nih..
ehehehe...
kumpul kisah2... pastu jilidkan :D

saudagar gaRAM.. berkata...

eloklah tu..

nanti anak cucu lu baca blog lu jugak..
baguslah kan?


hahahahhahahaaa.....


eehhh..dulu nenek jadi penulis ya?

Adry berkata...

hahaha... nice post... simpan buat kenangan dalam blog...

Yana Ismail berkata...

huhu,yang.kalau siti anaknya sudah resepsi, ank you mesti dekat2 kan:)mana tahu anak u ada jodoh dgn anak i:)huhu.
memang sedang mengutip kisah yg pelbagai.. seperti ' Eh ena, nak abang kenenkan tak dengan kawan abang tu. Alah, takmoke, engineer itu". haha(kata abg risman:). dan tiqah pun myambung. untuk saya takde ke abang?:)
btol tak cayang.?.huhu

Azie dear, di manakah kamu?:)bz buatpe.haha

izzati fuad berkata...

haha. okeh. aku lupe name glemer aku ape.

A t i Q a h berkata...

Rasso,
yezza. Dah get ready untuk jadi tua maksudnya ni. Wakakaka

Azreen,
jilidkan, pas tu gelak sorang-sorang. Hi hi hi

Garam,
nenek glam gitu kan. lol

Adry,
sudah tentu. He he he.

Ina,
auuwwW! Nanti Abg Risman kawen, kita gi survey. Wakakakaka!

Ijat,
uhuhu. Nama ko Paula kot. lol

Yana Ismail berkata...

huhu. Ok yang!roger and out. Survey dengan aktifnya. Hm, Haziq kata nak bagi i senior ALAM dia:p. Amboi, pandai2je budak tu.haha:p
You nak join tak yang? captain kapal?mau?:p
Kalau mau,i masukkan dalam list:p

blackpurple @ jowopinter berkata...

2032. Ok.

tasekM berkata...

bro dugong rupanya...

Abdullah Mohd Nawi berkata...

bestnya fiksi ni..bila nak buat movie?

Rajuna berkata...

hamboiiiii

jauuuuh pandangan mata hati
mak pulak yg bergegar
sapalah bakal jadi femfuan mak!

ahakss!

Syam berkata...

yup...awak perlu mengumpulkan segala rentetan hidup dari sekarang. mana tahu boleh dijadikan cerita turun temurun untuk anak cucu


-----------------------------------
syam @ http://aeropama.blogspot.com

en_me berkata...

wah, melepasi wawasan 2020 gittewww..

Pocket berkata...

kalau dah tua kang,
kejadian harian, pastinya kenangan,
kesedihan kini, bahan tawa nanti,
cita cita diri, kejayaan nanti,

eheh... tersajak la plak!!

azie berkata...

woi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!apsal nama mona, sherry, pastu nama besah tu?tak glamer la.bagilah nama paris ke, sofea ke..baru ade kelas..

p/s: kalau nama aku yang besah tu, putus sahabat!haha

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Ina,
tak mau lah kapten kapal. Nanti kena tinggal selalu. Wahahaha.

JP,
Tahun 2032 nanti kamu dah anak berapa ek? hehe

Kak Tasik,
iya. he he.

Sir,
u bagi modal untuk movie kitorang boleh kah?

Raj,
amboii...tak koser!

Syam,
:D.. Boleh buat pengajaran juga kan.

Me,
ya. Maju gitu kannn.

Pocket,
aduh. Indah sajak nya. ;D

Azie,
eh..eh. Bukan. Yang nama Besah tu, madu kau. Wakakakaka!

Gx berkata...

Tahun 2032
Mbah Dik pon datang nak tengok majlis kawin cucu sedaranye, tak lama lepas ada harapan nak tengok cicit sedara.

Mbah Dik : Piro hanterane wong lanang ngei tikah
Mbok tiqah: sitik wae, RM99,999 tok.
Pakcik M : cukup la nak buat kenduri kawin ala kadar Pak Dik, ini baru sorang, adik2 nya ade 9 orang lagi

........

Persoalannya,
1)siapakah Pakcik M dalam cerita ini
2) Mengapakah dia tak cakap jowo

jeng jeng jeng, jawab tiqah jawab

A t i Q a h berkata...

Mbah Dik (sedap gak kan),
wahahaha. Speechless aku. Tiqah pun tak da angan-angan sampai gitu okeh.


Pakcik Mahmud itu tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah mati. Fiksi semata-mata.