Isnin, 2 Jun 2008

TAG SANA SINI : Versi Umur

::..The Age that I wish to go back to..::


Lepas dah selak-selak diari lama (dari otak) aku rasa aku nak balik masa umur aku enam. Masa aku masih berpangkat budak tadika. Kenapa? Sebab geram aku kat cikgu tadika sorang ni masih belum habis lagi!

Hari-hari sebelum balik dari tadika, kami mesti berbaris dulu. "Tangan angkat! Tangan Jatuh!". Jerit ketua kelas aku yang gila kuasa.

Kemudian, mesti ada sesi soal-jawab ilmu hisab. "Siapa jawab dulu, dia boleh balik." Cikgu tudung kuning tu bagi syarat. Siapa tak nak balik awal beb! Semua orang mesti semangat tak ingat punya. Tangan aku dah ber'parkinson' bila dia nak buka mulut tanya soalan.

Soalan pertama. Sembilan tambah sembilan. Hah! Aku tau! Tangan aku otomatik terangkat. "Lapan belas, cikgu!" Bangga beb, dapat jawab dulu. "Salah. Ha, Yanti. Berapa jawapan dia?" Salah? Salah ke sembilan tambah sembilan, lapan belas? Aku confuse sudah.

"Lapan belas, cikgu!" Yanti pun jawab lapan belas. "Ok, Yanti boleh balik." Hah? Aku tak puas hati. "Cikgu, kite pun jawab lapan belas jugak," "Mana ada. Kamu jawab sembilan belas. Salah jawapan dia." Aku? Jawab sembilan belas?

Lepas tu dia tak tengok aku dah. Hampeh! Lepas soalan kedua, baru dia dengar jawapan yang betul dari aku. Keluar menuju ke pintu balai raya (tadika aku dulu adalah merangkap balai raya kampung), aku jalan sambil hentak kaki kuat-kuat. Hati aku panas. Sejak tu aku anti gila pada cikgu yang amalkan favoritism.



*************************************************
Jadi, boleh aku tag manusia di bawah?
  1. Pemandu Nebob
  2. Cikgu Drama Aku
  3. Enche' UstaZ
  4. Kakak Cute
  5. Ketua Darjah Aku
*************************************************

____________________
Sajak ketot:
Biar aku lihat kamu dari jauh,
Hati tak gundah, air mata tak jatuh.

16 ulasan:

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Rasanya kalau jumpa cikgu tadika tu skarang ni u nak buat apa kat dia?...

Soalan bahaya untuk ditanya kepada ex-student with a grudge ;)

A t i Q a h berkata...

Sir,
paling jahat I akan buat kat dia, salam tangan dia, and bagi senyuman slapstik kat dia. Hu hu.

Sangat baik kan saya neh? Ha ha ha!

U jawab okeh, tag ni. =D

Pocket berkata...

mana ader...
semilan tambah smilan memang la semilan belas...
kita gi tampo pipi kanan dia smilan kali,
pipi kiri dia smilan kali ...
then dahi dia yg last tu huhuuu...:D

Fairuz berkata...

mungkin cekgu tu salah dengar kot..

izzati fuad berkata...

heh. aku nak jadik cekgu tadika! ;p

tasekM berkata...

tiqah aku rasa... dalam kepala ko kata 18 tapi mulut cakap 19 kot...

aku pernah gak... pasal apa aku tak ingat... tapi kira gini la... aku rasa aku cakap epal... tapi semua kawan2 aku kata aku cakap oren...

aku tak puas ati betul.... tapi aku rasa kadang2 benda ni luar kawal la...

yg difikir lain tp yg disebut lain...

azie berkata...

orangn nama yanti nih memang digemari oleh guru2,harharhar..it's natural dear..

t.a.t.a berkata...

betul jugak tu Qah.. kekadang tu otak kita beria ingat aku cakap 18 tapi sbnr nya mulut cakap 19. akak pun pernah alami juga.

huhuh kena tag lagi? ok la nanti ada masa akak wat ye.

BTW dik anda telah mengexposekan diri akak yg chomel itu.. hu hu leh edit tak? heheh

Syam berkata...

hahahah...kasihannye. tak sangka ada gak cikgu tadika mengamalkan favoritism. mungkin berdasarkan anak murid mana yang paling comel kot

Yana Ismail berkata...

eeee.azie cayang di atas itu bunyinya..huhu:)
alala,kalau i jadi cekgu tadika u mesti i kata u betul;)

saudagar gaRAM.. berkata...

otak kata lapan belas?

tapi mulut kata semilan belas?


otak dengan mulut tak synchronized ya?
boleh ya jadi camtu??


suka lu punya sajak ketot beb..
ada rhytm..

A t i Q a h berkata...

Pocket,
itu namanya kijam tau. Ha ha.

Fa,
memang pun. Hu hu.

Ijat,
jadi cikgu yang baik tau. Err..sudikah kamu jawab tag ini? ;)

TM,
ye ke? ada eh cam tu? isk..

Azie,
err..yang namanya Yanti kot. Tapi Yanty, err..

A t i Q a h berkata...

t.a.t.a,
ohoho..ampun2. Ok, sudah diedit. =D Kalau sudi jawab ye kak. =)

Ye kot. Memang saya yang salah jawab. Hu hu hu.

Syam,
ye lah. Mentang-mentang aku tak comel. Huh.

Ina,
tak pe tak pe. Jangan le sebab u sayangkan I, u betul kan apa yang salah pulak. AuwwWW!

Garam,
em.. otak tak synchronize eh? Mungkin kot. hu hu.

t.a.t.a berkata...

Hehehe tengkiu adik sayang.

Yana Ismail berkata...

auwww!!

A t i Q a h berkata...

t.a.t.a,
gomen nasai! hu hu.

Ina,
wuuu..