Sabtu, 17 Mei 2008

PORING CANOPY WALK

Di Kolam Air Panas Poring, ada dua lagi tarikan selain kolam air panas. Taman Kupu Kupu dan Poring Canopy Walk.

Kami mau ke canopy walk itu.

"Nanti kalau siapa-siapa yang tak larat, Kak Tiqah tinggal tau," Aku, menunjuk heroin pada dua hero kecil Syafiq dan Syahmi. Sepupu aku.

Sebelum berjumpa dengan jambatan gantung dari pokok ke pokok itu, kami harus mendaki bukit. Sedikit aja. Dalam 500 meter lebih kurang.

Pada ketinggian 100 meter, jantung aku berdegup lebih pantas.

200 meter, aku dah mula letih. Hero-hero kecil itu masih boleh berlari, menaiki tangga.

Sampai pada ketinggian 300 meter, pokok yang sebatang aku nampak macam dua batang. Kemudian kami nampak pondok. Aku suruh budak-budak tu duduk. "Rehat dulu," sepertinya aku suruh mereka yang rehat. Padahal kepala aku yang berpusing.

Tiba-tiba esofagus terasa senak. Dan...

Uwekk! Habis terkeluar sosej ayam berkeju yang aku telan sarapan tadi. Hampeh. Hilang ke-kakak-an aku depan Syafiq dan Syahmi.

Selepas setengah jam aku terlonglai, akhirnya aku dapat kekuatan untuk teruskan pendakian. Alhamdulillah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Video, bukan dari aku. Tapi aku cilok di youtube.

7 ulasan:

t.a.t.a berkata...

alaa.. apa salah nya hilang ke'kakak'an depan adik sendiri.. heheh
kalau depa gelak, haa apa lagi belasah je!
hahaha.. tak de la memain je tu... hehe

Yana Ismail berkata...

Cian u. Tak cukup tenaga kot yang. Apa kate u minum kacip fatimah.uhuhu:)
Ceh,ke'kakak'an pun risau..uhuhu

Unknown berkata...

Hahahaha, wow! Adventure tuu, biasa la anak-anak kecil happy lompat-lompat lagi kan :-)

Tanpa Nama berkata...

Lepas akak panjat Gunung Ledang (panjat ok! Bukan naik tangga ;-p) seminggu jalan macam orang baru lepas beranak. Hehehhe.

azie berkata...

jom pekena pearl cafe setin dua..aish, selama ni bukankah kita semua ada super power??

Tanpa Nama berkata...

uhu. dialog dlm video tu, just paham beberapa words je. hehe.

lama tak mendaki. pernah skali mendaki, rasa mcm nak putus nyawa pun ada, sbb penat sgt. huhu

A t i Q a h berkata...

t.a.t.a,
ish. Mana boleh belasah. Nanti mama dia marah, kena halau dari rumah. Mana saya nak tidur. hu hu

Ina,
malu betul masa tu. Dalam kereta masa balik, habis kena laser dengan bdak kecik tu. Ha ha

Mr Ah Fa,
memang betul. Jatuh tergolek dog pun boleh berlari lagi. Haih.

Kak PY,
owh. Sengsaranya. Tak dapat bayangkan cam na akak jalan. Ahakz!

Azie,
aku rasa sebab tak minum pearl la tu kot. Ha ha ha.

Psst..super power aku hilang bila kau orang tak ada. Sob sob.

CK,
kamu paham kakak? Saya tak paham sepatah pun. Hu hu

Mendaki tak buat exercise dulu, sebab tu senget-senget bila dah sampai. hu hu