Selasa, 27 Mei 2008

MATA AKU BUKAN JULING TAU!

Aku rasa aku tak rabun. Memang pun. Dari darjah satu sampai sekarang, ujian mata masih lagi 6/6.

Dulu.
Tapi masalah aku, selalu salah orang! Dulu, siap aku peluk orang tu dari belakang, sebab ingat dia kawan aku. Tengok-tengok, aiyak! "Tak pe, orang memang selalu confuse saya dengan Yan." Nasib baik budak tu pandai cover. Hu hu.


Tadi.
Masa aku sibuk-sibuk nak naik bas balik rumah, aku nampak mamat sorang ni pakai baju oren. Azmi! Kawan aku masa sekolah rendah. Tapi sikit pun dia tak perasan aku.

Wah wah wah. Sombong betul mamat ni. Dia lupa ke aku pernah kasi dia tiru kertas Sains masa UPSR dulu. Huh. Dia tak tegur aku, aku pun malas nak tegur dia.

Sampai satu tempat, Azmi tekan loceng. Eh, ni bukan rumah dia. Apasal turun awal.
"Ini orang mau turun itu Sungai Besar." Azmi baju oren cakap pada pak cik driver.

Aiyoh! Mamat Bangla rupanya! Nasib baik aku tak tegur.


_____________________________
Sajak ketot

My heart said yes, but my brain was confused,
I wanted to confess, but my mouth refused.
______________________________


Nota kaki:

  1. Kala entri ditulis, aku tengah menonton sidang parlimen yang sedang... Kecoh la lu!

26 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Waa..Azmi itu serupa Mat Bangla.

Sidang parlimen? Tak tengok pun. Tengah kecoh juga tadi, mencari Coco hilang. Nasib naik jumpa :)

KAMATO berkata...

nasib baik kau tak peluk....

pandagumuk. berkata...

ingtkan da peluk da td.

siraydee berkata...

tu la psl...rasanya suma org yg baca setakat ni meramalkan ko peluk azmi mat bangla tu :-D

en_me berkata...

alahai, dah lamer pompuan tak pelok me .. ehehe

izzati fuad berkata...

heh. okay. entah2 mat bangla itu namenye azmi. hoho.

p/s tiqah, sajak ketot itu.. elaboration di gtalk! keh keh

tasekM berkata...

aku minggu lepas pun nyaris tak terpegang tangan sorg cina ni... ingat darling aku... keh keh keh...

t.a.t.a berkata...

alaa peluk je QaH, cakap la ee aircond bas ni sejuk sgt la.. hahahah

aria ayumi berkata...

erk, bahaya tuh. dibuatnya tiqah terpeluk mat bangla ituk. memang kes naya. huhu.

hehe. diya pun kdg ade mslh nak cam muka org. even skang mata masih elok. so, biasanya diya takkan tego org dulu. biar org tego kite dulu. hehe

Yana Ismail berkata...

huhu.u ni bahaya la yang. ahaks:)
Yang!you kena tag!jawab jgn tak jawab!kalau tidak i takmo kawan.haha.berbunyi ugutan:p

azie berkata...

eleh..tu taktik ko nak ngurat kekaseh lama..tup-tup bangla plak,haha

A t i Q a h berkata...

Kak Lily,
dah jumpa Coco belum?

Kamato,
nak peluk lelaki? Apa ke hal nya. Ha ha

Panda,
Ha ha.

Ady,
aku kasi twist sikit itu cerita. Ha ha.

En_me,
peluk perempuan yang halal dipeluk aja tau.

Ijat,
hehe. Tak da pulak aku tanya.

TM,
fuh. Kalau terpegang, mesti terus dia bawa kau lari. =P

t.a.t.a,
wah! Tak rela. Ha ha ha.

A t i Q a h berkata...

Diya,
tu lah. Lain kali tak nak la tegur dulu.

Ina,
nanti kalau jalan-jalan, u pegang i kuat-kuat tau. Ha ha ha!

Azie,
kekasih lama? Tak ingin aku ngorat orang yang pernah tiru aku masa UPSR dulu. Wakakaka

Rajuna berkata...

kalau jumpa azmi, dpt la melancong ke bangladesh ye utk sesi suai kenal? haha

Rajuna berkata...

kalau jumpa azmi, dpt la melancong ke bangladesh ye utk sesi suai kenal? haha

ckLah @xiiinam berkata...

kalau dah kemeja oren,seluar putih(tuck in lagi),rambut belah tepi,hansem,naik bas pulak(bawak barang banyak tuh..beg plastik penuh jari)..adake lg jejaka melayu terakhir nak terampil mcm tu. Tak bangla indon le
p/s: Hairan juga,tiba-tiba nak turun kt sg besar...dh lepas bus stop plak tu,,,kih..kih(10x)

rasso berkata...

hanya ingin tahu perihal sajak ketot tu jer... yang laen tak kesah...

huhuhu...

Mommy Aisy berkata...

hahaha...

tiqah ni sgt confuse la.
masib xtgr bangla tu, kalo x...
jadi kawan baru ek skrg.

Sajak ketot tu kiut la.
bole pinjam?

Fairuz berkata...

moral of the story, jangan le meniru ketika upsr k :)

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Sajak ketot begitu menusuk jiwa...
mcm mn u boleh dpt inspirasi buat tu?

saudagar gaRAM.. berkata...

kalo lu peluk gua..

dan sebut nama jantan lain..
gua diamkan je..

dan gua kata nama gua azmi..





tapi pastu nanti pipi gua panas..
pipi gua merah..

Yana Ismail berkata...

orait..nanti i pegang kuat2:)huhu

Tanpa Nama berkata...

erk.. bahaya ni... kang x pasal2 kena peluk.. hehehe..

awis berkata...

sajak ketot tu ilham seniri?
nice..;)

A t i Q a h berkata...

xRajunax,
ke Bangladesh? Tak mau! Ha ha

Cik Lah,
orang yang Tiqah ingat Azmi tu, duduk belakang kita la hari tu. Tak nampak ke? Hu hu

Rasso,
sajak ketot itu meaningless. ;)

Qila,
ha ha ha! Tak mau ada kawan baru cam tu.

Sajak huduh cam tu pun nak pinjam? Isk.

A t i Q a h berkata...

Fa,
baiklah. hu hu

Che' Lah,
menusuk jiwa? I dapat inspirasi masa tengok pedang. Sebab tu dia menusuk. Ha ha.

Garam,
kalau perempuan, baru lah gua boleh main peluk-peluk bro. Ha ha!

Ina,
good. Hi hi.

Lucca,
tau tak pa. =D

Awis sayang,
again, itu sajak huduh. hu hu.