Rabu, 7 Mei 2008

RM8.30 UNTUK DUA STESEN

Lokasi: Salak Tinggi, Sepang (??)

Petang ini aku mau berangkat sudah. Tapi hari ini, aku transit di Taman Ixora, rumah Pak Mil.

Semalam aku bertolak dari kampung ke Pudu Raya pukul tiga petang. Setelah dua jam dalam bas (sampai tertidur berbantalkan bahu amoi kerusi sebelah, :P ) aku sampai Pudu Raya. Solat, beli Dunkin Donut untuk anak Pak Mil, terus aku dan Tina terus ke LRT Plaza Rakyat.

Sampai di stesen Bandar Tasik Selatan, kami tukar naik ERL ke Salak Tinggi. Bapak mahal tiket dia!

Memegang watak sebagai orang kampung, mestilah aku kena ada perasaan jakun dan teruja bila masuk koc ERL tu. Apa ke jadahnya sampai mahal gitu. Bila aku masuk. Haih. Kena berdiri juga! Cuma yang extra, adalah skrin 14 inci siar iklan bola. Dan operator yang bercakap panjang sikit, berbanding dengan LRT atau Komuter. Hmmm...


Psst..Pak Mil, tumpang pakai internet ya! Huhu.

15 ulasan:

tasekM berkata...

tiqah,
naik ERL dapat nasi beryani percuma... tu la mahal.. apsal tak amik di kaunter.. hak hak

arsaili berkata...

kalau nak murah jalan kaki kot..ekekeke

Amyz! berkata...

ERL memang mahal. :-)

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Mahal tuuu...

Yana Ismail berkata...

mahal.huhu. Yang, selamat pergi dan selamat kembali:)..

azie berkata...

ehehe..best tak dalam tu?jakunnya ku..:p

A t i Q a h berkata...

TM,
halamak! Ya ka? Apa pasal tak cakap awal-awal? Wahahaha.

Arsaili,
kalau jalan kaki, esok pagi kut baru sampai. ;)

Kak AmyZ,
tu la pasal. ;)

Che' Lah,
sebagai orang yang tak kerja, memang mahal bangat! huhu

Ina,
thanks dear. =D

Azie,
air-cond dia sejuk sikit la dari LRT. Aku ingat nak install satu kat bilik sem depan. Ahakz!

t.a.t.a berkata...

arsaili:
dah tu kalau penat jalan kaki, lari pulak.

tiq:
nak tau tak? saya tak pernah naik LRT atau komuter. percaya tak?

Yazid Husain berkata...

mahal naik ERL sanggup bagus sekali dalam semumur hidup bila lagi nak try

Unknown berkata...

nak murah koling kiter..rm 5 je..tak termasuk minyak..hahaha

ZAELIS berkata...

eleea
janji selamat dik...
mahal murah xjd hal...

errr....tp mmg erl dr dolu2 pn mahal...2 kalo nk compare dgn lrt r...
huhu
=)

A t i Q a h berkata...

t.a.t.a,
seriusli? Oke, nanti saya bawa kamu naik, eh. he he

Yazid,
itulah. Sebab nak merasa, jadi redah aja. Lepas ni tak tau bila lagi nak naik.

Psst..bro, sorry to hear about your late granny ya.

Kimie,
eh? Awat tak cakap awal-awal. Boleh I merasa naik Viva baru. hu hu.

Kak Eelea,
hmm..betul tu. Asal lambat, biar selamat. ;D

Syam berkata...

siannya kene berdiri dlm erl. sy pernah naik erl xpress. koc die kososng gile. tp tmbg gile babas nye mahal. dr kl ke klia 50 hengget woo. tp yg bestnye, sy tak perlu berdiri. sy siap tido dlm koc tu :D

Unknown berkata...

tu laa..kalo tak siap orang bg test drive lagik..hehe

A t i Q a h berkata...

Syam,
fuyyoo! Tu dah lepas tiket bas JB-Kedah tu. ha ha.

Kimie,
uhuhuhu. Tak pe lah, tak de rezeki. ;)