Sabtu, 24 Mei 2008

barbiedressup.NET

Di ruang depan ada mak cik-mak cik datang. Ada ustazah juga. Minggu ini, giliran rumah Mak untuk buat usrah.

Aku tak keluar. Cuma dengar dari jauh. Tak mau ngopeng (curi dengar) orang jawa kata. Alasan! Di ruang belakang, aku duduk-duduk sambil baca Jongkang-Jongket. Mata aku kejap-kejap jeling kat Emi yang tengah syok main game online.

Pakaikan baju anak patunglah, main masak-masaklah. Haih. Apalah budak Emi ni. Siapa entah yang ajar dia cari game-game tu. Tapi seronok juga. Baju anak patung tu cantik-cantik. Ada gaun, ada kasut, wig, dan segala macam aksesori ada.

Aku datang dekat Emi, "Tak cantiklah yang tu. Letak baju warna hijau tu cantik."
Emi tukar baju warna hijau. "Meh akak tambah wig," Aku, sambil tangan mengambil alih tetikus dari Emi.

Sepuluh minit lepas tu, tetikus masih belum bertukar tangan. Emi punya muncung dah boleh buat sangkut baju. "Kakak, nak main....."

"Nantilah. Bagi akak main. Aku kecik-kecik dulu mana ada macam ni. Tepi sikit." Muncung Emi tambah seinci.

Tiba-tiba, Mak datang dari ruang depan. "Kak, dah boleh hidang makanan." Emi senyum. Muncung dah hilang.

Aku bangun, capai tudung. Kemaskan lipatan kain batik. Melangkah ke depan menatang segala macam hidangan, sopan dan seayu mungkin.

Aku hipokrit? Taklah. Aku cuma bertindak ikut kesesuaian suasana. Well, life is a drama, right?

Bwa Ha Ha Ha Ha!

13 ulasan:

rasso berkata...

i nak belajar ngan emi la.. huhuhu

kakaknya ajar pun boleh... ekekeke

::n a s h i q a h:: berkata...

rasso,
u tak boleh. aurat! huk huk huk

KAMATO berkata...

bagus la tu...anak dara kena selalu sembunyi kat belakang

Pocket berkata...

eheh, cam besh la plak ... ado versi lelaki tak?

musafir berkata...

nak main game tuuuu~

siraydee berkata...

hehehe :-D

diya berkata...

hehe. bese lah. akak2 neh suka ngakat adik2 die. adik2 die muncung, kita tambahkan lg muncung die. ekekeke

azie berkata...

nak main gak!

A t i Q a h berkata...

Kamato,
ehehehe.

Pocket,
laki punya baju bosan. Ha ha ha ha!

Musafir,
tak bleh! Tak seswai...huhu

Ady,
apa hal gelak-gelak neh? :P

Diya,
huhu..bukak acc baru ye?
best kan jadi kakak ni. Ha ha ha

Azie,
ha..aku tau ko suka. Mak cik Anom pun suka gak kan? he he he

missyizzati berkata...

haha. aku kesian dengan adik-adik di dunia ini. hoho. hipokrit? tidaklah. haha. aku memahami. =D

tasikmerah berkata...

aku terbayang tiqah berkain batik... ayu tu... (pssttt... jgn terlondeh sudah aaa )....

t.a.t.a berkata...

hipokrit? owhh tidak, itu perkara biasa saja.

(qah, jgn tersadung ya.. heheheh)

::n a s h i q a h:: berkata...

Ijat,
hehe.. kamu memang memahami aku selalu.

TM,
pakai kain batik la senang. hu hu

t.a.t.a,
nasib baik tak tersadung. he he