Khamis, 22 Mei 2008

KENDURI IKAN MASIN

Blog Tok Sidang Jamil (Belakang rumah aku). Di alih bahasa dari Jawa ke Bahasa Malaysia.

"Pak nya. Saya bau ikan masin lagi malam ni." Yam kata, dengan muka risau.

"Kenapa? Mak nya ngidam nak makan ikan masin? Eh, mak nya bukan dah menopous ke? Kenapa ngidam-ngidam pulak ni." Aku

"Bukan saya ngidam pak nya. Tu ha. Bau ikan masin dari rumah Cikgu Nasir tu. Semalam bau. Hari ni pun. Anak-anak dia makan ikan masin hari-hari. Kesianlah saya kat diorang." Yam beri alasan untuk kerisauannya.

"Ooo. Alah. Biasalah. Dah tengah bulan ni kan. Orang-orang gomen, gaji dia hujung bulan baru masuk." Aku



**********************
Blog aku.

Pagi. Hari aku pulang ke semenanjung, Cik Ajib bawa aku pergi Pasar Ikan Masin. Habis dia borong ikan dan udang kering sampai penuh satu kotak Maggie.

Semalam pagi. Aku sarapan nasi lemak. Goreng ikan gelama masin. Petang semalam. Mak buat asam pedas ikan pari. Aku goreng ikan terubuk masin. Lauk makan malam. Tadi Cik Lah dan keluarga datang. Aku goreng ikan masin lagi. Ada tom yam juga.


**********************

Nota kaki:
  1. Sayu aku lihat Nuha dah pandai basuh pinggan sendiri lepas makan. Sejak ibu dia sakit, budak-budak tu nampak lebih berdikari.
  2. Idea entri diciplak dari sini.

24 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Ikan masin?

Wooo..sedap dari ayam KFC kan?

Lapar pulak tengah-tengah malam ni huhuhu ;p

A t i Q a h berkata...

Kak Lily,
tambah dengan nasi panas. Pehh!

Kamezaim berkata...

aduh,sape suruh sebut ikan masin..ni yg buat tido xlena ni..kena plak dgn budu atau tempoyak,mau 3 pinggan habis ni..hehehe

rasso berkata...

ngidam plak i ngan terubuk masin...


nak se!

t.a.t.a berkata...

gereh? ohohohoh saya cuma suka bau saja, tapi kureng suka makan. Ikut sunnah, tak elok makan benda² masin dan masam ni kan? heheheh~

izzati fuad berkata...

huhu. sampai satu kotak yeh. aku bawa balik 3 ekor aje. huhu

Yana Ismail berkata...

i baru beli ikan masin semalam kat pasar malam. Mengidam:)!

Tanpa Nama berkata...

huhu. ikan masin pun sedap. tapi, jemu lah klw kena makan ari2. [huhu, tak reti nak bersyukur kan] :p

tasekM berkata...

sedapnya ikan masin... makan ngan pulut n kelapa....

kak lily... lambat tidor nampak.. :)

princess... sape punya kerja tu hah??..

azie berkata...

ikan masin tambah sambal cili api makcik non..sedap giler!

headlightsandpavement berkata...

ceh, kaki ikan masin rupanya...

da la skit2..resdung nnti!!haha

ZAELIS berkata...

sedapnye...
terkecur air liur...

hehe...Tok Sidang Jamil 2 slh paham suda...

len kali ajk dia mkn nasik skali...msti isu cam dlm entry ni xtjadi...muehehehe =)

Tok Rimau berkata...

cabut ubi. rebus.
Goreng ikan masin.

Bagi sepinggan ke rumah Tok Sidang. Sepinggan ke rumah Tok Rimau.

ckLah @xiiinam berkata...

Tiqah...promot meneh yo.Men enek wong teko omahe cLah. Olehlah jugak konco-konco ngobrol di alam siber

p/s:kawan-kawan(makcik-makcik) cLah di 'alam semulajadi' tak reti blog-blogan!!

Dia@Hiei13 berkata...

kak tiqah..sampai sekolah tadi tangan masih bau ikan masin

A t i Q a h berkata...

kamezaim,
ikan masin apa makan dengan budu? tak pernah dengar pun. ;|

Rasso,
pegi la balik kejap. tak pun suruh mak u pos kan. haha

t.a.t.a,
gereh banget. haha. aah, makan tak boleh banyak2. selain ikut sunnah, kesihatan pun penting. =)

Ijat,
ye. kalau ikut duit aku, 3 ekor ja. tapi sebab bukan duit aku, aku peduli apa. hahahaha

Ina,
lah. apasal tak cakap. boleh i poskan. he he

CK,
koleksi ikan masin belum dirasa semua. tu sebab asyik goreng ja. haha

TM,
mengancam gitu! ahakz!

azie,
aah la. kita tak pernah try tu. makcik non! sem depan kami hantar cili rumah makcik yeh.

ikan masin tambah sambal cili api makcik non..sedap giler!

A t i Q a h berkata...

headlightsandpavement,
oo..tak tau pulak aku, ikan masin boleh kasi resdung. ooo


Kak eleeA,
wak yam isteri dia tu, sayang kami. kikiki


Tok,
dan bila ubi tu sampai rumah tok, dah basi. ha ha ha


Cik Lah,
ehehehe, wes enek link. sopo-sopo seng teko rene keneng lungo blog Cik Lah jugak.


Dia @ Hiei@13(cam na nak sebut nih),
habis kertas exam pun bau ikan masin yeh? he he.

Psst, cantik header. he he

Unknown berkata...

Ikan masin..walaupun murah..pukulanmu sungguh hebat..mengalahkan pizza hut..owh~!

Fairuz berkata...

sesungguhnya, memang la best ikan masin tu. hehe

tasekM berkata...

kimi,
ikan masin sekarang ni mana ada murah.. silap2 lagi mahal dr ikan hidup... :)

A t i Q a h berkata...

KimiE,
dengar cakap TM tu. hahaha. Nanti kau suggest kat orang Pizza Hut, letak topping ikan masin. Amacam?

Fa,
teh dah sampai?

TM,
teh dah sampai?

Yana Ismail berkata...

huhu.mimanggg u nak poskn:p

en_me berkata...

me orak iso ngomong sitik sitik waie..

A t i Q a h berkata...

Ina,
since i dengar ada orang nak datang rumah, so... hehehe

En_Me,
rak opo. Ngomong sitik sitik pun ok lah. he he