Kepada pemilik tag. Saya sudah sedar dari pengsan. ;D
8 Fakta Rambang Atiqah (Mengikut kronologi)
(Tajuk tak tahan!)
- Pernah menerima ugutan bunuh semasa masih dalam perut Mak lagi. Oleh adik Mak yang bongsu, atas alasan dia tak suka baby. Alih-alih bila aku lahir, nak pulak dia cium cium aku. Huh.
- Dua tiga tahun kemudian, telah dimasukkan ke hospital akibat mabuk
kepayangdan muntah-muntah. Kenapa? Aku minum air dari botol yang aku sendiri masukkan ubat nyamuk. Alah, budak kan.Comel pulak tu. - Waktu sekolah rendah, aku selalu kena ejek. Kesannya, aku bukan makin pasif, tapi aku jadi tambah garang. 'Mak Singa' adalah gelaran aku waktu tu. Waktu sekolah agama, kalau ustaz tak ada dalam kelas, aku dengan suka hati suruh budak-budak yang tak reti diam berdiri atas kerusi. Lepas tu, aku kasi sedas dua rotan kat tangan depa. Aku pengawas gila kuasa. Ha ha
- Kawan-kawan aku mesti tahu penyakit aku yang TUNGGAL ini dalam kelas. Penyakit tu sudah mula sejak aku masuk asrama dulu lagi. Sampai pernah satu hari di tingkatan dua, ustazah Tafsir Hadis aku pernah turut serta dalam sesi mengurut leher aku. Peh! Lemah-lembut aja dia urut aku. Macam manalah aku boleh survive sampai tahap ni, dengan penyakit aku yang TUNGGAL itu. Soalan-soalan klise yang aku biasa dengar sejak enam tahun dulu, "Atiqah, ngantuk sangat ke?" "Malam tadi tidur pukul berapa?"
- ......
- ..........
- ..............
- ...................
Anggap ajalah empat fakta tu, sama dengan lapan. Boleh? Alah, empat kali dua kan lapan. Kan? Kan?
Disebalik tabir : Aku tak mau reveal ceritera hidup sesudah sekolah menengah. :P
*******************************
Walaupun dah menyimpang dari peraturan, aku yang gila kuasa ni mahu men'tag' dua manusia ini :
Azreen Chumil dan Azhar Gagah. Ho ho ho
25 ulasan:
oitt...tak aci..mana lagi ampat??
uihhhhh..muka budak dlm gambo tu mcm ko lah tqah..ish ish ish...
uhuhu. Tatotnya i dengan pgawas gila kuasa sorang ni:p. Tapi yang satu tu, i can't deny it..u memang cepat zzzzzz..Walau betapa handsome pun pensyarah di depan mata:)uhuhu
wah. kamu tdo sehari brape jam? kalo saya, dalam 8 ke 10 jam sehari baru la dikatakan 'cukup tdo'..
err... yang 1st tu agak menakutkan... huhu. ade gak ye yang sampai nak ugut bunuh anak sdara sndiri...
wa sudah sampai mane nie..owh ini blog..wooo..lu mmg galang aa..manyak tatoottt!!!
ugut bunuh? muahaha.. mesti kes cemburu nih.
Kimi,
lah. Kan dah cakap, 4x2=8. Kan?
Azie,
she looks like me, but she's not me. ha ha
Ina,
meh I rotan you meh. he he
Fa,
ikut suka hati je. Tak da waktu yang fix. hu hu.
8-10 jam? Macam baby jek. ;D
Aria Ayumi,
sebab dia takut kakak dia tak sayang dia dah. ha ha
lupikirlahsendiri,
nak kena rotan juga ke? Dah jauh melompat-lompat? huhu
Ijat,
kes cemburu buta. Ha ha ha.
nsb baik tak kena bunuh..hehe
same mcm saye.cikgu add math tlg picitkan suwuh kasi x ngantuk.tp still tido jugak.huhu.cpt2 siapkan kije dlm kelas pastu tido.cikgu da phm sgt da.
huu..sakit pewot lak dah..
kimi,
sini bukan kaunter kesihatan ye. =P
kimi,
sini bukan kaunter kesihatan ye. =P
Fifi,
sebab saya kebal. ;)
PandaGumuk,
sporting nya cikgu Add Math kamu. Cikgu Add Math saya garang. uhuhu
Kimi,
ekau ni salah komen ko apo?
Ijat,
kau ada nampak tag kaunter ke kat sini? he
terima kasih. sesusah je puji. hahaha
haha.Rotanla kalau berani.:p
no 1 :
ulasan : ini adalah satu fitna, konspirasi untuk menjatuhkan saya, saya akan saman kamu di mahkamah,tapi tunggu tiqah kaya laa..
denda urut jek?
cikgu sekolah rendah:
daku kena berdiri 5 minit, then pergi basuh muka, berdiri lagi 5 minit, baru boleh duduk.
kalau tido lagi, dia suruh ambil kerusi, duduk dekat meja guru.
cikgu sekolah menengah:
kena baling kapur atau duster.
huhu~
Fa,
eheh. Tang mana puji nya tu? huhu
Ina,
tunggu you tidur malam ni. Ngi hi hi hi
Pak Dik,
wo! Saya tiadalah meletakkan sebarang nama di sana yeh. Tapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. hoho
Nanti Tiqah rekod suara Mak untuk dibuat bahan bukti. ;P
..::hamakakun::..
Wah, sangat baiknya cikgu sekolah rendah kamu.
Tapi yang sekolah menengah cam ala-ala kijam. huhu
Suara mak kamu tidak boleh dibuat bahan bukti, aku ingat lagi masa aku tunggu result matrik dulu amik lesen kereta..haa tu nanti dah ade lesen kat U pegi sewa kereta bawak anak dare orang.. bila anaknye amik lesen, tak pulak kedengaran pendapatan macam tu, sungguh tak adil..ish..ish
Tiqah,
Dalam kelam BI UHB tu, you nampak segar je. Mesti lecturer tu halwa mata kan? Kan?
uhuhu. U da pengsan dulu dari i. Bila masa u nak rotan i yg comel tgh tidur ni? :p..Dear, lecturer BI UHB kita yang namanya Mr. G tu handsome kan?hoho
nasib baik sampai 4 jer.. dgn kegaranganmu tiqah... aku rasa no. 8 tu mesti dah sampai cerita engkau makan orang... heheh...
Pak Dik,
kalau si bujang bawa anak dara tu normal la. Tapi kalau anak dara bawa si bujang? Pelikk...
Tok,
macam mana nak ngantuk. Lecturer tu asyik bagi game aja, suruh lari sana lari sini.
Lagipun kesihan pada beliau, nanti beliau nangis kalau saya tertidur.
Ina,
cuba tengok belakang you. Ada birat2. I bangun tengah malam tadi. Hiks
TasihMerah,
ho! Kamu jadi hidangan pertama saya nanti. ;0
Catat Ulasan