Jumaat, 25 April 2008

AIMI ANIS KU SAYANG

Sekali lagi Emi tanya Mak hal jodoh (baca sini). Dan Mak kisahkan kepada aku via e-surat.


Dialog yang Mak kirim:
Emi. Mak.

Ma Ustaz kata kita lahir ni Allah dah tentukan bila kita mati, pas tu siapa jodoh kita. Kalau lah ma, kalaulah, kalaulah Allah dah tentukan jodoh kita, pas tu kita dah ada pilih orang lain. Macam mana ye ma.

(Berputar ligat buat penyelesaian masalah) Sebab masa dia pilih tu dia tak tanya kat Allah,sesuai ke tidak. Tu sebab ada orang dah kawin pas tu bercerai pastu kawin dengan orang lain, masa dia nak kat orang tu dia kata orang tu lawa sesuailah dengan aku. Rupanya Allah dah pilihkan orang lain.

Oooo....macam abah Daus tulah ye *(cucu Tok sidang)

Mungkin juga. Esok kalau Emi dah besar kalau Emi dah rasa ada pilihan, tanya dulu kat Allah sesuai ke tidak. Aa doa dia, tapi masa ni Emi tak payah pikir, hapalkan dulu Hafazan yang Emi nak bertanding minggu depan.

OK

Emi ni kalau kau orang mau tau, baru darjah tiga.

DARJAH TIGA, OKE!

Risau pula aku dengan perkembangan Emi ni. Haih.



*Daus ni, mak ayah nya bercerai. Dan baru-baru ni, ayahnya dah kahwin lain.

24 ulasan:

Hafifi berkata...

apaaaa?baru darjah tiga ka?aiyo..

Fairuz berkata...

jauhnya beliau berfikir ;)

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
tasekM berkata...

tiqah, pompuan mmg cepat matang.. hehe

Yana Ismail berkata...

Advancednye emiku cayangni. Hihi:)

t.a.t.a berkata...

ya saya setuju dgn anda. itu bermaksud pasangan itu bukan jodoh memasing. jodoh sementara namanya.

dan bagi yg belum berkahwin ada juga kemungkinan yg jodoh mereka belum lahir atau dah meninggal.

jadi jgn kisah la itu semua adalah ketentuanNya. kita perlu redha saja.

A t i Q a h berkata...

Fifi,
kenapa? Tak percaya? hu hu

Fa,
itulah pasal.

TM,
matang yang terlebih-lebih. Alahai~

Ina,
comel macam kakak dia tak? ;P

t.a.t.a,
macam mana nak tau pasangan kita tu hidup lagi ke tak? He

miss yayang noel berkata...

auuwww...
leh la i masuk merisik?
ker???

azie berkata...

jodoh belum lahir?erk?dapat daun mudalah,harharharhar..anak ikan tqah ooiii.

p/s:dah!jom pi exam!

izzati fuad berkata...

he..bersiap sedia lah bile ko balek cuti nanti...mesti emi tanya macam2 lagi. hahaha

azrn berkata...

cam comel je emi ni...
mesti byk ckp!

kecik-kecik dah sebok tanya soalan org besar... hehe..

kita yg besar ni pun tah reti ke tah tak nk jwb soalan2 gitu.

Unknown berkata...

waa.baghu lajah tiga..sudah pandai berpikiran seperti berikut..kim salam sama itu budak..

Yana Ismail berkata...

A'ah. Comel macam akak dia:) Uhuhu..

A t i Q a h berkata...

Lan,
Mak kata, tanyalah Allah dulu. ;)

Azie,
jodoh kau dah lahir belum? Ahakz!

Ijat,
aku kena pi lari kat mak aku la kalau nak jawapan. Ha ha

Azreen,
tau tak apa. isk

Kimie,
kirim salam? Tak mau kirim gula-gula sekali ka?

Ina,
sepuluh bintang untuk kau. Sebab pandai mengipas aku. Ho ho ho

pandagumuk. berkata...

adoi.nak pengsan dgr.matured tul dak2 skunk.

A t i Q a h berkata...

PandaGumuk,
jangan pengsan! Siapa mau angkat nanti. He he

Tanpa Nama berkata...

Ada budak perempuan yang akil baligh umur 9 tahun, ape..

Sis pun dah pandai bercinta masa darjah 3. Hik hik hik. ;-p

t.a.t.a berkata...

atiqah:
istikharah kan ada, buat la. tak pun amalkan aje doa dia, hafal.

*ehh cam ustazah laks*

A t i Q a h berkata...

Kak PY,
amboi akak. Kelass gitu! Ha ha

t.a.t.a,
eheh, terima kasih ustazah. =)

Yana Ismail berkata...

1o bintang je ke? Apa kata cheeze choc di secret recipe?Tu baru nama reward:p

Tanpa Nama berkata...

jodoh tu semua ketentuan-Nya...

musafir berkata...

Darjah tidak menggambarkan kematangan. Ahha..dasyat la dik you. Tempah boley? Aaa...tempah baju maksud i.

A t i Q a h berkata...

Ina,
petang ni kita makan ciskek oke! ;)

Lucca,
emm..kau dah jumpa jodoh kau?

Musafir,
tempah baju yang dia pakai? Kamu muat kah?

CikJa berkata...

hehehe..
biasalaah tu.. budak2 skrang.. memang gitu..