Selasa, 29 April 2008

SELAMAT KEPADA : MAK


To the woman that I love the most,

My love for you is an endless story,

To the woman whom I seek for protection,

I hope I can protect you someday,

To the woman whom I could cry on her shoulder,

May Allah bless you forever and ever.

Happy birthday to you, Mak.

~aTiQah Nasir~
27/04/2008


Ahad, 27 April 2008

CAN I HAVE YOUR NUMBER?

Kalau membeli kad tambah nilai telefon tangan, aku suka menyimpan pin rahsia 14 angka yang diberi dalam senarai kontak.

Kemudian aku buang kad itu. Ke dalam tong sampah, selepas memastikan pin rahsia 14 angka itu disalin dengan tepat.

Lalu aku berikan nama timangan pada pin rahsia 14 angka tersebut. Johnny Lebar, Abang Sepet atau Nicholas Teo misalnya.

Ho ho! Aku ada nombor Nicholas Teo tu!

Kau kenalkan? Kekasih hati aku yang nombor dua itu.

Jumaat, 25 April 2008

AIMI ANIS KU SAYANG

Sekali lagi Emi tanya Mak hal jodoh (baca sini). Dan Mak kisahkan kepada aku via e-surat.


Dialog yang Mak kirim:
Emi. Mak.

Ma Ustaz kata kita lahir ni Allah dah tentukan bila kita mati, pas tu siapa jodoh kita. Kalau lah ma, kalaulah, kalaulah Allah dah tentukan jodoh kita, pas tu kita dah ada pilih orang lain. Macam mana ye ma.

(Berputar ligat buat penyelesaian masalah) Sebab masa dia pilih tu dia tak tanya kat Allah,sesuai ke tidak. Tu sebab ada orang dah kawin pas tu bercerai pastu kawin dengan orang lain, masa dia nak kat orang tu dia kata orang tu lawa sesuailah dengan aku. Rupanya Allah dah pilihkan orang lain.

Oooo....macam abah Daus tulah ye *(cucu Tok sidang)

Mungkin juga. Esok kalau Emi dah besar kalau Emi dah rasa ada pilihan, tanya dulu kat Allah sesuai ke tidak. Aa doa dia, tapi masa ni Emi tak payah pikir, hapalkan dulu Hafazan yang Emi nak bertanding minggu depan.

OK

Emi ni kalau kau orang mau tau, baru darjah tiga.

DARJAH TIGA, OKE!

Risau pula aku dengan perkembangan Emi ni. Haih.



*Daus ni, mak ayah nya bercerai. Dan baru-baru ni, ayahnya dah kahwin lain.

Khamis, 24 April 2008

HAVE or HAD

Lokasi : Kelas 3 Rahmah, SAMTSSAAS

Seperti biasa aku akan menganyam mimpi, hatta dalam kelas kegemaran aku, Bahasa Inggeris. Teacher Ainuza sedang tunjuk sampel karangan.

Tiba-tiba, Farhana, awek cun yang duduk sebelah aku kejut. "Tiqah, cuba kau tengok tu. Macam salah je perkataan tu." Sambil dia menunjuk ke papan putih. Terpisat-pisat aku bangun. "Mana? Owh, tu."

Aku angkat tangan. Teacher Ainuza pandang. "Teacher, yang tu patutnya Past Tense kan? Had, bukan have."


**********************
Dua bulan kemudian.
**********************


Abah datang sekolah untuk tandatangan kad laporan. Aku ambil tempat duduk sebelah Teacher Ainuza, yang juga guru kelas aku masa tu. Abah duduk sebelah. Lepas sembang-sembang sikit pasal suaminya yang dulu anak murid abah, they got into bussiness.

"Cikgu, Atiqah ni, selalu juga tertidur dalam kelas."

Dush! Teacher dah buka rahsia aku! Aku tau, abah mesti malu dengan aku. Aiyak!


"Tapi, dia boleh tangkap apa saya ajar. Hari tu, masa saya mengajar, dia tidur. Tiba-tiba dia angkat tangan dan tunjuk yang saya ada buat silap."


Ho ho! Teacher! Itu bukan saya yang perasan. Farhana lah yang suruh saya cakap. Jawab aku dalam hati.

Rabu, 23 April 2008

SELAMAT KEPADA : SITI


Beliau adalah Siti Nurhaliza Shuhaida. Hari ini hari hahir beliau yang ke-22.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat kepada beliau. Semoga beliau dipanjangkan umur, murah rezeki dan ditetapkan iman. Itu doa saya kepada beliau kerana saya sayang pada beliau.
Kamu nak berkenalan? Malang. Beliau telah berpunya. He he he

Ahad, 20 April 2008

TAG SANA SINI


Kepada pemilik tag. Saya sudah sedar dari pengsan. ;D

8 Fakta Rambang Atiqah (Mengikut kronologi)

(Tajuk tak tahan!)


  1. Pernah menerima ugutan bunuh semasa masih dalam perut Mak lagi. Oleh adik Mak yang bongsu, atas alasan dia tak suka baby. Alih-alih bila aku lahir, nak pulak dia cium cium aku. Huh.
  2. Dua tiga tahun kemudian, telah dimasukkan ke hospital akibat mabuk kepayang dan muntah-muntah. Kenapa? Aku minum air dari botol yang aku sendiri masukkan ubat nyamuk. Alah, budak kan. Comel pulak tu.
  3. Waktu sekolah rendah, aku selalu kena ejek. Kesannya, aku bukan makin pasif, tapi aku jadi tambah garang. 'Mak Singa' adalah gelaran aku waktu tu. Waktu sekolah agama, kalau ustaz tak ada dalam kelas, aku dengan suka hati suruh budak-budak yang tak reti diam berdiri atas kerusi. Lepas tu, aku kasi sedas dua rotan kat tangan depa. Aku pengawas gila kuasa. Ha ha
  4. Kawan-kawan aku mesti tahu penyakit aku yang TUNGGAL ini dalam kelas. Penyakit tu sudah mula sejak aku masuk asrama dulu lagi. Sampai pernah satu hari di tingkatan dua, ustazah Tafsir Hadis aku pernah turut serta dalam sesi mengurut leher aku. Peh! Lemah-lembut aja dia urut aku. Macam manalah aku boleh survive sampai tahap ni, dengan penyakit aku yang TUNGGAL itu. Soalan-soalan klise yang aku biasa dengar sejak enam tahun dulu, "Atiqah, ngantuk sangat ke?" "Malam tadi tidur pukul berapa?"
  5. ......
  6. ..........
  7. ..............
  8. ...................
Alamak. Aku dah kehabisan idea. Eh tuan tag, saya mau pengsan lagi ni.
Anggap ajalah empat fakta tu, sama dengan lapan. Boleh? Alah, empat kali dua kan lapan. Kan? Kan?

Disebalik tabir : Aku tak mau reveal ceritera hidup sesudah sekolah menengah. :P

*******************************

Walaupun dah menyimpang dari peraturan, aku yang gila kuasa ni mahu men'tag' dua manusia ini :
Azreen Chumil dan Azhar Gagah. Ho ho ho

Jumaat, 18 April 2008

SEGAN DENGAN MOMOK

Lokasi : Pizza Hut, Jusco Taman U


Lelaki 1 : Housemate I ajak tengok midnight kejap lagi.

Gadis 2 : Wah! Cerita apa?

Lelaki 1 : Congkak.

Gadis 3 : Eee, I tak suka tengok cerita hantu. Takut! Malam pulak tu.

Lelaki 1 : I pun tak nak pergi.

Gadis 2 : Ooo, you takut nak tengok ya.

Lelaki 1 : Eh, mana ada. I segan nak tengok hantu.

Gadis 2 : Ek eleh, kaber line lah tu.

Ho ho

ALIEN

Khamis, 17 April 2008

ROJAKization

Puas sudah aku fikir, mau buat entri pasal apa. Sampai dibawa ke tidur seperti guru seorang itu. Tiada juga mau masuk ke otak. Tiba-tiba malam ini dapat dua gambar untuk diceritakan.



Mak dengan riaknya emel ini gambar. Ho ho. Ini yang tak sabar mau balik ni. Boleh menguji pandu!



Ini pula kejutan dari kakak yang comel lagi jelita kerana kami menang peraduan yang dianjurkan. Dihantar oleh Enche' Delivery yang sanggup meredah hujan ribut untuk menyampaikan amanah.
Psst kak, kek yang satu lagi tu, hape name die? Liat dan kental aja bila masuk dalam mulut. Hi hi
Big hugs and kisses for both of you. {^_^}

************************************************

48 jam sudah habis untuk aku pengsan kerana ditag oleh dua gadis yang anggun lagi vogue. Jadi proses menjawab akan dimulakan.

5 PERKARA PERTAMA DLM HIDUP

selepas buka mata di kala dinihari



Aku kasi tambah sikit. Kalau yang ikut piawai, jawapan aku sama aja macam kau orang.

  1. Matikan jam penggera telefon tangan yang main lagu 'Que Sera Sera'.
  2. Baca doa bangun tidur (kalau ingat :p)
  3. Selipar - kalau tak ada mana boleh pergi tandas beb!
  4. Mandi (gigi dan muka) - kalau tiada mahu pergi ke kelas.
  5. Mengadap Tuhan.

Ijat sama Qila, 5 perkara pertama aja kan? 5 perkara kedua sudah tak payah tulis kan?

Mau tag siapa? Tak perlu rasanya. Otak dan hati aku sedang bersih dari perasaan menyusahkan orang. He he

*********************************

Mau kenal sama budak-budak kenit dan genit ini?

Naqib Si Abang dan Naqia Si Adik sudah punya blog. Amboi abah dia, bagus sungguh!

Isnin, 14 April 2008

SETERUSNYA, CERITA PESTA DARI ATIQAH PULA.

Ya. Lagi satu entri tentang pesta buku dari blog aku. Ok, bagi aku cerita satu persatu. Bear with me, eh.

PENULIS


Dua penulis di atas, ditemui dalam dua kondisi berbeza.
Yang atas, suasana tenang-tenang aja.
Yang kiri, untuk mendekati dia, kami kena bertolakan.
Tapi, dua-dua mesra dan kewl!


HASIL DAPATAN




Ups, AweksKL tu aku dapat sebelum berlepas ke KL. RM10. Harga kawan-kawan, TokR kata.
ACA dan Sirah Nabawiyyah, kiriman untuk TokR dan Rasso. Psst..Rasso, dia ada bagi rantai kunci percuma. I curi boleh? :p


BLOGGER SANA SINI


Vovin. Dengan imej rambut yang baru. Lihat dari jauh saja.
Nida. Bertudung pink. Aku lihat dia tengah bersembang dengan Pakcik Naga.
Pakcik Naga. Dia lebih hensem dari Andrea Herata? Nehh! Tapi anak dia yang tingkat satu dan yang nama Emily tu, comel!


MAJLIS


Majlis bersama Mas Andrea, singgah sekejap. Dia pandai berlelucon, tau.
Dialog yang aku tak boleh lupa,
"Kamu siapa?" "Iqal."
"Iqal siapa?" "Iqal mayang."

Majlis pelancaran buku Detektif Indigo dan Tawassul. Aku lihat Pakcik Naga punya lubang hidung kembang kuncup. Bilamana Faisal asyik memberi kredit tentang kulit buku Detektif Indigo yang direkanya.


Jumaat, 11 April 2008

TULISAN PADA DINDING

"Anda Sopan, Kami Segan"

Aku jumpa frasa seumpama ini di Klinik Kesihatan Kempas. Tahun lepas, semasa bawa Kak Yan memeriksa darahnya yang disyaki denggi. Diletakkan kemas di dinding. Ijat kata di klinik lain juga ada.

Baik. Kami sopan, kamu akan segan. Walaupun kamu hentak-hentak meja, jeling-jeling garang. Kami tetap harus bersopan. Dengan harapan, kamu boleh bersegan dengan kami yang bersopan. Tapi aku faham, kadang-kadang kamu terlupa dengan kata-kata kamu sendiri. Tak apa, tak apa.

Nota kekakian:

  1. Ditulis dengan tergesa-gesa. Mahu habiskan esaimen, mahu kemas barang untuk ke Seremban. Mahu ke kelas.
  2. Siapa lagi mahu kirim buku? Tok dan Rasso, nanti I claim double, oke. he he

Tinggal dulu ya Negeri Selatan :D


Kami yang bersopan. Di Balai Cerap lagi. =)

Ahad, 6 April 2008

CERITA MAMA

Emel Mak semalam, aku balas dengan satu soalan, yang aku tak pernah dan tak akan tanya face to face kepada Mak. Kedu kejang mulut aku nak tanya.

"Mak, honestly, mak bagi ke kita orang ni ade pak we masa kat U."

Balasan Mak:

"Hah untuk soalan terkhir tiqah tu,mana pulak bagi tak bagi. Fikirlah sendiri, mak dah jawab dalam mak punya dialog dengan Emi.

Mak pun prnah cakap ngan Tiqah dulu, jangan sampai jadi hamba pada BF, kalau dah frust jadi macam orang dah tak guna 1sen pun. Tak pernah mak lalui tapi dari kawan-kawan rapat mak, kesian betul ngan dia orang.

Satu lagi jangan percaya cinta pandang pertama,tu semua di solek oleh Sy****n. yang penting jadikan Istikharah sebagai teman rapat. Dan bila dah ditakdirkan bayangan pasangan hampir menjelma jangan bagi semua hati tu kat dia. Bagi secubit pun cukup, tunggu isyarat dari Allah."

Aku percaya, mak kau orang pun mesti jawab begini kalau ditanya soalan begini.

Tentang solat Istikharah, insyaALLAH. Jika sudah ketemu, pasti anak Mak buat. Tapi buat masa sekarang, biar Tiqah hidup berbujangan dulu dengan sahabat-sahabat tersayang, ya mak. =D

Nota kekakian:

  1. Untuk Cik TS, maaflah. Aku masih buat entri pasal perkara yang kau tak suka. he he
  2. Mak ke Pesta Buku rupanya tadi. Siap dapat otograf FT lagi. Jeles!

Sabtu, 5 April 2008

Balik Nanti, Tiqah Ajar Mak Buat Blog, Ya.

Dah lama aku tak telefon Mak. Sampai Mak hantar emel. Sedih.
Isi emel mak, ada rebiu buku JJ dan dialog balik sekolah Mak dengan Emi (adik bongsu aku).

"Wat ape

Buku jongkangjongket dah mula baca, tapi tak abis lagi,

Permasaalahannya kenapa mat jan, kenapa bukan waterlily
(Kak Lily, dengar tu. he he) ke atau yang lain-lain yang kena dengan mak. Buku apapun tak rugi mak baca,tapi kalau yang kena dengan mak lagi lagilah untung.

Kalau gi klibf minggu depan carikan mak enam detektif indigo. "

Dialog Emi dengan Mak.

Emi: Ma…ma….masa mak kawin dulu mak sanding ke biasa-biasa?

Mak: biasa-biasa(kelat lagi mata…menguap)

Emi:Emi pun……ma…ma….kakak besok mak nak bagi sandingke biasa-biasa

Mak:suka ati kakak lah(pandangan masih berpinar,menguap-nguap lagi)

Emi:Ma…ma…kakak esok kalau kawin mak nak bagi orang kampungke orang Bandar?

Mak:Tak kira asalkan orangnya baik(terang sikit masa)

Emi:Baik dengan sapa?

Mak:Dengan Allah ,dengan semua makluk(dh celik mata terpaksa berhati-hati dengan jawapan dan bersedia dengan pertanyaan selanjutnya,sampai simpang rumah Cikgu Basori mata mak dah waras,minggu lepas mak terlajak sampai depan rumah Sidang Separ pasal ngantuk)

Emi:Agak-agak mak kakak dah ade boyfriend tak?

Mak:Mestilah ada kan boyfriend tu maknanya kawan lelaki, boyfriend kakak mestilah ramai, macam emi, kan ramai kawan emi dalam kelas.

Emi:oh ya,…tak bolehlah kata boyfriend…kalau pakwe bolehlah ye… ma ma apa beza boyfriend ngan pakwe,(emak tak jawab lagi….apa kena budakni….)emi rasa suka ngan pozi, maknanya emi ada pakweke?

Mak:(terkedu……belum sempat jawab….trmangu….laa….baby mak ni dah di lamun cinta ke…..kakak dulu besar tu dah ade ke benda macamtu dalam benak…..benak mak bermonolog….sampailah depan rumah wak jemi)

Emi: Ma…ma…..boleh ke adiknya ade pakwe kalau kakaknya belum ade……ma ma Kak tina ….ada pakwe

Mak:Mana emi tau?

Emi:Kawan dia kata, dia kirim salam kat emak.

Mak:Ooh tak semestinya Pakwe kak Tina, dia kirim salam ngan mak sebab dia suka kat emak, kan pozi pun selalu kirim salam kat emak, maknanya dia suka kat emakla,emi tak payahlah pakwe-pakwe….penat tau,
kakak pun taka de pakwe-pakwe, nanti sampai masanya Allah bagilah jodoh. Emi rasa emi nak jodoh kakak yang macamana

Emi:Lebih tinggi dari kakak…pandai….selalu beli kan emi jajan…..suka kat Emi…..Selalu senyum kat Emi…..kalau shoping ajak emi……lagi ape ye….bla bla bla semua untuk emi(la…pulak dah…….sampailah kami kat rumah dengan tak terlajak lagi, )

Astaghfirullahhalazim…..mak ni dah tua sangat kah…..sampai babynya dah punya membangun dengan pesat mindanya…jauh juga jurang imiginasinya dengan kakak-kakaknya…..tulah kakak …selalu sangat tengok cerita korea …..adiknya dah teracun mindanya…..kakak dulu tak ada sapa yang meracun. (Malas nak edit. hu hu)

Aku pun tak pernah cerita bab-bab kahwin dengan mak. Adik kecik yang seorang ni pula yang sibuk pasal aku. Alahai.

Khamis, 3 April 2008

OPERA ANGKASA

((Ini bukan rebiu pertama aku. Sebelum ni aku buat rebiu di sini saja.))

Ini buku sangat istimewa sebab ada tandatangan dari penulisnya, Vovin a.k.a Nazri M. Annuar. Kredit pada ini specky uncle sebab dia yang mintakan bagi pihak aku.The he he.



Ini kali kedua Vovin menulis fiksyen selepas Aliya Eliyana. Sah, dia memang suka penyanyi Elyana tu, sebab dalam OA ni pun ada watak nama Ilyana. Ha ha.

OA, kisah survival tentang Arman dan kru Rajawali(kapal angkasa pengangkut barang) di tahun 391 Milenia baru (2600 masehi). Imaginasi penulis memang sangat hiperbola punya jauh, hinggakan planet Bumi sekarang ni pun dah tak wujud. Aku harap novel ini ada sekuel, sebab bab Arman, Faridah dan lain-lain berlawan dengan Batalion askar pelik sekejap sangat. I want more! Yeah!

Rabu, 2 April 2008

Fitna by Geert Wilders

Fitnah? Kepada siapa? Kepada Islam? Maksudnya memang dia mahu memfitnah Islam? The title is obvious man! Kalau dah tajuk pun fitnah, dah tentulah ia tak betul. Apa bengong la ini orang. Kamu tunjuk orang mati bergelimpangan? Itu lagi bangang! (sangat harsh, tapi aku tak tau apa lagi adjektif yang paling sesuai). Di Palestin, di Iraq, di Kosova, yang bergelimpangan itu lagi sadis.

Petikan-petikan ayat Al-Quran itu. Kau tak habiskan pun. Itu, urusan kamu dengan Allah. Tunggu aja balasan dari Dia, ok.

Oh, lagi satu. Terima kasih sebab bagi statistik Muslim yang kian meningkat di Eropah dan di negara kamu. InsyaAllah, statistik itu akan terus meningkat. Jangan risau, eh.

Sekian, entri emosional dari aku. Mahu sambung buat Curriculum Studies pula. ;p


Nota kekakian:

  1. Kredit kepada tuan punya Blue Cube yang seksi untuk video itu.
  2. Aku sudah jatuh crush pada seorang blogger yang sangat kiut dan cool. Ahahahaha