Tempoh hari, ada teman meluahkan pengalamannya tentang konflik yang pernah dia hadapi. Konflik untuk meneruskan pengajiannya atau berhenti. Sedih juga aku dengar. Dia sudah mempunyai diploma dan bekerja lebih kurang setahun. Tapi, dek kerana mengikut kehendak keluarga dan teman sekeliling, dia memohon untuk menyambung ijazah sarjana mudanya di Universiti Selatan ini. Dan kursus itu langsung tiada kaitan dengan bidang yang diambilnya semasa diploma dulu. Dia stress. Lantas dia membuat keputusan untuk menarik diri setelah setahun dia di sini. Tapi, setelah menerima nasihat dari yang pakar, dia tabahkan hati untuk meneruskan juga pengajiannya.
Aku bertanya. Kenapa tak buat istikharah dulu. Dia kata. Aku tak nak apa yang aku mimpi nanti tak sama macam yang aku nak. Oh.
Aku teringat yang Allah telah berfirman:
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Ertinya : “dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)
Kini. Sekembalinya dari Latihan Mengajar semester lepas, dia berminat sungguh-sungguh untuk berkerjaya sebagai pendidik. Alhamdulillah.
Nota kekakian:
- Baru dapat merasai nikmat menjadi pelajar. Sibuk yang amat!
11 ulasan:
wah..sibuk yang nikmat..macam menarik. tapi susahnya nak rasa sibuk sebagai satu nikmat..mungkin ikhlas sebagai ubat..
kala sedang menjenguk jenguk di laman geng jurnal. saya tergerak untuk melihat lihat ke blog saudari.. entri saudari ada sesuatu tentangnya, tentang mensyukuri keadaan sibuk daripada merunguti kesusahan yang dibawa oleh kesibukan itu sendiri. Mungkin saya juga sebagai pelajar, perlu selalu menjadikan diri sibuk, tp saya yakin sukarnya untuk merasainya sebagai satu nikmat.
Saudari, ada orang datang mengadu kepada saya:
"I am quitting the Univ."
I said, "Go ahead."
Dia pun meninggalkan universiti. Universiti bukan fardu ain. Dia boleh belajar dari pengalaman lain.
musafir,
ikhlas berjaga malam untuk mengejar dateline..waktu siang jln senget2..
faizal,
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..huh
saudara tok,
dia juga tentu akan terjumpa dengan hikmahnya di luar sana.
Penyibuk sibuk meyibuk. He he he!
Typo,
*Menyibuk (lagi). ;-)
oh ya.. di blog saya, kamu meninggalkan komen "there are rubik's maniac?" ya saudari, memang ada rubik's maniac dan kami adalah sekumpulan pemain kecil dalam malaysia yang bermain rubik's cube untuk seronok, isi masa lapang, menguji diri sendiri, belajar bersabar atau mungkin sekadar untuk mengkagumkan orang lain :). Kami, sekumpulan pemain yang kecil ini, mengharapkan lebih ramai yang sedia bermain rubik's cube dengan lebih serius, dan kita bisa bina komuniti baru dalam malaysia, sebuah komuniti unik yang bermain dan menyelesaikan rubik's cube.
Kak PY,
sibuk-menyibuk amalan mulia.
faizal,
wow!hebat...majulah rubik untuk negara!
ya, ada hikmah. Percayalah!
ah tok,
percayalah nyanyian ctnorhalijah sedapkan...
hidup mesti terus. yeay!
Catat Ulasan