Semalam, sudah masuk seminggu abah sambut hari lahirnya yang ke-50. Eh, tak sambut pun. Kerana kami sibuk dengan bapa mertuanya yang sakit dan saudara mara yang datang ke rumah. Jadi, sempena hari lahir abah, ini entri khas untuk abah.
- Orang panggil abah Cikgu Nasir atau Haji Nasir.
- Abah dulu Umno, sekarang Pas. ho ho ho
- Abah suka beli kereta atau motor second-hand. Tak tau lah kenapa.
- Abah satu-satunya menantu Jawa atuk. Aku seronok bila abah dan atuk bersembang, dan menantu yang lain tak faham apa yang mereka sembangkan.
- Abah suka kejut anak-anak dia bangun subuh dengan menelefon kami walaupun jauh.
- Lebih senang minta duit dengan abah berbanding mak. he he
- Kalau jalan-jalan dengan abah di pekan, aku selalu stress sebab ramai betul orang kenal abah, dan abah akan bersembang 'tak ingat punya lama' dengan mereka.
- Abah pandu dengan mengikut had laju betul-betul. Kadang-kadang tak sampai had laju itu pun. Tapi abah pernah sekali disaman sebab lebih 5 km/j dari had laju. Nasib badan...
Selamat hari lahir abah.
Dari kami, Nurul Atiqah, Nur Atina, Ahmad Aizat,
Ahmad Aiman, Noor Atira dan Nurul Aimi Anis.
Dari kami, Nurul Atiqah, Nur Atina, Ahmad Aizat,
Ahmad Aiman, Noor Atira dan Nurul Aimi Anis.
5 ulasan:
semoga abah ko panjang umur,murah rezeki..
Cuma orang yang pandai tentang enjin kereta sahaja, main kereta second hand. Abah tentu pandai.
tqa,ni xde kne mengena ngan abah ko.pe kate ko klik kat nama aku ni,hehe..terkejut!!!(surprise!!!)
kak tiqah..!!!waaa...tgk name atina bru tau ni blog kak tiqah..ehehe..lme ta jumpe..sehat..?
dik paan!!!
he...ade tulis name tina ke kat sini..akak sihat..
Catat Ulasan