Ahad, 20 Januari 2008

MISTERI ROTI BERLUBANG


Kami bukanlah pencinta bola mahupun Wayne Rooney. Mungkin ia suatu yang tipikal pada kami, perempuan. ho ho ho
Duduk di kalangan crowd yang sedang asyik menonton dan bersorak. Seronok juga ya. Mereka berbual tentang bola yang sipi-sipi masuk gawang, dan memuji penjaga gawang yang cekap. Tapi kami berbincang sesuatu yang lebih serius dan memerlukan perhatian.
Azie, "Ntah mana satu peminat ManU dengan Madrid la ni kan."
"Eh, bukan Real Madrid lah. Reading." Aku pun baru perasan yang singkatan REA adalah untuk pasukan Reading.
"Ooo, patutlah. Tak glamour rupanya."
Kemudian Azie menambah,"Kalau Writing lawan Listening, nak jugak aku tengok." wa ka ka ka ka

Pada minit-minit terakhir perlawanan, kami akhirnya dapat menyelesaikan misteri roti canai kami yang berlubang. Abang yang buat roti tu tak puas hati mungkin pada ntah-sapo-ntah yang membuat kesalahan atas padang. Dan dia meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mengetuk-ngetuk kaunter roti canai dengan batang sudipnya. "Patutlah roti kita berlubang." ho ho ho

7 ulasan:

rasso berkata...

"mengetuk-ngetuk kaunter roti canai dengan batang sudipnya"

Hahahaha... kelakar sungguh abang ittew.... kedai roti kat mane yang bikin roti kamu berlubang tue?

AtiQah berkata...

rasso,
alah, abang di kafe atas bukit sana, SuB...huhu

Tok Rimau berkata...

Apa la tengok bbola yang tak berpekdah tu.

Layan wrestling la. Baru best. Kan?

rasso berkata...

atiqah,

sudah berapa semester tidak menjamah makanan di kafe sub tu.... uhuhuhu....

AtiQah berkata...

tok,
eee...saya tak sukalah wrestling. ganas!

rasso,
rugi wo tak makan di kafe sub.

azie berkata...

haah,berlubang2..rugi je bayar 70sen..patutnya bayar 50sen je sebab lubang tu agak besar.

AtiQah berkata...

azie,
mutut2...saya sutuju...