Sehari sebelum 1 Muharram, aku ke Plaza Angsana. Dalam beg tangan aku bawa bersama Al-Ma'thurat sebab nak baca doa akhir dan awal tahun, takut tak berkesempatan balik ke hostel.
Semasa menunggu sahabat yang lain bersolat, aku nampak beberapa orang anak gadis masuk ke surau. Salah seorang daripada mereka, tak bertutup rambutnya.
Setelah selesai bacaan doa awal tahun, dan sambil menunggu Izzati, Azie dan Siti bersiap, gadis yang tidak bertutup rambutnya itu mendekati aku.
"Kak, boleh pinjam sekejap tak?' katanya sambil menunjuk ke arah ma'thuratku. "Oh, boleh, boleh." Lantas aku berikan pada dia.
Dia duduk bersama rakannya, menyarung telekung dan membaca doa awal tahun, di'amin'kan oleh rakan-rakannya.
Aku tersenyum hingga ke telinga... =)
Nota kekakian:
1. Ini entri tahun 1427 dari Friendster Blog aku. Sehari sebelum tahun 1428.
1 ulasan:
Selamat Tahun Baru :D
Catat Ulasan