Aku tak tahulah. Tapi motor shizuka smash aku macam tahu-tahu yang aku cerita pasal sang kancil semalam. Betul. Aku rasa dia tahulah.
Tadi aku jenguk dia sebentar nak tanya khabar dan panaskan enjinnya. Khabar fizikalnya baik, sebab aku selimutkan dia. Tapi bila aku cuba nak hidupkan, dia tak mau! Aku cuba, lagi dan lagi. Dengan metod yang pelbagai. Aduh, shizuka ku sayang. Kau merajuk ya?
Bukan aku tak mahu bawa kau jalan-jalan. Tapi monsun di negeri Selatan ni tak berapa elok untuk kau. Janganlah merajuk. hu hu hu...
Oke, malam nanti aku bawa kau jalan-jalan ya? Eh, selepas laporan Studi Kurikulum aku siap. Aku janji!
Nota kekakian:
1. Saya perlukan tips untuk pujuk shizuka saya. hu hu hu
1 ulasan:
ko try kaedah kite dulu..tolak dan start,haha..teringat kat ktf dlu.org ajar laen.laen yg kite buat kat c70 ko dulu,haha
Catat Ulasan