Selasa, 8 Januari 2008

HAK ASASI MANUSIA

Lokasi: C13 113

Dr H kata, anak beliau sedang buat tesis tentang 'human rights'.
Dulu,beliau bercerita berpandukan tesis anak beliau, ada kes di YuEsA. Sepasang ibu bapa black-american pernah menyaman sekolah anak mereka.

Sebab, sekolah menyebabkan anaknya gagal dalam belajar kerana pihak sekolah menggunakan bahasa Inggeris yang tidak sama atau berlainan dengan bahasa Inggeris yang digunakan di rumah. Ini melanggar hak asasi manusia kerana anak mereka terpaksa menggunakan bahasa yang lain daripada biasa. Kau tau kan bagaimana bahasa Inggeris mereka?

Dan ibu bapa itu menang. Lalu pihak sekolah bertanggungjawab untuk menukar cara penyampaian mengikut kesesuaian anak itu.

Lantas Dr H kata lagi. Dan bagaimana pula dengan anak-anak kita? Bukan bahasa Malaysia yang berbeza. Malah memang bahasa yang berbeza. Itu kalau mengikut prinsip sosiolinguistik lah. Kalau.
huhu

Tiada ulasan: