Khamis, 10 Januari 2008

CERITA DARI RUMAH

Lokasi: Rumah. Sabak Bernam

SMS dari Mak Long: Mbah Lanang coma.

Pak Long nak blk kpg skrg. Pls call back imdtly.

Aku baru habis kelas, dan bersedia untuk ke makmal computer semasa aku terima SMS dari Mak Long. Lantas aku telefon Mak Long dan beritahu dia, aku nak ikut. Dalam bas untuk balik ke kolej, hati aku tak tenteram betul.

Setelah setengah jam aku tunggu, Pak Long dan Mak Long sampai. Kemudian kami terus ke Benut, untuk mengambil sepupu aku, Amin dan Alif dari asrama. Kami makan dan sembahyang sebelum naik ke Lebuhraya PLUS menuju ke kampung.

Kami berdoa awal dan akhir tahun dalam perjalanan. Dan masa yang selebihnya aku bunuh masa dengan mengkhatamkan Ayah Kita Bos, K-8 dan tidur. Kami tiba di rumah aku pukul 9.30 malam. (Rumah aku jadi tempat berkumpul sebab lebih dekat dengan Hospital Sabak Bernam, atuk aku ditempatkan di situ.) Wohooo! Banyaknye kete! Dan malam tadi sembilan daripada 10 adik beradik mak menginap di rumah aku. Tambah lagi Tok Busu dan Tok Iti sekeluarga. Macam kenduri kahwin, abah kata.

Bila dah berkumpul, keluarlah kisah pasal atuk aku. Tak tau lah kau orang percaya ke tak, tapi punca beliau sakit, sebab ada jin kacau beliau. Atuk aku bukan bela saka ke apa, tapi dari mak aku kecil-kecil dulu, memang ada seekor jin ni suka kawan dengan atuk aku. Jin tu Islam. Nama dia Syukur, mak kata. Tapi sejak masjid di kampung tu di’renovate’ oleh orang bukan Islam, Syukur hilang ntah ke mana.

Pertengahan tahun lepas, Syukur(atau mungkin suku sakat dia) datang semula pada atuk. Kau tau macam mana perlakuan seseorang tu bila dimasuki jin? Macam tu lah atuk. Suara dia lain, dan perlakuannya jadi kebudak-budakan. Tapi jin bongek tu dah silap. Atuk aku dah sangat tua untuk dia main-main. Atuk dah tak kuat nak lawan. Ingatkan lepas kejadian tu, atuk dah oke. Rupa-rupanya, Isnin lepas jin bongek tu datang lagi. Masa tu atuk sangat-sangat lemah. Dia terkena diarrhea, kurang gula dalam badan, dan sebelum tu dia disengat oleh penyengat. Pak Lang sempat rakam minit-minit atuk diganggu. Aku tak sampai hati tengok rakaman tu. Jin bongek!! Aku menyumpah dalam hati.

Selasa malam Rabu, selepas dia berhempas pulas dengan jin bongek tu ( selepas Isya’) dia tak sedarkan diri sampai tengah hari. Orang kampung bawa dia ke hospital. Dia kurang gula.

Sekarang atuk di Hospital Sabak Bernam. Kejap lagi aku nak melawat dia. Aku nak mintak tolong kau orang doakan atuk. Aku sayang sangat kat dia.

5 ulasan:

rasso berkata...

Erm... carikan minyak zaitun... kalo Jin tu kacau lagi...

azie berkata...

minyak zaitun tuh nak diapekan?makan?sapu?explain sket..btw tqa,kami kat cni sentiasa doakan atuk ko cpt2 sehat semula..jin tu ske kat atuk ko kut.tp cara dia dah salah,maklumlah,jin punye adab xsame cam kite manusia ni,hehe.bykn doa k..

Tok Rimau berkata...

1. Tok doakan utk embah lanang engkau itu.

2. Utnah pesan, jangan takut. Orang Islam tidak boleh takut dengan makhluk.

A t i Q a h berkata...

rasso,
ye la..minyak zaitun tu nak diapekan lepas kita cari?

azie,
doumo arigatou...huhuhu

tok,
1. doumo arigatou juge.
2. oh, utnah dah ikut pesan orang tabligh yang buta itu ya.

rasso berkata...

Ermm.. if jin tu merasuk... ada pengamal perubatan menyuruh orang yang dirasuk meminum minyak zaitun tu... (pastikan minyak zaitun yang pure)

Bersandarkan pada surah at-tin...