Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.
Oke. Sebelum mula. Biar aku war-warkan ini tag yang berasal dari fesbuk. Mula-mula, Enchek OP yang tag. Kemudian, bila Kak Nawwal tag juga, kita panggil double tag. Dan seterusnya bila Cik Amna, dan Cik Famia juga mentag, saya sudah mati akal ia jatuh ke tahap kategori apa. Quartiple bolehkah?
Double oke. Sebab entri ini akan diauto-terbitkan di fesbuk. Maka, tak salahlah kalau saya menyelam sambil minum air. Atau membunuh dua burung dengan satu batu. Atau terbang sambil makan dan minum. Eh?
Triple oke. Mari kita teruskan.
- Seorang kanak-kanak yang gemarkan warna secara banyak (warna-warni). Apabila sudah memegang jawatan sebagai seorang remaja, saya telah menspesifikasi kan warna kegemaran saya kepada warna hijau.
- Gemar mengulum makhluk yang berunsur plastik. Contohnya, bila habis makan Choki-choki, pembungkusnya pun boleh dibuat bahan kuluman. Dan sekarang saya sedang mengulum pencungkil gigi.
- Majoriti kasut dan sandal adalah bersaiz lapan.
- Kadang-kadang rasa diri sangat ramah. Kadang-kadang diam dan sopan. Kadang-kadang boleh juga rasa diri sangat sombong. Krisis apakah itu? No idea.
- Suka perkara yang berelemenkan kentang. Kerepek kentang, kentang goreng, kentang masak merah, kentang rebus separuh masak dan lain-lain. Kentang masak lemak juga boleh.
- Suka kira gigi sendiri pakai lidah.
- Salah satu senarai cita-cita di zaman muda-muda adalah ahli bomba.
- Ada satu tabiat dari kecil yang sudah semacam permanen. Iaitu, bila khusyu' menonton tivi, kepala akan jadi teleng. Dapat bayangkan kah? Ha ha ha.
- Mula memandu motosikal secara solo semasa umur 10.
- Pada umur 11, pernah terlibat dalam perlumbaan motosikal secara berduet sewaktu menunggu guru tusyen malam kami sampai. Itulah, siapa suruh cikgu tusyen datang lambat malam tu. Kami kan kanak-kanak aktif.
- Esok paginya, kami yang terlibat kena marah waktu perhimpunan. Sudahlah bising. Ganggu orang kampung. Lesen cap ayam kepak madu pula.
- Dalam beberapa kali percubaan menderma dara darah, empat kali daripadanya telah disampahkan kerana kadar hemoglobin rendah.
- Rindukan anak-anak kucing di rumah. Anak-anak kucing di rumah juga rindukan saya. Pasti. Haha.
- Baru nombor 14 ke. Bila nak sampai 25 ni?
- Masih ada berpuluh-puluh keping syiling satu sen yang sudah tidak laku. Ada sesiapa pengumpul syiling lama di sini?
- Pengguna setia pendrive berkapasiti 256 MB. Sayang oh.
- Kekunci ({/[ ) di atas kibod saya sudah musnah gara-gara Emi yang waktu itu mengamukkan abangnya. Bak kata pepatah, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Nasib baik dia tak bakar kibod saya. Haihhh.
- Suka menyimpan item yang saya rasa perlu tapi sebenarnya tidak. Protektor contohnya. Walhal, zaman penggunaan protector sudah ditinggalkan empat tahun dahulu.
- Lagi enam perkara nak sampai 25? Apa lagi nak letak ni.
- Oleh kerana saya tak suka tauge, saya mahu suami yang suka makan tauge. Nanti kelihatan macam romantiklah bukan main pindah-pindah tauge dari mangkuk ke mangkuk. Ha ha ha.
- Lagi empat. Oke.
- Kadang-kadang, suka fikir secara minimum. Kadang-kadang juga suka fikir secara hiperbola. Fikiran juga kadang-kadang diletakkan ditempat yang tak sepatutnya. Astaghfirullah.
- Bila buat ujian personaliti tempoh hari, hasil ketidakjujuran adalah setinggi enam puluh peratus. Saya adalah orang yang tidak jujur secara sederhana. Mungkin maksudnya itulah.
- Berdoa supaya Allah pelihara ummat Islam di setiap tempat dan sepanjang masa.
- Harus tidur sekarang untuk pastikan keadaan tubuh berada di tahap yang optimum esok pagi supaya permohonan saya untuk menderma darah tidak disampahkan.
25 perkara rawak sudah selesai. Terima kasih. :)
22 ulasan:
hoi hoi.
tak adil ada yang tak isi,ahaha
abang OP ada tag ai juga. tapi ai buat2 lupa,ahaha
atiqah : huhuhu.. mahu derma darah?? selamat berjaya... lepas derma makan kerang manyak-manyak okies.. huhuhu
nombor doplohsatu lu ngelat. mana aci weyh!!
kehkeh
ni tipu ni tiqah!!
ni 24 jek
ok..tu tadi aku baca sakali lalu je.
lepas 2 3 kali lalu,gila banyak ko tipu weh!!
huhu
derma darah katne??
hemoglobina rendah??
uhuks
Dema darah kat mana wei??
nombor 6 dan 7 sangat comel lah tiqah. hehehe. mahu jadi bomba ye. kira seangkatan lah dgn diya. diya ada gak cita2 nak jadi polis. ekeke
me pon dah buat one uoolsss.. ehehe
hhahaha..bomba?skang dh jadik cekgu pun.hahaha
waaa betullah sekarang musim tag. memang macam musim, bila takde, langsung takde. bila ada, semua pakat-pakat buat. haha!
no 4 tu nama dia krisis hormon. ha ha. aku pun selalu begitu.... :)
.
merujuk no 6
takkan ko nak kira gigi azie kot..
huhu
pegerakan rawak brown
kasut kita sama saiz, cuma kadang saya kena pakai saiz sembilan... :)
Kenapa 25. kenapa tak 27? Musykil sungguh saya.
hu hu hu..i rasa kalau u dpt jadi bomba, mesti tkde kebakaran;)huhu..
yang, ajar ckit cmne nak kira gigi guna lidah..cm menarik je..huhu
satu soklan:
pencungkil gigi tu plastik ke?
*grin
no.20
cinta TAUGEH heheeehe :P
pe kate awk pegi pasar je..
kot2 ade jumpe time pilih taugeh tuu..
Azie,
ada aku kisah? HAHAHAHAHA.
Kak Fila,
owh. Masih tak berjaya hari ni. Sigh.
Paiseh,
fuh. Nasib baik lu nampak nombor 21 ja. HAHA.
Ielah,
fuah! Rajin gila baca 2-3 kali. Haha. Tadi kat DSI. SAbtu ni di K9. Mari-mari! Err..tapi ko cukup berat ke? Hua hua hua.
Zara,
baca jawapan di atas. Jom lah sayang, Sabtu ni. Huhu.
Diya,
nombor je ke comel? Ai tak comel ke? Hahaha. Kidding kidding. =P
Me,
bagussss gitu En_me ittew.
Kdee,
hahah. Mulia tak? Mulia tak? ;p
Addy,
biasalah. Macam musim hujan juga. Eheh.
Kak Tasik,
woh. Aku tak bersendirianlah ni ya kak. Hihi.
Ielah lagi,
hahahahahah. Tak koser mak. :P
Yazid,
apa kena mengena asap dengan entri ini? Haha.
Kak Sas,
wah. Nanti senang la akak nak hadiahkan kasut kat saya. Hehehe.
Kang JP,
25 angka kegemaran saya. Manakala yang 27 itu kegemaran anda. Hehe.
Ina,
nak ai ajar yu? Senang je. Rasa gigi tu dengan lidah. Tapi ai nasihatkan yu supaya berhati-hati. Nanti lidah tersangkut kat besi-besi tu. Hua hua hua.
Inna,
iye. Percaya tak? Eheh.
Shino,
baik saya kawen dengan peniaga tauge. Wakakakaka.
sbb itu kau tak jdi bomba atiqah. Kalau kau ahli bomba skang, pasti emi dah bakar kibod kau.
Catat Ulasan