Selasa, 10 Februari 2009

Cara Hidupkan Lampu Tanpa Tekan Suis

Bayangkan jam menghampiri pukul tujuh malam. Anda berada di dalam bilik dan suasana gelap. Anda mahu hidupkan lampu bilik. Dan. Tahukah anda, bagaimana mahu menghidupkan lampu bilik yang sejauh dua meter dari tempat duduk, tanpa bangun dari kerusi?

Saya ada caranya.

Mula-mula kita periksa pada IM untuk pastikan jiran sebelah atau depan bilik kita online. Kemudian, kita buzz dia, atau untuk lebih sopan, berilah salam.

Dan mulakan konversasi seperti ini:

atiqah:
zie..

azie:
awat?

atiqah:
bukak kan lampu bilik aku
tak sampai la
hohoho

azie:
gila pemalas
ni manusia ke jembalang ni

atiqah:
uu~~
tolong la
tangan aku tak sampai

atiqah:
adeh
nak taip pun susah ni
tak nmpk kibod dah

azie:
kronik tu
lagi 3 jumaat
ahahha

atiqah:
lampu....

(Ini hanya contoh perbualan saya dan jiran saya. Mungkin anda boleh ubah suai perbualan di atas dengan jiran anda.)

Selepas beberapa saat, jika jiran anda sayangkan anda, pasti dia datang. Percayalah, teknik ini berhasil.


Tapi akhirnya aku terpaksa juga bangun untuk beri Azie masuk dan bukakan lampu. Sebab aku lupa pintu bilik aku berkunci. Haha.

19 ulasan:

azie berkata...

ha ha ha

ko memang jembalang tanah,ahahaha

tak baek amik kesempatan ke atas kelemahan aku yang mudah kasehan ini.

addyaholix berkata...

anak dara tak baik malas-malas!

paiseh berkata...

gua pikir2 balik, romantik jugak gurau pesen nih. hihihi..!!

zino berkata...

nasib baik ada jiran yg baik hati hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe...

aku nak try la tiqah..

tapi sebelah bilik la...

hahaha~

Encik Shino berkata...

weyy.. korang ni kena pakai remote ah hahaha

gile best ayat azie:

"gila pemalas
ni manusia ke jembalang ni"


haha

.ieLah. berkata...

boleh tahan pemalas la...
ko boleh soh aku plak ke tlg pasni
huhu

Kapten Luffy berkata...

jom lah kita berjiran... lalala

Tanpa Nama berkata...

hahaha...
boleh guna jugak lah taktik ni..
tapi tak nak suruh jiran bukak kan lampu..
nak suruh dia basuhkan baju..
agak-agak dapat tak?
hehe :P

Tok Rimau berkata...

Unta padang pasir pun tak malas macam gini.

kdee berkata...

ni sah2 buntut mlekat suda ngn krusi.hehe

Yazid Husain berkata...

wah automatik sungguh

Lily Abdullah berkata...

Bagaimana jika jiran anda juga seorang yang sangat 'hampes' hahaha!

sweet Azie. Kak Tasik mesti buat menantu ni hahahh! :P

azie berkata...

kak lily, menantu macam over gitu. adik2 ipar boleh kut,kah kah kah

Yana Ismail berkata...

ha ha ha..kt i tkleh try..i kt tingkt ats ;P

A t i Q a h berkata...

Azie,
naseb baik aku tak nangis golek-golek. Kalau tak, memang tujuh tahun berturut-turut ko kena bukak lampu bilik aku. HAHAH.

Addy,
ni bukan malas. Ni nak bermanja-manja. Thehehe.

Paiseh,
genre romantik ganas namanya. Haha.

Zino,
sebab jiran dia pun baik hati. ;P

Zara,
hahah. Suruh Sab hidupkan lampu study ko la.

Shino,
remote dah ketinggalan zaman bang. Kitorang pakai mulut ja. Hahah.

Ielah,
seriously? Wah..terharu ai. =P

Luffy,
wu~~ Ko nak kena saman dengan kolej apa. Kolej kami kolej gadis-gadis ja. Hahah.

Cik Sue,
haa. Yang itu, kalau nak suruh, kena sediakan tips dalam lebih kurang RM50 tu. Kikiki.

Tok,
unta-unta jangan cakap haaa.

Kdee,
hahahahaha.

Yazid,
automatik dan penuh belas kasihan.

Kak Lily,
wo. Kalau dapat yang 'hampes', tumpang lalu je la kak. Ehe.

Azie,
tengah bayangkan ko dengan MC duduk atas pelamin. Hua hua hua.

A t i Q a h berkata...

Ina,
u kan ada hubby u kat atas. Chewahh.

filanastasia berkata...

atiqah : best best.. sgt best ok... tapi sgt tak bleh blah lupa pintu kunci tu.. apa kes.. wakakakka

t.a.t.a berkata...

hampeh kau Qah!
Qah, kau hampeh!
Kau hampeh Qah!

silih pilih antara di atas.