Rabu, 11 Februari 2009

Tiada yang Ke-2

Kali pertama aku menghadapi berita kematian seorang rakan baik, adalah sewaktu aku di tingkatan empat. Shahrizal nama allahyarham. Tapi kami panggil Ijal je. Ijal kawan sekelas dari sekolah rendah, hingga kami masing-masing berpindah selepas tingkatan empat.

Berita pemergian dia aku terima semasa aku di sekolah baru. Dalam kelas. Selepas beberapa hari beliau pergi, baru dapat berita tentang arwah. Sebab aku tinggal di asrama. Air mata terus saja menderu-deru selepas aku terima berita pagi tu.

Detailsnya, lemas. Dekat air terjun di Kedah waktu perkhemahan. "Arwah nak selamatkan kawan dia. Kawan dia selamat, tapi arwah tak." Tambahan berita dari kawan aku di kampung. Menangis dalam kelas. Lepas tu aku tak menangis dah.

Sehingga tahun depannya. Sewaktu perkhemahan unit beruniform di Taman Negara, Pahang. Salah seorang ahli khemah hampir lemas dibawa arus, semasa kami bergelak-tawa mandi di sungai. Cemas.

Tapi masa kejadian tu, aku cuma terduduk kat tepi sungai dan terkaku. Diam, dan tengok saja. Berjaya saja dia ditarik dari arus deras tu, air mata aku jatuh selebat-lebatnya. Dalam kepala aku cuma ada. Tuhan, janganlah ada Ijal yang kedua.


Nota tambah:

Takziah pada Cik Munh dan kawan-kawan atas kehilangan sahabat tersayang baru-baru ini. Al-fatihah untuk kedua-duanya.

22 ulasan:

pandagumuk. berkata...

terima kasih tiqah :/
no other words dah.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Takziah buat Cik M.

Moga roh kedua2 Allahyarham dicucuri rahmat.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

P/S: Ustaz kata, kalau kita nak orang yang kita sebut2 sentiasa didoakan bila kita menyebut nama dia, gunalah perkataan "Allahyarham" bukan "Arwah" je...=)

Tanpa Nama berkata...

just lost a friend too from mrsm days two days ago.dapat berita dia coma pagi tu,took time off rush to hosp sg buloh but he's gone about 5 minutes before we arrived,terkedu sekejap...anyway semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka.al fatihah...

en_me berkata...

takziah n thanx cek tiqah tewww..

Yazid Husain berkata...

al-fatihah

azie berkata...

al fatihah

Yana Ismail berkata...

Takziah...

Al-fatihah~

Pocket berkata...

alfatihah,

pocket pernah jgak hampir mati lemas, duk merapu ngan filantera at a shallow area just near the edge of a deep hole, pocket tergelincir dan tenggelam,
cuba jgak nak timbul,
tp tak leh... tak pandai berenang.
cuba lagi sampai penat...
dan pocket give-up,
biarkan jer 'antu air'tu tarik masuk bawah (water current actually)

ada different feeling tgk cahaya matahari dari bawah air sambil terbayang kan idup kita yg pendek tu (Lapan tahun)
Macam mana la pengalaman diorang yg bebetul didnt make it to the surface tu kan?
the pain...

Alfatihah skali lg.

Cikgooden berkata...

al=fatihah...
oh!..ni la org yg selalu disbt2 lily n razak..he he he..

Adry berkata...

Innalillah.... moga tabah yerr

Kapten Luffy berkata...

aku pun pernah lemas... member semua ketawa jer... huhuhu

inna hayati berkata...

lemas...memang tak dapat bayang...
arwah abang saudara juga meninggal dunia lemas dalam tasik...

Alone berkata...

Innalillah. Salam takziah.

filanastasia berkata...

atiqah : salam takziah.. al-fatihah untuk mereka...

tasekM berkata...

alfatihah.

addyaholix berkata...

salam takziah.
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

arsaili berkata...

salam ...Al Fatihah...

Tanpa Nama berkata...

sudah 2 org kawan sy kembali ke Rahmatullah...stp kali tu la sy terkesima..terfikir tentang perjalanan mereka slps itu..perjalanan sy jgak nnt...

SeRiaB berkata...

Salam takziah..

Al-Fatihah

Gx berkata...

kangen karo bekas mambang yo...

Blogger berkata...

inna lillahi wa inna ialihi rajiun
takziah