Rabu, 4 Februari 2009

Petua Sembuhkan Sakit Leher : Sesi Bersama Penulis Jemputan

Wah. Tajuk di atas sangat berbunyi majalah.


KOMA.


Entri petua sebelum ini menghasilkan buah pertanyaan yang pelbagai.

Oleh kerana petua tersebut diberikan oleh eks-rummet saya merangkap jiran depan bilik merangkap sahabat sekelas dan terperangkap dalam Tapak Sulaiman (Gila pangkat betul penulis jemputan ni. Haha.), maka beliau telah dijemput untuk menjawab komen-komen tersebut.

Peringatan: Jawapan-jawapan adalah dalam nada serius. Sila tunjukkan muka serius apabila membaca. Ini serius.


::----------------------------------::


Oleh kerana saya yang bagi petua tu, mari saya jawabkan.


  • Dari Kelambu : brapa libasan baru nak ok? 100? 200? haha..
J : Libasan bergantung kepada jenis kekerasan kepala anda. Kalau anda kepala keras kepala macam batu ada duduk dalam, saya bagi 100 kali. Ok?
  • Dari Ct: huish.. aku nak try gak la..

J : Berhati-hati jika melakukannya. Takut anda pula yang dilibas oleh rakan anda kerana dia mungkin terkejut dengan libasan anda itu. Gud luck dengan petua itu.

  • Dari Kak Tasik: bawak bantal tu masa maskara esok. bab2 melibas ni aku pun bulih tolong. hahaha...

J : Kalau tunggu time maskara, bantal dah hilang panasnya. Sakit Tiqah pun dah hilang. Lagi pula, tak mungkin kita boleh berpillow fight di khalayak ramai, kan? Kita book bilik utk buat pillow fight sesama kita.

  • Dari Shino: dengarlah petua merepek azie tu hehehe kalau tersalah ckp nak jemur ape? tanya azie blh tak? hehe
J : Kalau salah cakap, saya boleh tolong cilipadikan mulut tu. Tak payah jemur- jemur cili tu. Tumbuk lumat-lumat je. Mau try, silakan cakap benda-benda salah dekat saya. Contohnya macam awak cakap petua saya ni merepek. Itu kira salah cakap dah tu.
  • Dari Garam : errr...dua gadis buat pillow fight?? kat mana? gua tido berbantal lengan je..amacam?
    mau kena libas juga?

J : Kalau awak berbantalkan lengan, maka jemurlah lengan anda sehingga suam-suam kuku, kemudian lempang laju-laju muka anda sendiri. maka akan sembuh penyakit anda.

  • Dari Paiseh: woh..! mana punye petua lu pakai nih..??

J : Tiqah pakai petua daripada mak kepada NURUL AZIE YANTY BT MD YUSOP. Sebarang kemusykilan boleh email saya. Sebarang surat menyurat dan mengurat tidak akan dilayan.

J : Boleh join kalau nak.

  • Dari Azhar Ahmad: Ehhh bukanke, kena ketuk kepala ke kaki katil?

J : Itu kalau katil ada kaki. Kalau takde macam mana? Hantuk kepala ke dinding? Jemur tilam dan hempuk ke leher? Sila cuba satu persatu kaedah yang saya sebutkan tadi.

  • Dari Yazid: main libas-libas bantal. bestnya

J : Ya. nanti boleh try dengan isteri anda. Kalau baru kawen boleh baling bantal, jangan lama-lama baling pinggan mangkuk pulak.

  • Dari Aie Akaike : cam best je kena libas ngan bantal!

J : Jangan mintak penyakit. Kalau tak sakit jangan saja-saja libas diri sendiri dengan bantal. Itu cari penyakit namanya. Janganlah susah payah sebab nak test keberkesanan petua saya ini.

  • Dari En_Me: ammvoiii, libas libas sayang gittewww..

J : Tak boleh libas dengan kasih sayang. Kena libas dengan niat mahu membuang penyakit. Bukan untuk lepas geram kat member.

  • Dari Kdee: libas jgn tak libas.hihi

J : Nak try kena libas dengan saya?

  • Dari Tok Rimau: Ajaran sesat tu. Sepatutnya libas dengan kaki katil. ha ha ha.

J : Takkan nak cabut kaki katil tu? Janganlah sebab sakit leher, kaki katil jadi mangsa.

  • Dari Ielah: abes aa yu..azie akan menggunakan kesempatan sepenuhnya.haha

J : Tidak ielah. Saya tidak akan menggunakan taktik kotor untuk membalas dendam terhadap Tiqah. Sebagai anak Jawa, saya akan bermain secara adil dan saksama. Tak mainlah pukul-pukul curi ni.

  • Dari Aunty Nadine: kena jemur bantal tahulah tapi kena libas tak tahu pulak...hah baik-baik...
J : Mak saya buat kepada saya, dan ianya berkesan. Mungkin berkat tangan mak yang penuh kasih sayang. Dan saya percaya dengan berkat tangan saya yang penuh kasih sayang juga, disertakan dengan izin tuhan, petua itu boleh berkesan.
  • Dari Princess Liyana: huhuhu..i pun boleh tolong libaskan? ekeke.. nak..esok i libaskan ek ;P uhuhu

J : Boleh. Tapi kita tak boleh serentak libas Tiqah. Nanti patah leher dia, siapa nak jawab dekat pak cik Nasir?

  • Dari Zara: hehehhe... sila senyum sebelum dilibas sayang~

J : Kalau secara tiba-tiba dilibas, mana mungkin Tiqa sempat senyum. Tapi takpe, saya akan libas semasa Tiqah sedang tersenyum menonton Matsumoto Jun.

::----------------::


Kesimpulannya : Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari saya, walaupun hakikatnya dua-dua itu dari Allah jua. {^_^}

16 ulasan:

Rajuna berkata...

banyakkan bersabar.
atau saya yang perlu bersabar?

Amyz! berkata...

hahaha. kesian yang sakit2 dilibas2. :D

.ieLah. berkata...

wehhh..
gile saket perut sial ai bace ini..
tak dapat bayangkan kalo secara live.
mesti i gelak guleng2..
huah!

.ieLah. berkata...

eh2!
plus++

azie gila kuasa..
ni blog sapa nie??
haha

nnti ai jemput u kat blog ai plak la cik azie

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Pening kepala... Kena libas secara tidak disedari kot..

A t i Q a h berkata...

Bang Juna,
sabar itu separuh daripada iman.

Kak Amyz,
mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Hoho.

Ielah,
op op! Jangan jatuh katil oke.

Ielah lagi,
ini kolaborasi namanya. Ehe.

P/S: Betul tak aku cakap, hadiah tu cantikkan??? :D

Sir,
Adel libas you masa you tidur kot. Hahahah.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehehe~

walau!

best la entri nih...

patut ke kata sila cium bila melibas?

ada bunyi2 eksotik ker?

hahaha~

paiseh berkata...

gua tak tau nak reply ke AtiQah ke tapak sulaiman nih...

gua nak kolaborasi gak laa.. bleh??

A t i Q a h berkata...

Zara,
ha? Kau nak cium sapa pah oi. Haha.

Paiseh,
lu boleh buat gabungan. AtiQah Sulaiman. Atau Tapak Atiqah. Misalnya. Hak hak.

AieSha berkata...

nak libas baik bas la!

.ieLah. berkata...

sangat!!
oh oh~!
=)

Lily Abdullah berkata...

Apa pulak libas-melibas dan jemur-menjemur ni? Untuk kak lily semua tu petua menipu.

Betul kata tok R-ajaran sesat tu.

hahahah!

Tapi kak lily sakit sejak azali lagi.tak tau ler kut petua tu berkesan untuk orang yang baru sakit macam tiqah.

tasekM berkata...

kejap. ni dah baik ke blom ni? kalau blom, akan ku libas juga di maskara esok ni.... ha ha.



.

azie berkata...

kak waterlily,
petua tu bukan petua tipu.at least saya pernah cuba sejak dari kecil dan memang berkesan.

diharap jangan gunakan perkataan "menipu" itu.cari perkataan lain yang lebih sesuai. mungkin boleh cakap "petua yang tak pasti keberkesanannya".

terima kasih.

Yazid Husain berkata...

nanti aq usahakan. ha ha ha

Azhar Ahmad berkata...

Saya sudah cuba cara cara tu dgn kucing saya. Nampaknya kucing saya menggaru manja dgn kuku yang tajam. Dia mungkin merasa kenikmatan yang luar biasa. Tima kasih penunggu gua.