Ahad, 2 November 2008

BULAT JANGAN DISANGKA... (Kisah Ramadhan)

Untuk buka puasa hari ini Pipah ajak Mimah ke AdanW. Restoran makanan segera yang ada beruang besar itu lah. Mimah tak pernah pun masuk restoran AdanW. Tapi, sebab nak mencuba, Mimah ikut juga Pipah masuk.

Giliran Mimah sampai. Makanan yang serupa cincin besar-besar tu macam sedap. Dalam hati.

"Kak, nak sotong goreng tu ye," Mimah, pada kakak di kaunter.

Kakak di kaunter, "Apa dia dik?"

Pipah tarik tangan Mimah, "Wehh, itu kentang gorenglah! Bukan sotong."

"Oh. Aku ingat sotong!" Muka Mimah dah blushing-blushing kucing.

Sejak hari tu Mimah belajar ada makanan yang namanya curly fries.


***************

Tiga haribulan sampai 15 haribulan ni, saya ber'periksa' akhir semester. Mohon doa kalian ya. =)

36 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Pertamakah kita?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Okay...

Sudah pertama...

Alahai...

sotongkah?

walhasil juga jika dapat sotong...

Best2...mau jugak...

hehehe

azie berkata...

kah kah kah kah..aku lah gelak paling dahsyat bila dengar cite ko tu..

Yana Ismail berkata...

nasib baik tak guling2 gelak dgr cite u..hihi;)

alaahai.takpe.pasni seumr hidup dia akan ingat apa itu curly fries;)

Tanpa Nama berkata...

waahhh....A&W jual sotong goreng....menarik..hehe

nway...wish u alll da best n try all out k~

pandagumuk. berkata...

kesian mimah..gud luck babe! ;)

filanastasia berkata...

atiqah : selamat menempuh periksa ya dear...

Thenadi berkata...

oh. tah pepe2 tah minah tu. haha good luck

Abdullah Mohd Nawi berkata...

wow...
sotong goreng sedap tau... ;)

Good luck for ur exams

ckLah @xiiinam berkata...

Cam kenal je pipah dan mimah tu...he...he...he...


Good Luck!

Encik Shino berkata...

gud luck... :)

Unknown berkata...

kawan sya x leh sebut french fries.. sudahnya dia sebut fres fres.. haha!

Pocket berkata...

pocket pun tak pernah!!
so maybe pocket pun akan menyangka benda tu sotong goreng!!
ahahahah!!

eh kenapa ramai sangat yg amik xm dua tiga ari nih.
IPT tgh musim ker?
anyway... doakan anda berjaya yer.
bleh bawak masuk 'sotong' goreng tu dalam dewan peperiksaan tak?eheheh

Lily Abdullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lily Abdullah berkata...

Ala cakap ngan Mimah sotong pun sotonglah..er..yg kat piza hat tu sotong kan Pipah? kak pun kurang arif ngan fast food nih hahaha!

Rajuna berkata...

sabau je la.

tasekM berkata...

tak pe. belajor dr kesilapan..





good luck darling... :)

AL-BIMA SAKTI berkata...

semoga akan dipermudahkan segala hal... dan selamat berjaya...

Unknown berkata...

Salam,

Aku doakan ko mudah ber periksaan...
he he he....
buat yang terbaik sis.

theblabber berkata...

good luck ber"periksa"

en_me berkata...

good luck my dear.. ahaks

Chuckiesd berkata...

selamat menjalani peperiksaan...good luck

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kat situ Rut Bir dia saja yang bisa membakar nafsu saya. Ha ha ha!

Selamat berjaya!

Tanpa Nama berkata...

hehe...
bila baca entri ni baru perasan...
curly fries dia memang ada rupa sotong sikit2..


good luck in ur final!

Sir Pök Déng berkata...

Aku juga also wondering wadda hell menatang curly fries masa aku miskin dulu.

Sekarang dah kaya, so dah pandai order 'curly fries' satu!! Lengkap dengan slang Texas. Aku lelaki bermuka coklat makan makanan orang puteh. Like I care.

addyaholix berkata...

baba suka sangat lauk sotong.
mak ngah cakap paling senang bersuamikan baba.
sebab menu baba tak perlu yang lain kalau ada sotong.

nota : baba bukan ayah aku. baba cuma manusia di sekeliling aku!

Isdaniya berkata...

eida pun suka sotong goreng kat AnW tu.. sedapp...
Selamat berjaya!

Luth Textile berkata...

ada lagi ke restoran a dan w?
wa.. xpnh jumpak ..

link me pls dear..

www.luthtextile.com

Tanpa Nama berkata...

Sotong goreng satuuuu~! Hehehe.

Ganbatte kudasai Tiqah chan.. ;-)

izzati fuad berkata...

heh...kisah benar ye tiqah ;p

A t i Q a h berkata...

Ijat,
ahah. Tapi aku tak ada kena mengena dalam itu gambar. Haha.

Kak PY,
haha. Sotong goreng tepung ka Senibong sedap! =P

Luth,
ada lagi lah. Huhu.

Eida,
nanti boleh la belanja saya yeh.

Addy,
ada tak suami yang suka makan kentang goreng je? Hak hak.

Pok Deng,
dah kaya tu, jangan lupa yang miskin pulak. Eheh.

TIM,
so, ingat curly fries, ingat sotong ya. Ahaks.

JP,
wah. Memang sedap tu. Kalau tambah ais krim lagilah. Hehe.

Chuck, Miezi, Bima, Shino, Kak F, dan semua-semua,
thanks guys. =D

Pendekar,
terima kasih juga. :)

faridmw berkata...

salam..
semoaga berjaya dgn cemerlang dalam periksa.

Unknown berkata...

sib bek bdk kaunter 2 xbrapa dgr...kalo x...hmmmm....
ok...slamat tempuh exam...
doakan sis juga...25/11 - 13/12...ada exam gak...huhu...

Amiene Rev berkata...

Berdasarkan tarikh awak, tinggal seminggu sahaja sebelum peperiksaan berakhir.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN MINGGU TERAKHIR!

Amyz! berkata...

Nanti akak nak gi AdanW tu, tgk boleh tak order sotong bulat2 tu.

hikhik.

Ixorariana berkata...

aiseh,komen saya tadi ilang plak! takleh sign in guna blog baru saya rupanya..

good luck to ur exams ye~ =)


regards;
!x0r@
(http://ixorariana.aeropama.com)